Utama > Al-kisah, Cerita Teladan > Pengalaman ‘menyeramkan’…………..

Pengalaman ‘menyeramkan’…………..

Amin memang kaki pancing, mana saja lubuk dan sungai semua dia pasti akan pergi. Kalau ada yang cakap dekat sungai tu ada ikan, Amin mesti pergi memancing kat situ.

Satu hari masa minum dekat kedai kopi Starbucket, Amin terdengar rakan2-rakan sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ikan ditemui berdekatan sungai di kampung seberang, kampung tersebut agak jauh dan pedalaman sungai tu lebih kurang 5 kilometer dari kampung tersebut  dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Amin dah bersiap nak pegri memancing di lubuk yang diceritakan. Siap pakai helmet, Amin masukkan bekalan minum petang dan batang pancingnya dalam raga motor.

Sepanjang perjalanan Amin bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Amin sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi dan dia terpikir, kalau terus pergi ke sungai tu, nanti tak sempat pulak solat Asar.

Tak lama kemudian Amin nampak sebuah surau yg agak uzur di tepi jalan sunyi kampung tu. Bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Amin segera mengambil wuduk dgn tergesa-gesa sebab waktu Zohor dah hampir nak habis. Semasa mengambil wuduk, Amin terasa kepala terasa berat seperti sesuatu duduk di atas kepala. Tapi disebabkan sudah lewat, Amin tidak hiraukan semua tuh..

Masa Amin di rakaat yg kedua, Amin tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba-tiba meremang, “Hish, siapa pulak yang gelak-gelak tu?” bisik hati Amin.

Setiap kali Amin sujud, Amin terasa kepala dan tengkuknya berat lagi. Amin tak sedap hati. Ini surau tinggal ker, sebab dah uzur sangat dan alahai, siapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Amin tenangkan hati, selesaikan solat dengan segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sebab suara orang ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Amin dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Amin meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sampai ke dagu. Kemudian tiba-tiba Amin tersedar.

hehehe… rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sebab terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang-orang kampung yang datang nak sembahyang Asar yang sedang asyik gelakkan dia sebab Amin sembahyang pakai helmet, patutlah kepala dia rasa berat semacam.

Ingatkan kopiah…sekali helmet daaaa…

sumber ; http://www.syok.org/portal

Kategori:Al-kisah, Cerita Teladan Tags:
  1. mawa
    15 Mac 2010 at 3:47 PM

    eeemmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm….lawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkk

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 119 other followers

%d bloggers like this: