Arkib

Archive for Oktober 2009

SKTIE Diselongkar Lagi

30 Oktober 2009 1 komen

Salam sejahtera..

Ini merupakan kejadian kedua yang berlaku sepanjang saya berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas dalam tempoh enam tahun ini. Kejadian disyaki terjadi pada tengah malam tadi dimana penjenayah memecah-masuk pejabat dan melarikan barang berharga yang masih belum ditafsir nilai keseluruhannya.

Slide1

Slide2

Slide3

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

P/s :

  • Gambar ini diambil dan diupload setelah mendapat kebenaran daripada GPK1.

Peperiksaan KSPK Pemulihan 2008

30 Oktober 2009 44 comments

Salam sejahtera..

Memandangkan hujung tahun kian tiba,  semua pelajar di institusi pengajian akan menduduki peperiksaan penilaian, tidak terkecuali juga rakan-rakan yang menyertai Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) satu tahun di institusi perguruan.

Sebagai individu yang pernah mengikuti kursus KSPK Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajaran SR dan SM di Institut Bahasa pada tahun 2008, saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai peperiksaan yang telah saya duduki. Semoga ianya dapat dijadikan panduan untuk para peserta berjaya dalam peperiksaan.

Soalan dikemukakan dalam bentuk struktur / esei. Format peperiksaan adalah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh unit peperiksaan.

Pendidikan Pemulihan

  • Definisi
  • Tanggungjawab dan peranan guru pemulihan
  • Strategi pengajaran
  • Perbezaan murid pemulihan dan pendidikan khas
  • Masalah pengamatan
  • Contoh masalah murid dan cadangan guru mengatasi

Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)

  • Definisi
  • 3 contoh jenis-jenis masalah pembelajaran
  • Sedikit keterangan mengenai Sindrom Down, Hiperaktif, Cerebral Palsi dan Disleksia (atau mana-mana tiga daripada jenis Masalah Pembelajaran yang ada)
  • Kemudahan asas yang disediakan untuk pelajar berkeperluan khas, contoh dan huraian.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • (butiran peperiksaan mengenai tajuk ini tidak dapat diingati)

Rangkuman Soalan Peperiksaan KSPK Pemulihan 2008

Kertas 1 Bahagian B

Soalan struktur

  1. Tingkah laku operan.Huraikan dengan ringkas peneguhan positif
  2. Nyatakan lima teknik modifikasi tingkah laku(ganjaran, bimbingan dan kaunseling, pengasingan, time out, kontrak, pendendaan, terapi muzik, penamatan)
  3. Nyatakan lima  isu yang diperkatakan dalam melaksanakan program pengurusan tingkah laku.
  4. Senaraikan lima perkara yang perlu diambil kira semasa melibatkan ibu bapa dalam program pengurusan tingkah laku

Soalan 2 (Pengurusan Tingkah Laku)

  1. Nyatakan langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya ingin melakukan program pengurusan tingkah laku untuk mengatasi masalah ini.
  2. Nyatakan lima kriteria untuk memilih tingkah laku sasaran

Kertas 2 bahgian B

Soalan struktur Pendidikan Khas

  • Soalan 1 : apakah maksud pendidikan khas
  • Soalan 2 : apakah itu masalah pertuturan dan ciri-ciri murid hadapi masalah pertuturan serta faktor yang menjejaskan penguasaan bahasa di kalangan kanak-kanak
  • Soalan 3 : Jenis-jenis masalah yang dipamerkan oleh kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan dan terangkan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. (15 markah)
  • Soalan 4 : ada pelbagai kecacatan seperti pendengaran, penglihatan, sindrom, walaupun ada factor kecacatan sendiri, tetapi ada faktor umum. Terangkan apakah penyebab berlakunya kecacatan ke atas kanak-kanak dan langkah2 pencegahan

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

p/s :

  • Maklumat di atas bolehlah digunakan sebagai rujukan sahaja kerana tidak semestinya soalan yang sama akan keluar pada tahun semasa.
  • Peserta kursus digalakkan menjawab dengan memberikan contoh serta huraian yang relevan.
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya menggunakan Yahoo! Messenger (YM). Sila dapatkannya di ruangan DOWNLOAD. Install dan add saya sebagai belalangcyber.

KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS – Ambilan JAN 2010

29 Oktober 2009 16 comments

Salam sejahtera..

PERMOHONAN KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS (KSPK) SATU TAHUN

AMBILAN JANUARI 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Bukan Siswazah yang sedang berkhidmat di sekolah menengah dan rendah Kementerian Pelajaran Malaysia memohon mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Satu Tahun.

 

Permohonan Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Satu Tahun Ambilan 2010 telah dibuka bermula 28 Oktober 2009 sehingga  16 November 2009.

 

Permohonan boleh dibuat dengan membuat capaian ke link berikut:Permohonan KSPK 2010

Harap maklum.

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

Bahan Bantu Mengajar – Part 9

29 Oktober 2009 2 comments

Salam sejahtera..

Hari ini saya sambung sedikit lagi mengenai bahan bantu mengajar berasaskan projek ini.

PROGRAM EYE-CARE

Slide49

Slide44

Slide45

Slide46

Slide47

Slide48

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

p/s :

  • Nantikan sambungan yang akan datang kerana saya akan paparkan contoh-contoh latihan interaktif

Bahan Bantu Mengajar – Part 8

28 Oktober 2009 2 comments

Salam sejahtera..

Hari ini saya hendak berkongsi Bahan Bantu Mengajar yang lebih menumpukan kepada aspek pengamatan. Bahan yang dihasilkan berbentuk interaktif ICT. Bahan ini lebih menumpukan kepada murid-murid yang kurang daya penglihatan dalam kelas Pemulihan Khas. Bahan ini akan dipaparkan secara berperingkat.

Sebelum itu, sukacita dimaklumkan, saya bukanlah individu yang mahir dalam ICT, bahan yang dipaparkan ini mungkin boleh dijadikan panduan kepada semua ibu bapa dan guru khususnya guru Pemulihan Khas.

PROGRAM EYE-CARE

Slide36

Slide37

Slide38

Slide39

Slide40

Slide41

Slide42

Slide43

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

P/S :  Esok saya akan paparkan sambungan slide program ini

PIBG Perlu Selesai Isu Disiplin

28 Oktober 2009 1 komen

PORT DICKSON 29 Sept. – Penyelesaian masalah disiplin pelajar bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah semata-mata tetapi harus dipikul bersama oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, PIBG boleh berperanan besar dalam menyelesaikan masalah itu dan pada masa sama tidak menjadikannya sebagai isu besar.

“Kita bimbang isu masalah disiplin ini akan menjadi polemik malah lebih memburukkan keadaan jika ia menjadi isu politik.

“Kementerian berharap PIBG berfungsi sebagai pemangkin dengan sama-sama menyelesaikan masalah di sekolah terutama gejala disiplin di kalangan pelajar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Pendaftaran PIBG Kawasan DUN Bagan Pinang di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdullah Muhammad.

Menurut Mohd. Puad, PIBG perlu aktif memberi sumbangan kepada pihak sekolah termasuk daripada aspek penyampaian idea untuk membangunkan institusi pendidikan negara.

“Kita tidak boleh hanya menumpukan soal pembangunan infrastruktur sebaliknya memberi keutamaan kepada pembinaan dalaman para pelajar bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan berkualiti,” katanya.

Tambahnya, jika semua PIBG mengambil pendekatan itu dan bermusyawarah dengan pihak sekolah, hasrat kerajaan untuk menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan pendidikan akan tercapai.

Sumber : Utusan Malaysia

Peperiksaan Akhir Tahun 2009

27 Oktober 2009 8 comments

Selasa, 27 Oktober – Hari ini bermulanya peperiksaan akhir tahun bagi semua murid di SK Taman Impian Emas sehingga hari Jumaat, 30 Oktober. Semoga semua murid dapat menjawab soalan dan memberikan yang terbaik untuk meningkatkan prestasi akademik.

Saya antara salah seorang guru yang mengajar murid  di kelas belakang. Paling merisaukan sudah pastilah apabila terdapat 10 murid PROTIM tahun lima dan 7 orang murid KIA 2M di tahun satu yang akan mengambil peperiksaan kertas Bahasa Melayu kerana berdasarkan prestasi terkini, kesemua murid ini berada dalam kategori GALUS (gagal-lulus).

Sasaran saya terhadap semua murid ini tidaklah terlalu tinggi. Sekadar mampu lulus kedua-dua kertas sahaja sudah memadai. Namun, saya faham sasaran itu sukar dicapai jika diambil kira prestasi terkini murid.

Perkara yang dirisaukan saya adalah apabila murid tidak menjawab soalan kerana lebih banyak bermain dengan pensel (melukis gambar) semasa peperiksaan berjalan. Namun, saya sudah mengingatkan murid agar membuat yang terbaik semasa menjawab soalan.

SEMOGA BERJAYA!

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pemulihan Khas – Part 2

26 Oktober 2009 8 comments

Salam sejahtera..

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA, kita masih dapat bernafas di hari yang indah dan menghirup udara yang segar sambil menikmati pemandangan di sekeliling kita. Tidak kira apa jua pemandangan, itulah yang kita lihat sekarang..bersyukurlah.. Semoga segala yang kita lakukan pada hari ini akan mendapat keberkatan daripadaNYA.. insyaallah..

Hari ini saya akan sambung lagi topik Bimbingan dan Kaunseling ini dalam bahagian yang kedua. Semoga apa yang terdapat dalam entri kali ini akan dapat dimanfaat bersama.

Definisi BIMBINGAN dan KAUNSELING

Terdapat pelbagai istilah yang memberi takrifan mengenai Bimbingan dan Kaunseling. Berikut adalah beberapa pandangan daripada beberapa orang tokoh mengenai takrifan Bimbingan dan Kaunseling :

Shertzer and Stone (1981)
“..proses membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka supaya mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri menentu aspirasi yang realistik (hubungan bermakna)”

Mansur Abdullah (1984)
Membimbing orang yang dibantu menghadapi, mengertidan menerima teguran tentang dirinya, interaksi sesama orang lain sehingga membolehkan dibuat keputusan yang berkesan daripada pemilihan dalam hidupnya

Krumboltz (1965)
Kaunseling – apa saja aktiviti yang beretika dilakukan kaunselor dalam usaha membantu klien wujudkan tingkah laku mendorong penyelesaian masalah klien

Zainal Abidin (2002)
Kaunseling – satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama berfikir dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang terpilih.

Mungkin daripada beberapa pedapat di atas dapat disimpulkan bahawa :

  • Bimbingan – memberi nasihat, panduan, pengajaran kepada pelajar yang memerlukan
  • Kaunseling – membantu klien menolong diri sendiri mengatasi kebuntuan, kekusutan fikiran dan perasaan
  • Psikoterapi – pemulihan kekeliruan mental (contoh : skizofrenia, psikopath, penyakit mental (rawatan psikologi)

Matlamat Kaunseling

Perubahan tingkah laku positif :

  • Membantu klien membuat perubahan tingkah laku = kehidupan lebih produktif dan memuaskan

Perhubungan Positif :

  • Membantu klien memula dan meneruskan perhubungan yang positif dengan orang lain

Pengurusan Kendiri Efektif :

  • Membantu klien membantu diri dengan efektif apabila dalam kesulitan

Proses membuat keputusan efektif :

  • Membantu klien dalam proses membuat keputusan dengan rasional

Pencapaian Potensi :

  • Membantu klien berkembang secara positif dan mencapai potensinya

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Sumber : Nota kuliah Bimbingan dan Kaunseling (KSPK, IPBMM 2008 – Mr.Lee)

Tiada Bonus Kerana Pendapatan Negara Menyusut

25 Oktober 2009 1 komen

Tiada Bonus Kerana Pendapatan Negara Menyusut

IPOH 24 Okt. – Penjawat awam perlu faham kerajaan tidak dapat memberi bonus pada tahun ini kerana pendapatan negara menyusut sebanyak 8.4 peratus ekoran kemelesetan ekonomi dunia.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sebarang perbelanjaan kerajaan termasuk bonus dibuat mengikut kemampuan pendapatan negara.

”Kita sedar penjawat awam perlukan suntikan dalam perbelanjaan dan sebab itu kita beri bayaran khas RM500 kepada penjawat awam Gred 54 ke bawah dan pesara wajib.

”Bayaran itu melibatkan lebih sejuta orang dan ia merupakan satu jumlah yang besar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan khas Ahli Parlimen Tambun sebanyak RM108,000 kepada 36 buah sekolah di sini hari ini.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 24 sekolah kebangsaan menerima RM72,000 manakala tujuh sekolah jenis kebangsaan Cina (RM21,000) dan lima sekolah jenis kebangsaan Tamil sebanyak RM15,000.

Dalam pada itu, Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun memberitahu, penstrukturan semula subsidi minyak akan dilaksanakan pada awal tahun depan.

Katanya, kerajaan sedang merangka kaedah yang sesuai bagi memastikan subsidi dinikmati golongan yang layak.

”Langkah ini dapat menjimatkan bayaran subsidi minyak kerana diberikan kepada golongan sasaran sahaja.

”Sistem yang kita amal sekarang tidak boleh diteruskan kerana golongan kaya dan orang Singapura pun boleh menikmati pemberian subsidi minyak,” katanya.

Sumber : www.utusan.com.my

p/s :

  • Syukurlah kerana masih ada kerja dan gunakanlah gaji yang diperoleh sebaiknya..

Tazkirah Jumaat

23 Oktober 2009 Tinggalkan komen

Hidup Anda Dibentuk Oleh Fikiran Anda

Pada suatu hari, Nabi SAW telah menjenguk seorang lelaki arab desa ( badwi ) yang sedang sakit. Baginda menghibur dan membesarkan hati lelaki itu dengan mengatakan “ Semoga penyakitmu ini menjadi penawar dosa”. Lalu si lelaki itupun menjawab “ namun demam ini demam yang sangat panas, menimpa seorang tua bangka, untuk mengheretnya ke liang kubur!!”. Mendengar keluhan lelaki itu, Nabi bersabda “ jika begitu, akan demikianlah jadinya!!”.

Situasi di atas menjelaskan kepada kita tentang bagaimana fikiran manusia itu akan mempengaruhi hidupnya. Setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat manusia pasti dihujani dengan ujian-ujian dari Tuhan samada dalam bentuk kegembiraan atau kesedihan. Nabi telah cuba mengubah rasa hati lelaki itu dengan mendoakan agar penyakit itu sebagai penghapus dosa buat dirinya dengan tujuan menggembirakan hati lelaki yang sedang sakit itu.

Namun penerimaannya berbeza sekali dengan melihat penyakitnya itu sebagai sesuatu yang membinasakannya dan menyebabkannya menjadi marah. Sudah pasti sekiranya lelaki itu melihat penyakitnya itu sebagai penghapus dosa sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah, menjadikan hidupnya kembali bersemangat, ceria dan tenang menerima ujian tersebut. Nah!! Dia telah memilih sebaliknya, maka dia menjadi marah dan merasakan hidupnya tidak akan lama dan akan bernoktah.

Mari kita perhatikan pula di sekeliling kita. Tentu kita pernah bertemu dengan satu situasi yang sama tetapi dilalui oleh dua orang yang berbeza. Misalnya di sebuah jabatan kerajaan, seorang ketua jabatan telah member i sebuah “ assignment” kepada dua orang pegawai di bawahnya untuk diselesaikan dalam tempoh 3 hari. Lihat, bagaimana seorang pegawai menerimanya dengan senyuman ceria dan bersemangat dan seorang lagi menerimanya dengan senyuman yang tawar dan hati yang sakit. Mengapa penerimaannya berbeza sedangkan tugasannya sama? Seperti yang telah dijelaskan di atas, pemikiran yang berbeza menjadikan penerimaannya berbeza.

Mengapa kita suka melihat ke dalam diri orang lain, sedangkan kita juga sering mengalaminya, malah kadangkala lebih dahsyat daripada yang digambarkan dalam cerita di atas. Mungkin kita bukan sekadar senyum tawar, malah mungkin kita akan menolak tugasan tersebut dengan alasan yang pelbagai atau sekurang-kurangnya kita menjawab dengan jawapan yang menyakitkan hati pihak lain yang mendengarnya.

  • Kenapa kita jadi begitu? Ya, jawapannya kerana kita telah dibentuk oleh fikiran kita yang negatif.
  • Kenapa kita tidak melihat tugasan itu sebagai satu peluang untuk kita belajar dan mencari pengalaman baru.
  • Kenapa kita tidak bersangka baik bahawa tugasan itu diberikan kepada kita kerana “ Bos “ percayakan kita.
  • Kenapa kita perlu melihat ia sebagai satu beban yang baru kepada beban-beban tugas yang sedia ada.

Bila anda terlalu tertekan dengan beban kerja yang anda tanggung, tunggulah bil klinik atau hospital yang berdekatan dengan anda. Atau mungkin anda perlu berjumpa secara berjadual dengan pakar psikatri anda kerana beban hidup semakin tidak mampu ditangani oleh diri anda sendiri.

Cuba perhatikan dua ayat di bawah ini :

Di antara orang-orang arab badwi itu, ada orang yang memandang apa yang dinafkahkan ( di jalan Allah ) sebagai suatu kerugian dan dia menanti-nanti bahaya menimpamu, merekalah yang akan ditimpa bahaya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ( At-Taubah : 98 )

Dan di antara orang-orang arab badwi itu, ada orang yang beriman kepada Allah dan hari kematian, dan memandang apa yang dinafkahkan ( di jalan Allah ) itu sebagai jalan mendekatkannya kepada Allah dan sebagai jalan untuk memperoleh doa Rasul. Ketahuilah, sesungguhnya nafkah itu adalah suatu jalan bagi mereka untuk mendekatkan diri ( kepada Allah ) ( At-Taubah : 99 )

Berbeza bukan? Mereka sama-sama berkorban dengan menyerahkan harta benda mereka setelah diminta. Namun, sebahagiannya menganggap ianya sebagai satu beban yang pasti akan merugikan mereka. Manakala sebahagiannya yang lain melihatnya sebagai satu zakat yang mesti diserahkan sebagai jalan untuk membersihkan jiwa dan mengharapkan doa yang baik setelah melaksanakannya.

Islam memang telah menceritakan kepada kita bagaimana fikiran akan membentuk hidup kita. Kenapa perlu di sangkal lagi. Jika masih tidak percaya, mengapa Marcus Aurelius, seorang kaisar Romawi Kuno bias mengatakan “ Hidup kita dibentuk oleh fikiran kita”. Malah seorang penulis hebat dari Barat bernama Dale Carnegie yang telah menulis buku bertajuk How To Stop Worriying And Start Living turut mengatakan di dalam bukunya bahawa “ Fikiran kitalah yang menbentuk peribadi kita dan arahan fikiran kita adalah faktor utama yang menentukan perjalanan hidup kita”.

Seorang kanak-kanak menangis kerana ditinggalkan keseorangan di dalam bilik yang gelap oleh ibunya. Tetapi apabila dia sudah membesar dan dapat mengawal fikirannya, pasti dia yang dulunya takutkan “ gelap “ berubah kepada sebaliknya. Ya, situasi yang sama bukan, tetapi 2 tindakan yang berbeza.

Satu ketika pernah takut dan menangis, bila semakin membesar ia tidak lagi takut malah sentiasa bergelap untuk tidur. Gelap tidak lagi mempengaruhi emosinya. Inilah sebenarnya kesan dari fikiran seseorang itu sehingga mempengaruhi hidupnya. Sekiranya kita memikirkan kegembiraan, kita pasti akan rasa gembira dan sentiasa tersenyum.

Jika kita memikirkan kesedihan, pasti kita akan berasa sedih dan murung. Sekiranya kita meikirkan ke takutan, pasti kita akan berasa takut dan sekiranya kita memikirkan sakit, mungkin sakit itu akan menjadi kenyataan.

Kita kena berubah kepada kehidupan baru. Kita harus sama-sama berusaha untuk mengubah kehidupan kita dengan membentuk pemikiran yang positif dalam diri kita. Memang sukar kerana ia memerlukan iltizam dan usaha yang sungguh-sungguh dalam diri kita di samping doa yang tidak berkesudahan ke hadrat Ilahi.

Kita harus memulakan hidup baru dengan fikiran baru yang lebih segar yang berlandaskan al quran dan Sunnah Nabi SAW . Jangan kita biarkan pemikiran kita merosakkan kehidupan kita. Jangan kita biarkan fikiran kita menghalang kita menjalani kehidupan yang lebih baik. Dan jangan kita biarkan fikiran kita menjadikan hidup kita suram tidak bermanya.

Firman Allah :

Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri. Sekiranya Allah berkehendakkan keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia _ Ar Ra’ad: 11 ).

Selamat berubah kepada kehidupan baru

Wallahua’lam

dipetik dari–>www.teratakmuslim.blogspot.com

Sumber : www.syok.org

Kategori:Agama, Pengetahuan Tag: