Utama > Al-kisah, Cerita Teladan, Pengetahuan, Pengurusan tingkah laku > Gagal PMR, Ulang Tingkatan Tiga?

Gagal PMR, Ulang Tingkatan Tiga?

ARKIB : 11/09/2009
Gagal PMR, ulang semula tingkatan tiga?

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Seorang tokoh pendidikan menyarankan supaya pendekatan mengulang tingkatan dilaksanakan semula terhadap pelajar tingkatan tiga yang gagal dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) berbanding membenarkan mereka naik ke tingkatan empat secara automatik.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof. Madya Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, perkara tersebut merupakan cadangan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan selain membenarkan pelajar meneruskan pelajaran dengan mengambil mata pelajaran vokasional.

”Ia untuk mengelakkan berlakunya pembaziran tenaga dan kewangan dalam sistem pendidikan negara,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas surat pembaca di ruangan forum akhbar ini yang meminta kerajaan mengkaji semula dasar yang membenarkan pelajar naik ke tingkatan empat biarpun gagal dalam PMR.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Annuar Syed Mohamad pula berkata, pihaknya memang tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Pelajaran melonggarkan syarat ketat untuk naik ke tingkatan empat sebelum ini.

Katanya, sudah tiba masanya sistem itu diteliti semula bagi membolehkan proses penilaian sebenar dilakukan terhadap pelajar.

”Pelajar PMR yang gagal tidak boleh dipaksa naik ke tingkatan empat untuk mengambil mata pelajaran yang tidak diminati kerana ia membuang masa mereka sahaja.

”Sebaliknya, beri pilihan dan peluang kepada pelajar untuk mengikuti mata pelajaran berasaskan kemahiran di sekolah vokasional,” ujarnya.

Menurut Syed Annuar, memang tidak dinafikan golongan pelajar tersebut juga boleh mendatangkan masalah kepada sekolah, oleh itu kajian segera dasar itu perlu dilakukan demi menjana pembinaan modal insan.

Pandangan sama turut disuarakan oleh tokoh pendidikan, Tan Sri Ainuddin Wahid yang berpendapat kerajaan perlu melihat dan mengkaji semula dasar tersebut.

”Sesebuah sistem peperiksaan diadakan adalah untuk menilai kemampuan dan tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari,” ujarnya.

Beliau berkata, tidak perlu diadakan peperiksaan sekiranya pelajar hanya mengambilnya tanpa mahu menguasai mata pelajaran tersebut dan sekadar melengkapkan syarat untuk naik tingkatan.

Sumber : Utusan Melayu

  1. 9 Oktober 2014 at 5:09 PM

    Simply want to say your article is as astonishing.
    The clearness in your post is just cool and i can assume you are an expert on this subject.
    Well with your permission let me to grab your feed to keep up to date with forthcoming post.
    Thanks a million and please carry on the gratifying work.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: