Utama > Al-kisah, Cerita Teladan, Kasih Sayang, Pend.Pemulihan > Mendidik Anak – Guna Kekerasan @ Psikologi??

Mendidik Anak – Guna Kekerasan @ Psikologi??

Salam sejahtera..

Semoga anda sihat sentiasa dan dapat menjalankan tugas harian seperti biasa. Terima kasih kerana anda masih sudi mengunjungi laman ini. Tidak kira siapa dan di mana anda berada, saya doakan anda sentiasa ceria. Insyaallah.

Topik pada hari ini berkaitan dengan sistem pemulihan tetapi dilaksanakan oleh ibu bapa murid sendiri. Saya akan nyatakan isu ini dalam bentuk situasi.

Pada malam tadi, saya dan rakan serumah pergi ke sebuah gerai di Taman Tun Aminah, Skudai untuk menjamu selera. Apabila berada dalam keadaan di mana ramai orang di satu-satu tempat, saya akan ambil peluang itu untuk memerhati gelagat dan tindak tanduk mereka.

Sambil menjamu selera, mata saya meliar melihat ke kiri dan kanan melihat gelagat orang ramai. Selang dua meja di hadapan saya, ada sepasang suami isteri dan dua orang anak mereka yang masih kecil sedang menjamu selera juga.

Tidak berapa lama kemudian, kedua-dua anak pasangan ini tadi berkeliaran. Si bapa memanggil anaknya yang semakin jauh dari tempat makan. Suara si bapa memanggil anaknya menyebabkan ramai orang tersentak!. Anaknya yang masih kecil pula seronok bermain berdua. Agaknya tidak mendengar panggilan si bapa atau memang tidak peduli langsung dengan tempikan si bapa. Budak kecil-lah katakan. Apalah sangat yang mereka faham?

Tiba-tiba si bapa bangun dan menuju ke arah anaknya. Dua anak perempuannya tadi di seret kembali ke meja makan. Si kecil di sepak-sepak macam bola. Sambil mulut memarahi anaknya, kakinya tak henti-henti menyepak si kecil bertalu-talu.

Kasihan anak kecil itu meraung kesakitan. Orang ramai termasuklah saya sekadar memandang sayu dan menggeleng-geleng kepala.

Selepas makan malam, saya pulang ke rumah dan memikirkan semula situasi yang berlaku. Ada dua perkara berbeza yang bermain di minda. Satu positif dan satu lagi negatif. Namun, saya lebih terarah kepada berfikir secara positif.

Barangkali, itu adalah caranya mendidik anak yang tidak mendengar kata? Entahlah. Sesetengah orang bersetuju ibu bapa menggunakan kekerasan untuk mendidik anak mereka berbanding menggunakan pendekatan psikologi. Beberapa ibu bapa yang saya temui turut sama bersetuju dan mengakui bahawa anak-anak sekarang semakin moden.

Mendidik tanpa menggunakan kekerasa tidak akan menjamin anak itu akan menghormati atau mendengar kata orang tua kelak. Jika semasa kecil anak tidak dipukul, apabila besar nanti tidak akan menjadi ‘orang’

Sesetengah pendapat mengatakan, mendidik anak-anak dengan cara yang kasar adalah tidak betul. Menggunakan kekerasan bukanlah jalan terbaik untuk mendidik anak-anak. Apabila ibu bapa menggunakan kekerasan, anak-anak akan berasa takut dengan ibu bapa. Ibu bapa pula menganggap anak mereka menghormati mereka dan mendengar kata. Menggunakan kekerasan yang melampau juga pasti akan mendatangkan kesan buruk terhadap anak juga terutamanya dari segi mental. Mereka akan hilang keyakinan kendiri.

Guru pula bagaimana? Ramai dalam kalangan pelajar sekolah kini yang semakin biadap! Ada dua pendekatan juga untuk mengatasi masalah ini. Walau pun telah banyak kali diperkatakan, adakah kedua-dua pendekatan tersebut mendatangkan kesan yang lebih baik setelah dilaksanakan? Hanya yang mengalami ‘proses’ itu sahaja akan mengetahui sejauh mana keberkesanannya..

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

p/s :

  • Anda ada pandangan atau idea? harap dapat berkongsi pandangan anda bersama saya. Terima kasih
  1. 6 Oktober 2009 at 3:05 AM

    Salam.
    Melalui pengamatan saya kedua2 pendekatan kekerasan dan psikologi boleh dilakukan serentak. Sebagai contoh, bapa saya seorang yg bengis dan bersuara lantang. Setiap kali kami membuat kesilapan, kami akan ditanya bertalu2 dan dimarahi dan kadang2 dipukul. Jika anaknya mengamuk dan menghentak kepala ke lantai di khalayak ramai, ayah langsung tidak mempedulikannya malah meneruskan kerja seolah2 tiada apa2 yg berlaku. Sekiranya perbuatan kami sampai ke tahap melampau, ayah akan menyergah dan memukul kami membuatkan orsng ramai melihat seolah2 ayah sangat kejam. Pada ketika inilah, kami akan pergi kepada ibu dan ibu mula memainkan peranan psikologinya. Ibu tidak menyokong kami, tapi memujuk dan memberitahu bahawa perbuatan kami salah dan tidak disukai ayah. Orang ramai yg melihat pun tidak suka dengan perbuatan kami ini. Proses yg berulang2 dari setahun ke setahun ini membuatkan kami belajar apa yang betul dan apa yg salah dan ia berkesan dalam adik beradik saya.

    Pernah saya melihat kanak2 yg kurang ajar seperti memukul ibunya, menengking orang tua, dan menyembur air minuman ke muka orang lain, dan menggunakan perkataan memaki;dan ibu bapanya hanya melihat dan berkata, “biasalah tu budak2,” malah ada yang menganggap perbuatannya itu boleh dimaafkan. Pendapat saya, jika kita tidak menegah perbuatan buruk kanak2 (pada waktu itu juga) mereka tidak akan tahu bahawa perbuatan mereka ini salah dan ini mungkin akan berlarutan sehingga menjadi tabiat. Biarlah orang amai menganggap kita ini ibu bapa yang garang ke, tak berhati perut ke, apa ke…
    Nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Bila dah jadi buluh baru nak lentur mmg tak jadi apa dah…

  2. 22 Julai 2013 at 9:37 AM

    Hello! This post couldn’t be written any better! Reading through this post reminds me of my good old room mate! He always kept talking about this. I will forward this post to him. Fairly certain he will have a good read. Thank you for sharing!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: