Utama > Agama > Sperma Lelaki Di Cipta Di Makmal

Sperma Lelaki Di Cipta Di Makmal

Salam.

Ini adalah sebahagian daripada artikel yang sempat saya ambil dari sebuah akhbar. Inilah yang terjadi akibat manusia terlalu bijak pandai hinggakan berani mencabar kuasa Allah.

NEWCASTLE – Sekumpulan saintis dari Universiti Newcastle dan Institut Selne_02.1 Stem Timur Laut England (NESCI) berjaya mencipta sperma manusia di dalam makmal iaitu yang pertama seumpamanya di dunia, lapor beberapa akhbar di Britain semalam.

Penemuan itu diyakini dapat membantu lelaki tidak subur untuk memperoleh anak.

Kejayaan yang mengagumkan itu disiarkan dalam jurnal Stem Cells and Development sebelum dilaporkan oleh kebanyakan akhbar.

Ketua projek, Profesor Dr. Karim Nayernia mencipta satu campuran bahan kimia dan vitamin yang menukarkan sel stem menjadi sperma.

Sel stem merupakan sel yang amat bernilai dan terpenting dalam badan bayi dengan fungsinya merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah (mengangkut oksigen), sel darah putih (melawan jangkitan) dan platelet (membantu dalam pembekuan darah). – Agensi

Sumber : Kosmo! – 9 Julai 2009

********************************************************************

ARKIB : 09/07/2009

Saintis cipta sperma manusia

LONDON 8 Julai – Kumpulan saintis Britain hari ini mendakwa mencipta sperma manusia menggunakan sel-sel stem embrionik, penemuan pertama dalam bidang perubatan.

Penyelidikan diketuai Profesor Karim Nayernia dari Universiti Newcastle dan Institut Sel Stem Timur Laut England (NESCI) yang membangunkan teknik baru bagi membolehkan penciptaan sperma manusia di makmal berkata, penemuan itu akan membolehkan pemahaman lebih baik berhubung kesuburan lelaki.

Sperma yang dibangunkan daripada sel stem dengan kromosom XY (lelaki), tidak akan digunakan untuk rawatan kesuburan, kerana melanggar undang-undang Britain.

“Pembangunan ini akan membolehkan penyelidik mengkaji secara terperinci bagaimana bentuk sperma dan lebih memahami berkenaan kesuburan lelaki.

“Pemahaman yang lebih baik terhadap sperma akan membantu kita membangunkan cara baru untuk membantu pasangan yang mengalami masalah kemandulan memperolehi anak sendiri,” kata Nayernis.

Menurut beliau, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan sama ada sperma yang hasilkan secara in-vitro (IVD) ini boleh digunakan sebagai rawatan kesuburan, contohnya terhadap remaja yang menjadi tidak subur selepas menerima rawatan kemoterapi kanser.

Bagaimanapun, rawatan tersebut tidak akan boleh dibangunkan dalam tempoh satu dekad, kata Nayernia, undang-undang perlu diwujudkan bagi membolehkan teknik tersebut dilesenkan.

Penyelidikan yang diterbitkan di jurnal Stem Cells and Development itu turut boleh membantu manusia memahami lebih banyak bagaimana penyakit genetik di warisi. – AFP

Utusan Malaysia – 8/7/2009

********************************************************************

Saintis Britain dakwa hasilkan sperma manusia daripada sel tunjang janin

LONDON: Saintis di Britain mendakwa berjaya menghasilkan sperma manusia daripada sel tunjang tapi pakar lain mempertikaikannya

Penyelidik di Universiti Newcastle dan Institut Sel Tunjang NorthEast England berkata, mereka menggunakan teknik baru untuk menghasilkan sel sperma daripada sel tunjang janin. Sel tunjang mempunyai potensi untuk menjadi apa juga sel di dalam tubuh.

Ketua penyelidik Newcastle, Karim Nayernia, berkata dalam satu kenyataan semalam, teknik itu akan membolehkan penyelidik mengkaji bagaimana sperma berkembang dan kemungkinan boleh membantu dalam merawat lelaki mandul.

Hasil penyelidikan itu diterbitkan dalam jurnal Stem Cells and Development semalam.

Namun, ramai pakar Britain yang lain menyatakan keraguan mereka terhadap penyelidikan itu. Mereka juga berkata, sel sperma yang dihasilkan di makmal adalah dengan secara jelasnya tidak normal.

“Saya tidak yakin data dalam kertas ini sel yang dihasilkan kumpulan Profesor Nayernia adalah sel tunjang janin yang boleh dinamakan dengan tepat sebagai ‘spermatazoa,” kata Pensyarah Kanan Andrologi Universiti Sheffield, Allan Pacey.

Pacey berkata dalam satu kenyataan, sperma yang dihasilkan oleh Nayernia tidak ada bentuk khusus, pergerakan dan peranan seperti sperma betul.

Azim Surani, profesor fisiologi dan reproduksi di Universiti Cambridge berkata, sperma yang dihasilkan oleh pasukan Newcastle itu ‘masih jauh lagi daripada penghasilan sel sperma yang sahih.’ � AP

sumber : Berita Harian –

Kategori:Agama Tags:
  1. 16 Julai 2009 at 4:32 AM

    Salam,

    Dari petikan tersebut, mungkin sperma ciptaan yg dimaksudkan itu hanya lengkap dari segi genetik iaitu bersifat hapliod, tapi ia tidak sempurna sifat fiziknya. Kemungkinan besar ia tak mampu disenyawakan dengan ovum.

    Pada saya tak salah sekiranya ia HANYA digunakan untuk tujuan mengkaji ketidaksuburan dan mengenalpasti punca utama kemandulan di kalangan lelaki. Ini mungkin dapat membawa kita kepada penemuan kaedah mencegah dan memperbaiki masalah kemandulan.

    Lagipun ini adalah penemuan yang sangat membanggakan (sekiranya ia benar-benar ditemui dan bukannya tipu helah semata-mata semata-mata)…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: