Utama > Pend.Pemulihan, pengamatan > Masalah Pengamatan dan Cadangan Mengatasi – Part 1

Masalah Pengamatan dan Cadangan Mengatasi – Part 1

Salam sejahtera..

Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat dan ceria sentiasa. Semoga situasi anda ketika ini, adalah lebih baik daripada sebelumnya. Terima kasih kerana terus melayari laman ini.

Topik yang ingin saya sentuh hari ini adalah mengenai masalah pengamatan dalam pendidikan Pemulihan dan cadangan mengatasi. Dalam bahagian ini, saya akan bahagikan topik ini kepada beberapa bahagian.

Bahagian 1

Dalam mengatasi masalah pengamatan, seseorang guru boleh memberi latihan-latihan pengamatan yang terlibat dalam latihan pengamatan bentuk, penyelarasan bentuk motor-tangan, menyalin, ingatan penglihatan, diskriminasi penglihatan dan pendengaran.

Dua jenis masalah pengamatan yang utama :

  1. Kelemahan pengamatan penglihatan
  2. Kelemahan pengamatan pendengaran

Kelemahan Pengamatan Penglihatan

  1. Diskriminasi penglihatan
  2. Penerimaan penglihatan
  3. Perhubungan penglihatan
  4. Ingatan visual (visual memory)

Kelemahan Pengamatan Pendengaran

  1. Diskriminasi pendengaran
  2. Penerimaan pendengaran (auditori reception)
  3. Perhubungan pendengaran (auditori association)
  4. Rumusan / melengkap pendengaran
  5. Cantuman bunyi atau percantuman pendengaran
  6. Ingatan pendengaran (auditori memory)

Diskriminasi Penglihatan

  • Dikaitkan dengan kebolehan mengasingkan secara visual akan persamaan dan perbezaan yang ada pada objek, gambar, huruf dan perkataan.
  • Untuk membaca seseorang kanak-kanak mesti tahu mendiskriminasikan perbezaan antara ‘m’ dan ‘n’ atau pun ‘lari’ dan ‘lori’.
  • Diskriminasi penglihatan juga termasuk dalam bahagian orientasi arah atau kedudukan seperti ‘lagu’ dan ‘gula’, ‘daki’ dan ‘baki’.
  • Sekiranya kanak-kanak menghadapi kesulitan-kesulitan ini, maka mereka haruslah diberi bimbingan dari peringkat awal bacaan supaya kemahiran ini dapat berkembang dengan baik.

Cadangan Aktiviti :

  1. Mencari gambar, bentuk, huruf dan simbol-simbol yang tidak sama.
  2. Perbezaan dan persamaan objek. Contoh : kerusi, meja, papan hitam dan sebagainya.
  3. Objek-objek yang hampir serupa yang boleh diperolehi daripada gambar haiwan, bunga dan daun-daun.
  4. Memadankan huruf-huruf dengan perkataan.
  5. Menekap corak, bentuk dan huruf.

Sekian,

Teacher's Department
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

  1. atika
    3 September 2009 at 2:11 AM

    salam cikgu…
    saya pelajar pismp pemulihan sem 2..
    saya nk tnye ckgu ade nota tak mengenai faktor-faktor atau punca-punca wujudnya masalah pengamatan dlm klgn murid pemulihan?

    • 7 September 2009 at 11:29 AM

      Salam..

      sila rujuk topik Pengamatan yang telah dipaparkan sebelum ini.

      Terima kasih

  2. eiyla
    13 Oktober 2009 at 4:53 PM

    sy nk tnye ape mksud percantuman bnyi dlm pengamatn pendengaran ye??

    • 13 Oktober 2009 at 7:05 PM

      bunyi yang dihasilkan daripada dua atau tiga sumber bunyi yang lain..diuji kepada murid dan murid meneka :

      A) bunyi yang terhasil daripada cantuman dua atau lebih daripada satu bunyi

      B) bunyi asal sebelum dicantumkan (level tinggi)

      contoh :

      Percantuman bunyi angin dan hujan di atas sebuah bukit tinggi akan menghasilkan suara ‘hantu sedang meratap sayu’

      • 13 Oktober 2009 at 7:22 PM

        kelemahan pengamatan pendengaran murid dalam aspek ini kerap berlaku terutamanya dalam suasana kelas yang bising dan bergema..

        murid tidak akan dapat mendengar dengan jelas percakapan guru akibat gangguan bising dan gema dalam kelas..

        cantuman dua unsur ini seringkali diterjadi secara jelas apabila murid kerap ulang tanya soalan yang sama kepada guru.

  3. 14 November 2009 at 1:00 AM

    assalamualaikum cikgu
    sy nk tanya cikgu bagaimanakah pengamatan dapat membantu murid membina persepsi terhadap rangsangan?

  4. 14 November 2009 at 1:05 AM

    satu lg soalan……
    adakah pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran termasuk dalam kategori pengamatan?

  5. hariyanti
    14 November 2009 at 10:02 PM

    pengamatan pendengaran dan pengamatan penglihatan juga termasuk dalam kategori pengamatan.itu yg kami akan jawab semasa exam pismp semester ini..web cgu sngat mebntu kmi yg kekurangan nota..

  6. 5 Ogos 2010 at 11:49 PM

    apakah pengamatan sosial dan contoh soalan.

  7. zalida
    15 Ogos 2010 at 1:29 AM

    salam..sy nak tanya mengenai ujian diagnostik pengamatan..berapakah bilangan soalan ujian yg sesuai untuk murid pemulihan dan kebiasaanya berapa lamakah masa yg diambil untuk menghabiskan ujian tersebut? tq..

    • 15 Ogos 2010 at 5:44 AM

      salam, soalan di bina berdasarkan kemahiran dalam pengamatan yang diuji. Biasanya setiap satu kemahiran ada diletakkan 1 hingga 6 soalan.

      Dari segi masa pula, bagi saya sebenarnya tiada had kerana saya sedia maklum murid berkenaan didapati ada masalah. Justeru adalah tidak adil jika saya menghadkan masanya (contohnya 1 jam) untuk menjawab soalan. Sebaik-baiknya berikan mereka peluang untuk menjawab soalan

  8. ira
    28 September 2010 at 4:36 PM

    Assalamualaikum cikgu , saya nak tanya apakah kesan masalah pengamatan ini terhadap proses P&P dan apakah strategi guru untuk menangani masalah ini untuk kelancaran P&P?

    • 29 September 2010 at 11:12 AM

      Kesan masalah pengamatan terhadap proses P&P lebih kepada murid itu sendiri jika guru tidak dapat mengesan kewujudan masalah ini ketika mengajar. Biasanya murid akan mengganggu sesi P&P dengan soalan yang sama tetapi diulang berkali-kali kerana tidak ingat, tidak faham konsep dan ragu-ragu.

      Murid saya menghadapi masalah untuk menulis nombor 3 dan 7 di mana kedua-dua nombor ini ditulis secara terbalik setiap kali murid menulis latihan. Masalah ini berjaya dikesan dan didapati timbul akibat kecelaruan angka antara subjek Matematik dan Bahasa Arab.

      Setelah membuat perbandingan angka bagi kedua-dua subjek ini, barulah murid faham dan tidak lagi melakukan kesalahan yang serupa.

  9. Laila Harun
    2 September 2012 at 12:03 AM

    ada x contoh bbm yang menggabungkan pengamatan penglihatan, pendengaran dan kinestatik

    • 10 September 2012 at 9:32 AM

      sila lihat dalam entri sebelum ini..ada beberapa bahan yang sesuai boleh digunakan atau dijadikan rujukan.

  10. norizan bt. kassim
    15 September 2012 at 4:43 AM

    seringkali dinyatakan tentang penyelesaian bagi masalah penglihatan tapi sukar untuk mndapatkan penyelesaian bagi masalah pendengaran, mengapa ye.. dan apakah jawapannya, terima kasih.

    • 18 September 2012 at 9:27 AM

      Masalah pendengaran ada jawapan dan penyelesaiannya. cuma artikel mengenainya mungkin kurang diberi perhatian. Sesetengah artikel mengenainya memaparkan maklumat secara umum barangkali. Anda boleh mendapatkan maklumat terperinci melalui laman web NGO yang berkaitan mahu pun berjumpa sendiri dengan pakar yang berkenaan. TQ

  11. 19 September 2013 at 12:03 PM

    Hello! I simply wish to give you a big thumbs up
    for your excellent information you have right here on
    this post. I will be returning to your site for more
    soon.

  12. 20 Mei 2014 at 10:03 AM

    Good post. I learn something new and challenging
    on sites I stumbleupon everyday. It’s always exciting to read through content from other authors and use
    something from their websites.

  13. 7 Jun 2014 at 10:03 AM

    Great beat ! I would like to apprentice while you amend your website,
    how can i subscribe for a blog website? The account aided me a acceptable deal.
    I had been tiny bit acquainted of this your broadcast offered bright clear idea

  14. 24 Jun 2014 at 7:59 AM

    Hello There. I discovered your blog the usage off msn. That is a very smartly wrritten article.
    I will make sure to bookmark it and come back
    tto learn more of your helpful info. Thanks for the post.
    I’ll certainly comeback.

  15. 25 Jun 2014 at 2:43 AM

    I always spent my half an hour to read this blog’s articles or reviews every day along with a cup of coffee.

  16. 25 Jun 2014 at 3:09 PM

    My partner and I absolutely love your blog and find nearly all of
    your post’s to be exactly what I’m looking for. Do you offer guest writers to write content for
    you? I wouldn’t mind producing a post or elaborating on many
    of the subjects you write related to here. Again, awesome blog!

  17. it
    26 Jun 2014 at 8:17 AM

    Undeniably consider that that you said. Your favourite reason seemed to be on the web the simplest factor to keep in mind of.
    I say to you, I definitely get annoyed while people think about worries
    that they just don’t understand about. You controlled to hit the nail upon the top and
    outlined out the entire thing with no need side-effects , other people can take
    a signal. Will probably be back to get more. Thank you

  18. ...
    23 September 2014 at 4:30 AM

    Why people still make use of to read news papers when in this technological world the whole thing is accessible on web?

  1. 27 September 2014 at 9:12 PM
  2. 25 Mac 2015 at 2:09 AM
  3. 13 Mei 2015 at 1:47 AM

Tinggalkan Jawapan kepada ira Batal balasan