Utama > Pend.Pemulihan, Strategi Pengajaran Matematik > Strategi Pengajaran Matematik – Part 2

Strategi Pengajaran Matematik – Part 2

Ciri-Ciri Murid Yang Menghadapi Masalah Matematik

Ada empat aspek :
a. Fizikal
b. Kesihatan
c. Mental / Kecerdasan
d. Emosi dan Sosial

1. Fizikal

  • Lemah pengamatan pendengaran dan penglihatan
  • Lambat koordinasi motor-mata-tangan]

2. Kesihatan

  • Tidak hadir ke sekolah
  • Selalu mengantuk
  • Selalu keletihan
  • Kerap diserang penyakit terutama sakit perut dan selsema
  • Tidur lewat.

3. Mental / Kecerdasan

  • Tidak boleh menyebut perkataan atau nombor dengan betul
  • Kadar menyebut, membaca atau menjawab nombor lambat atau langsung tidak boleh
  • Jangka masa penumpuan perhatian kepada pembelajaran terlalu singkat
  • Tidak boleh mengikuti aktiviti pembelajaran di kelas biasa
  • Lambat menguasai kemahiran
  • Lambat dalam mengubah suai pengetahuan mengikut berbagai situasi pelajaran ( penyelesaian masalah )
  • Lambat memahami atau membentuk sesuatu konsep
  • Selalu lupa kemahiran yang diajar
  • Gagal dalam peperiksaan atau ujian

4. Emosi dan Sosial

  • Sering berasa takut cemas dan benci
  • Konsep kendiri yang lemah
  • Bertindak tidak wajar disebabkan tekanan / stress
  • Cepat marah
  • Suka bergaduh
  • Kerap berbohong
  • Bertindak liar untuk menarik perhatian
  • Membela diri secara tidak menentu
  • Menunjukkan perasaan dengki
  • Suka termenung / berkhayal / murung
  • Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti pembelajaran
  • Malas, kurang minat serta tidak mempunyai semangat untuk membuat latihan matematik
  • Suka meniru rakan.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

  1. puan haila hussein
    27 Jun 2012 at 9:46 AM

    assalamualaikum,
    Boleh tak encik jelaskan dengan lebih terperinci tentang program literasi dan numerasi(linus).Adakah program linus ini dikhaskan untuk pelajar yang agak ketinggalan dalam pelajaran @ yg tergolong dalam kelas pemulihan?

    terima kasih.

    • 27 Jun 2012 at 8:30 PM

      W’salam..

      LINUS adalah akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

      Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

      DEFINISI LITERASI

      Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

      KEMAHIRAN ASAS LITERASI

      TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.

      TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.

      TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

      DEFINISI NUMERASI

      Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

      KEMAHIRAN ASAS NUMERASI

      TAHUN 1
      – Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
      – Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
      – Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas

      TAHUN 2
      – Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
      – Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
      -Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek

      TAHUN 3
      – Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
      – Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
      – Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

      Soalan Kedua : Adakah program linus ini dikhaskan untuk pelajar yang agak ketinggalan dalam pelajaran @ yg tergolong dalam kelas pemulihan?

      Jawapan : Murid LINUS terdiri daripada dua kumpulan iaitu LINUS biasa dan LINUS TEGAR. LINUS biasa adalah kelompok murid yang melepasi konstruk 1-2 dalam saringan yang dijalankan. Manakala murid LINUS TEGAR merupakan murid yang tidak melepasi konstruk 1-2 dalam saringan yang dijalankan.

      Murid LINUS biasa akan diajar oleh guru-guru Bahasa Melayu dan Matematik yang mengajar kelas berkenaan. Manakala murid LINUS TEGAR akan diajar oleh Guru Pemulihan / Guru Pemulihan LINUS yang telah dilantik disekolah.

      Harap penjelasan ini dapat membantu.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: