Utama > Agama, Al-kisah, Cerita Teladan > Gempa Bumi – Kenapa aku rasa bergoyang ni??

Gempa Bumi – Kenapa aku rasa bergoyang ni??

Salam sejahtera.

Syukurlah kerana pada hari ini, kita masih dapat menikmati udara yang nyaman dan segar serta berjalan di bumi Allah yang indah ini. Semoga kita dapat melakukan seuatu untuk menambah bekalan amalan yang baik. Terima kasih kerana terus mengunjungi laman ini.

Kira-kira jam 6.20 petang semalam, ketika saya sedang melayari internet di rumah flat 4 tingkat, tiba-tiba terasa seakan-akan tubuh bergoyang. Kepala rasa seakan-akan pening. Saya memerhatikan keadaan di sekitar dalam rumah. Pintu gelongsor yang diperbuat daripada pelastik untuk menutup bilik mandi dan tandas berbuai-buai.

Angin tidak kuat di luar. Badan saya rasa seperti bergoyang sekali lagi. Saya lihat air dalam botol yang diletak di atas meja berkocak!. Saya segera keluar dari rumah.

Di bawah rupa-rupanya sudah ramai orang berkumpul. Apabila keadaan kembali reda. Saya kembali ke dalam rumah, mencapai telefon bimbit dan menghantar SMS untuk memaklumkan kepada rakan serumah mengenai peristiwa yang berlaku sebentar tadi.~Kawan serumah pula sekadar mentertawakan sahaja~

Saya percaya gempa bumi berlaku lagi di kepulauan sumatera kerana ini bukan pengalaman pertama saya mengalami situasi ini. Ketika kejadian ‘Tornado Tsunami’ yang menggemparkan dunia pada 2006, gegaran yang sama juga saya rasai sebanyak dua kali.

Laporan Akhbar Utusan Malaysia
Khamis 1 Oktober 2009

seri petaling

  • Wilayah sumatera barat, Indonesia di gegarkan gempa berukuran 7.9 skala Richter menyebabkan lebih 1000 orang dikhuatiri terkorban.
  • Setakat ini 75 orang disahkan terbunuh.
  • Gegaran memusnahkan bangunan, ratusan rumah, hotel, jambatan dan menyebabkan kebakaran di bandar Padang.
  • 330 pelajar Malaysia di padang selamat.
  • Orang ramai di Lembah Klang, Melaka dan Johor Bahru mengosongkan bangunan tinggi ekoran gegaran gempa bumi itu.
  • Pada masa yang sama, ribut merosakkan lebih 100 buah rumah masing-masing dipersisir pantai Kelantan dan Terengganu.
  • seorang remaja perempuan maut ditimpa pokok di tepi Pantai Kemayang, Bachok dan empat parah di Pengkalan Chepa.
  • Lima kampung di Tembeling Tengah, Jerantut dilanda hujan batu sebesar penumbuk.
  • Di kepulauan Samoa dan Tonga, sekurang-kurangnya 113 orang terkorban akibat tusnami berpunca daripada gempa bumi kuat di Pasifik awal pagi ini.

Apakah iktibar yang boleh kita ambil daripada kejadian seumpama ini? Saya sendiri gerun apabila memikirkannya. apa yang pasti bermain di minda saya, orang ramai akan mengaitkan kejadian ini dengan pelbagai alasan “bumi sudah tua”, “Allah hendak menguji hambanya..”, “dunia hendak kiamat..” “bumi dah tak tahan nak tanggung dosa manusia..” dan macam-macam lagi andaian.

Saya tidak menafikannya. Tetapi adakah cukup sekadar berkata-kata sahaja tetapi tidak mengambil iktibar dari apa yang berlaku? Sama-samalah kita muhasabah diri.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

  1. 26 Jun 2013 at 1:46 AM

    I blog often and I seriously appreciate your information.
    This article has truly peaked my interest. I’m going to book mark your website and keep checking for new details about once a week. I subscribed to your Feed as well.

  2. 4 Julai 2013 at 2:09 PM

    I usually do not leave a ton of responses, however i did some searching and wound up here
    Gempa Bumi – Kenapa aku rasa bergoyang ni?? | Teacher’s Department. And I actually do have some questions for you if it’s allright.
    Could it be simply me or does it seem like a few of
    the comments look like they are left by brain dead folks?
    😛 And, if you are posting at other online social sites, I’d like to keep up with everything fresh you have to post. Could you make a list of the complete urls of all your shared pages like your twitter feed, Facebook page or linkedin profile?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: