Utama > Agama, Al-kisah, Cerita Teladan > Kisah Benar : Mayat Baca Yasin

Kisah Benar : Mayat Baca Yasin

MAYAT BACA YASIN..

“Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser…. Penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..Ceritanya begini..

Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la…. tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.

Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam.

Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan saya semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. ” sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

source 1 : www.syok.org

source 2 : http://idhamlim.blogspot.com

p/s :

  • Saya tidak pasti adakah cerita di atas adalah benar atau sebaliknya. Namun, sebagai individu yang beragama Islam, saya sentiasa membuat muhasabah diri atas setiap kejadian yang berlaku.
Kategori:Agama, Al-kisah, Cerita Teladan Tags:
  1. nuraini
    23 Ogos 2009 at 7:32 AM

    setuju…smtimes kite x tahu bahawa sesuatu cerita itu betul atau tidak,..tp bg saya,..setiap yg baik kita jdkan pengajaran,..yg x baik jadikan sempadan..tp kalau cerita tu benar,..Agungnya Tuhan…

  2. suria binti mohamad
    12 September 2009 at 9:59 PM

    sesungguhnya yang berlaku itu ada petunjuk bagi yang hidup. Itulah kebesaran Allah. Tiada yang mustahil.

  3. amoi
    6 April 2010 at 3:16 PM

    Yang baik datangnya dari Allah, yang tidak baik datangnya dari manusia sendiri. Ambilah kejadian ini sebagai renungan bersama….

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: