Utama > Agama, Al-kisah, Cerita Teladan, Kasih Sayang > Input Berguna….

Input Berguna….

Salam sejahtera..

Sekian lama tidak dapat mengemas kini laman ini, hari ini ada kesempatan jua. Semoga anda sentiasa sihat dan ceria. Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi laman ini.

Pada 14-08-09, saya menaiki Plusliner dari Larkin menghala ke Seremban. Biasanya, saya akan menaiki kereta. Namun, kerana kereta sedang dibaiki, terpaksalah menaiki bas kali ni. Sudah enam tahun saya tidak menaiki bas. Ini adalah pengalaman pertama semenjak enam tahun tidak menaiki bas. Harap saya tak akan muntah.. =)

Di sebelah saya duduklah seorang perempuan dalam lingkungan 50-an. Selepas bertegur sapa, saya bercadang untuk tidur kerana perjalanan menaiki bas pastinya lambat. Wanita itu segera membuka al-quran dan membacanya. Terasa segan pula.  Saya tidak jadi hendak tidur lalu mengeluarkan akhbar Metro yang dibeli.

20 minit kemudian, bas sudah keluar dari tol Skudai. Wanita tua itu berhenti membaca al-quran dan menyimpannya. Kemudian, meminjam akhbar yang sedang saya pegang.

20 minit berlalu, wanita itu pun selesai membaca akhbar dan mula bertanya saya tentang sedikit latar belakang saya. Saya berterus terang. Kami mula berbual-bual dan topik perbualan lebih kepada kisah silam wanita itu ketika membesarkan ketujuh-tujuh anaknya selepas kematian suami.

Kini, ketujuh-tujuh anaknya berjaya dalam hidup. Tidak seorang pun yang ‘gagal’. Saya cuba ‘korek’ rahsia kejayaan wanita itu mendidik anaknya. Katanya, setiap perlakuan/disiplin anak-anak bermula dari rumah. Kesilapan ibu bapa zaman sekarang adalah kerana terlalu manjakan anak-anak.

Katanya lagi, cara ibu bapa zaman dahulu mendisiplinkan anak-anak adalah sesuai dilasanakan pada zaman sekarang. Tapi, oleh kerana ramai ibu bapa yang terlalu ‘pandai’ maka, cara mendidik anak-anak lebih kepada cara yang salah walaupun anak mereka berjaya.

Contohnya, ibu bapa zaman sekarang menghantar anak-anak ke kelas tambahan adalah betul, tapi adakah ibu bapa sekadar menghantar dan mengambil anak mereka sahaja? Adakah pemantauan sentiasa dilakukan?

Ada ibu bapa yang tidak kisah dengan cara anak berpakaian, ada yang tidak hirau soal agama. Bapa sendiri tidak solat, macam mana anak hendak ikut? Ibu sendiri tidak pernah memasak di rumah, semuanya diurus sendiri oleh bibik. Macam mana anak nak pandai masak?

Kalau anak-anak nakal, ibu bapa sekadar marah sahaja, tiada tindakan susulan sebagai peringatan supaya sifat nakalnya tidak berulang lagi. Sebab itu anak-anak ramai yang kurang ajar dan pandai menjawab. Mereka tidak takut dengan ibu bapa.

Tidak seperti ibu bapa zaman dahulu, sekali anak mereka nakal, pasti hukuman diterima sebagai peringatan supaya anak mereka tidak berani hendak nakal lagi.

“Tak taulah, cikgu. Saya ni didik anak sendiri. Kalau cikgu minta petua macam mana nak didik anak orang, saya tak tau..” kata wanita itu tersenyum…

Banyak juga ilmu yang dapat saya pelajari daripada wanita itu. Tak cukup  rasanya hendak nyatakan di sini. Insyaallah, ada kelapangan kelak saya akan tulis lagi. Perbualan selama 3 jam itu berakhir di Terminal One, Seremban.

Sekian,

Teacher's Department
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

p/s ;

  • sila email saya sekiranya anda ada pertanyaan berhubung isu Pendidikan Pemulihan. Saya akan membantu sekadar yang termampu.
  1. 27 Januari 2014 at 4:03 PM

    Excellent blog! Do you have any suggestions for aspiring writers?

    I’m planning to start my own website soon but I’m
    a little lost on everything. Would you advise starting with a free platform like
    Wordpress or go for a paid option? There are so many options out there that I’m totally overwhelmed ..
    Any recommendations? Cheers!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: