Arkib

Archive for Ogos 2009

Salam Merdeka…

31 Ogos 2009 4 comments

Jalur Gemilang (Pak Ngah / Siso Kopratasa)

Jalur Gemilang

bendera

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

chorus

Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang

sumber : lirik lagu

p/s :

  • SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN kepada semua warganegara Malaysia!!
Advertisements

Duduk Lama Boleh Bawa Maut!!

29 Ogos 2009 1 komen

Darah pekerja habiskan masa berjam-jam hadap komputer mungkin jadi beku

WELLINGTON: Pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing meletakkan nyawa mereka pada risiko tinggi, kata penyelidik.

Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand mendapati mereka berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku yang boleh membawa maut.

Penyelidik mendapat satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau pembekuan darah, adalah pekerja pejabat yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Kajian akan disiarkan dalam New Zealand Medical Journal.

DVT ialah pembentukan darah beku dalam pembunuh darah vena, terutama di kaki.

Pembekuan boleh merebak ke hati, paru-paru atau otak, menyebabkan sakit dada, sesak nafas dan kemungkinan maut disebabkan serangan jantung atau angin ahmar.

Keadaan itu juga digelar sebagai ‘sindrom kelas ekonomi’ kerana penumpang yang duduk dalam penerbangan jarak jauh tanpa ruang untuk meregangkan badan, dianggap paling berisiko menghadapi masalah itu.

Penyelidik New Zealand memeriksa contoh 62 pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan masalah darah beku, dan mendapati 34 peratus daripadanya duduk di meja mereka untuk jangka waktu lama.

Sebagai perbandingan, 21 peratus baru-baru ini menaiki penerbangan jarak jauh. Bagaimanapun, penyelidik menerima bahawa lebih ramai duduk di meja mereka dalam jangka panjang berbanding berada dalam penerbangan jarak jauh.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley, berkata sebahagian pekerja pejabat yang menghidap masalah itu duduk di depan skrin di meja mereka selama 14 jam sehari.

“Sebahagian daripada mereka duduk berterusan selama tiga atau empat jam pada satu-satu masa tanpa bangun langsung,” katanya.

Profesor Beasley berkata, masalah ialah yang paling biasa dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Pakar Psikologi dan Kesihatan Universiti Lancaster, Profesor Cary Cooper, berkata dia tidak terperanjat dengan penemuan itu.

Katanya, orang ramai bekerja lebih lama berbanding sebelum ini, dan selalunya tidak menikmati rehat makan tengah hari dengan sempurna, sebaliknya cuma mengambil sandwic sambil melayan emel.

“Pekerja pejabat tidak bangun dan berjalan seperti yang mereka pernah lakukan,” katanya.

DVT menjejaskan kira-kira 100,000 orang dan membunuh sehingga 1,000 pesakit di Britain setiap tahun.– Agensi

Sumber : Portal syok.org

Kategori:Kesihatan Tag:

Salam Merdeka…Lagu Patriotik – part 1

27 Ogos 2009 25 comments

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Ulang Daripada Mula

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA!

oleh : Sudirman (Ahmad CB)

Sumber : lirik lagu

Download mp3 : Tanggal 31


Kategori:Lagu Tag:, ,

Khasiat KENTUT..Emm??

27 Ogos 2009 1 komen

Salam sejahtera…

Hari ini saya hendak berehat dan ‘keluar sebentar’ dari dunia pendidikan. Hari ini saya paparkan satu artikel yang mungkin dapat menenangkan perasaan anda. Selamat membaca!!

WASHINGTON : Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.

“Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis, sakit jantung dan lain lain.

“Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu,” kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menambah khasiat untuk kesihatan orang lain. Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut. Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.

Moral of the story :

  • Kentutlah merata-rata tempat Ingatlah orang-orang yang tersayang!! Tapi jgn kentut dekat I ye sebab I lebih rela sakit dari hidu kentut korang

sumber : portal syok.org

Kategori:Kesihatan, Komedi Tag:

Pentaksiran Dalam Pemulihan – End

26 Ogos 2009 25 comments

Salam sejahtera..

Bersyukurlah kerana pada hari ini kita masih dapat bernafas dan menikmati keindahan dunia. Semoga amalan yang kita buat pada hari ini akan diberkati..

Kali ini, saya sambung lagi tajuk Pentaksiran Dalam Pemulihan dalam bahagian akhir bertajuk Cara Menggunakan Alat Pentaksiran . Semoga input yang diberi akan mendatangkan manfaat kepada anda.

Rekod dan laporan

  • Seorang murid pemulihan telah menjalani pelbagai jenis pentaksiran semasa dia berada dalam kelas KBSR. Laporan-laporan mengenai maklumat murid dan persepsi pembelajaran boleh digunakan oleh guru pemulihan khas untuk mendapat satu gambaran yang menyeluruh berkaitan murid tersebut.

Sampel kerja

  • Salah satu sumber maklumat sedia ada berkaitan sampel-sampel kerja yang dihasilkan murid berikut dalam mata pelajaran yang dipelajarinya.
  • Untuk mendapat maklumat yang berfaedah, guru perlu mambuat analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam mata pelajaran yang dipelajari.

Ujian

  • Guru boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan mentadbir ujian-ujian kepada murid.
  • Pengujian boleh ditadbirkan dengan pelbagai cara mengikut apakah tujuan sebenarnya guru :

Ujian Rujukan Kriteria :

  • tujuan ujian ini adalah untuk mengumpul sama ada kemahiran yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid.

Ujian rujukan norma :

  • Ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu ujian dengan pencapaian murid-murid lain yang telah mengambil ujian yang sama.

Kuiz :

  • ujian yang dijalankan sebaik sahaja untuk mengetahui sama ada murid tersebut memahami apa yang diajar

Probe :

  • kalau seorang guru ingin tahu sama ada seseorang murid boleh menjalankans esuatu tugasan dalam keadaan yang lain, dia boleh memberi tugasan atau ujian yang sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti member penyampaian yang berlainan, guru sebenarnya telah menjalankan ‘probe’

Pemerhatian :

  • Merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para professional untuk mengumpul maklumat khususnya berkaitan tingkah laku seseorang murid.
  • Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekodkan hasil pemerhatian.

Temubual :

  • guru boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan menemubual ibu bapa, guru-guru yang lain, atau rakan sebaya murid.

Ujian Rujukan Kriteria

  • URK merupakan satu ujian yang direka oleh guru pemulihan untukmenilai setakat mana kemahiran yang telah diajar kepada murid dalam satu tempoh tertentu.
  • Biasanya kemahiran yang diuji bisanya hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja
  • Ujian hanya akan dijalankan selepas satu-satu kemahiran diajar kepada murid dalam masa yang tertentu.
  • Tujuannya dalah untuk menilai sama ada murid telah menguasai kemahiran tersebut.
  • Untuk menentukan penguasaan, guru biasanya akan tetapkan criteria pencapaian, iaitu jawapan yang diberikan tepat mengatasi tahap peratus (%) yang ditentukan oleh guru. Contoh 70% hingga 80%
  • Contoh : Menguji kebolehan membaca KVKV
  • Selepas membaca perkataan KVKV selama 3 minggu guru menguji sama ada murid telah menguasai kemahiran yang telah diajar dalam tempoh berkenaan.
  • Guru akan menyediakan sepuluh perkataan KVKV yang pernah diajar untuk menguji murid.
  • Dalam borang catatan, guru menulis ‘apabila didedahkan kepada 10 patah perkataan KVKV yang pernah diajar, murid dapat membaca dengan tepat tujuh daripada 10 perkataan yang ditunjukkan
  • Guru mula menguji dengan memberi murid 10 perkataan KVKV dan murid membaca perkataan.
  • Kalau murid berjaya membaca tujuh perkataan atau lebih dengan tepat, guru akan jadikan sebagai bukti bahawa kemahiran telah dikuasai.
  • Maka guru bolehlah mebgajar kemahiran yang baru.

Analisis Tugasan

  • Murid pemulihan apabila diberi sesuatu tugasan, mereka tidak dapat menyiapkan dengan sempurna. Ini disebabkan sebarang tugasan yang dilakukan sebenarnya terdiri daripada satu siri kemahiran kecil yang perlu dilakukan dengan jayanya. Sebelum menguasai tugasan yang diberikan.
  • Murid pemulihan mungkin hanya boleh melakukan sebahagian daripada kemahiran kecil tersebut.
  • Untuk mengajar murid menjalankan tugasan dengan jayanya, kemahiran kecil yang masih tidak dapat dilakukan oleh murid perlu diajar, guru perlu mengenalpasti apakah kemahiran kecil yang terdapat dalam satu kemahiran dan kemudian membantu murid menjalankan tugasan tersebut

Analisis Ralat

  • Kesilapan yang dibuat oleh murid boleh dijadikan sebagai petunjuk tentang kemahiran yang masih belum dikuasainya.
  • Murid akan kerap melakukan kesilapan bagi sesuatu kemahiran yang masih belum dikuasainya.
  • Oleh sebab itu, guru harus mengkaji ralat yang terdapat dalam kerja latihan murid untuk mengenal pasti kemahiran yang harus diajar.

Sekian,

Teacher's Department
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

Pentaksiran Dalam Pemulihan – Part 3

25 Ogos 2009 2 comments

Salam sejahtera..

Hari ini, 4 Ramadhan. Semoga apa jua yang kita lakukan pada hari ini, sentiasa mendapat limpahan rahmat dari-NYA.

Dalam bahagian ke dua, saya telah sentuh Jenis dan Kategori pentaksiran dalam pendidikan Pemulihan. Hari ini, saya akan sambung lagi tajuk ini dengan topik Alat-Alat Pentaksiran dan Penilaian.

Seorang guru pemulihan khas perlu membiasakan diri dengan cara mengumpul maklumat untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan.

Maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan-keputusan dalam pelaksanaan program pemulihan boleh didapati daripada pelbagai sumber.

Sumber tersebut termasuklah :

  1. Rekod dan laporan berkaitan.
    • Latar belakang keluarga
    • Rekod kesihatan
    • Prestasi akademik terdahulu
    • Minat murid
  2. Sampel kerja
    • Analisis ralat
    • Kualiti kerja
  3. Pengujian
    • Ujian rujukan norma
    • Ujian rujukan criteria
    • Intervensi tidak formal
    • Kuiz
    • Probe – menyiasat
    • Analisis tugasan
  4. Pentaksiran portfolio
  5. Pemerhatian
  6. Senarai semak
  7. Skala pengkadaran
  8. Temubual dan banyak lagi.

Sekian,

Teacher's Department
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

Pentaksiran Dalam Pemulihan – Part 2

24 Ogos 2009 2 comments

Salam sejahtera..

Semoga di bulan yang mulia ini, segala ‘tugas’ yang kita sedang jalankan sentiasa mendapat keberkatan daripada-NYA.

Pada paparan sebelum ini, saya ada sentuh isu pentaksiran dari segi definisi dan kepentingannya dalam pendidikan Pemulihan. Kali ini, saya akan sentuh isu yang sama dalam bahagian : Kategori dan Jenis Pentaksiran.

Istilah

Maksud

Ujian standard atau formal
  • Ujian yang telah disiap bina
  • Ujian mempunyai skor yang perlu dicapai oleh pelajar dan guru untuk perbandingan prestasi
Ujian tidak formal
  • Dijalankan pada bila2 masa mengikut keperluan
  • Dijalankan secara individu atau kumpulan.
  • Lisan atau kumpulan.
  • Tidak melibatkan kemahiran atau unit tertentu
  • Dibina oleh guru
  • Tidak mempunyai arahan atau prosedur
Ujian Kumpulan
  • Dijalankan dalam kumpulan semasa P&P
  • Boleh dalam bentuk formal atau tidak formal
  • Tiada arahan tertentu
Ujian individu
  • Dijalankan secara individu dalam p&P
  • Tiada arahan tertentu
  • Soalan dibina oleh guru
Ujian berdasarkan kurikulum
  • UPSR, PMR, SPM,STPM
  • Ujian yang dijalankan berdasarkan kandungan kurikulum yang digunakan di sekolah
Ujian formatif
  • Untuk mengesan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid setelah sesuatu kemahiran diajar.
  • Ujian ini dijalankan dengan kerap
Ujian sumatif
  • Ujian yang merumuskan pencapaian murid setelah satu unit pengajaran dijalankan
  • Satu gred diberikan sebagai tanda tahap pencapaian murid
Ujian saringan
  • Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti kanak2 yang berisiko menghadapi masalah pembelajaran.
  • Ditadbirkan kepada semua murid termasuk murid normal (jika perlu).
Ujian diagnostic
  • Dijalankan untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci masalah dalam pembelajaran yang dihadapi oleh murid
  • Selepas ujian diagnostic dijalankan, jenis dan ciri masalah yang dihadapi pelajar dapat diketahui.
Ujian ‘speed’
  • Ujian yang perlu dihabiskan dalam masa yang agak terhad.
  • Contohnya : ejaan, tulisan, bacaan
  • Tidak formal
Ujian ‘power’
  • Kekuatan murid menguasai sesuatu kemahiran.
  • Kekuatan ingatan tentang sesuatu topic yang telah dipelajari.
  • Ujian yang menggunakan masa yang agak lama untuk dihabiskan.
  • Biasanya item agak sukar sedikit.
  • Contohnya, menulis karangan, laporan,

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department