Utama > Pend.Pemulihan, Strategi Pengajaran Bahasa Melayu > Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu – Part 5

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu – Part 5

Faktor Mempengaruhi Kebolehan Membaca

Antara faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca termasuklah :

1. Diri
2. Psikologi
3. Fizikal
4. Persekitaran
5. Sekolah
6. Komuniti
7. Budaya

Faktor Diri

  • Kecerdasan dan kebolehan membaca saling berkait antara satu sama lain di mana seorang individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahami bahan yang dibaca jika dibandingkan dengan pelajar yang lemah.
  • Kecerdasan dapat membantu pelajar dalam aktiviti membaca adalah dari segi membantunya :
  • Pertama, menumpukan perhatian semasa membaca.
  • Kedua, murid dapat ingat apa yang dibaca
  • Dalam proses membaca, pertalian antara kecerdasan dan pemahaman sememangnya wujud.
  • Kajian-kajian menunjukkan pelajar yang cerdas mempunyai tahap pemahaman yang lebih baik daripada pelajar lain.
  • Peranan,pengetahuan dan pengalaman sedia ada pada pelajar tersebut membantunya memahami kandungan teks (apa yang dibaca) dengan baik.
  • Contoh, seorang pembaca pernah melawat ke suatu destinasi pelancongan. Pengalaman yang diperolehinya memudahkan pembaca itu memahami tajuk berkaitan tempat yang pernah dilawatinya.

Faktor Psikologi

  • Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca.
  • Minat yang mendalam ke atas bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya.
  • Dorongan dan pemupukan minat perlu disediakan oleh guru dalam persekitaran yang berikut.

a. Menunjukkan kepentingan membaca dalam kehidupan seharian
b. Menyediakan bahan bacaan yang banyak dan pelbagai pilihan dalam kelas
c. Menggalakkan aktiviti bercerita dan berkongsi pengalaman daripada bahan bacaan
d. Menentukan pemilihan bahan, alatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
e. Memberikan ganjaran yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran

Faktor Fizikal

  • Melibatkan pendengaran dan penglihatan. Ketidakupayaan pelajar itu mendengar dengan baik dan jelas mungkin boleh menggagalkannya membuat diskriminasi bunyi kata dan teks keseluruhannya.
  • Kemahiran yang lain adalah ketajaman pendengaran pelajar yang diperhatikan melalui tanda2 berikut :

a. Permintaan yang kerap supaya sesuatu penerangan itu diulang
b. Ucapan murid itu sendiri tidak jelas
c. Perbuatan membuka mulut ketika mendengar
d. Perbuatan menyengetkan kepala ketika mendengar
e. Lemah dalam kebolehan mengeja
f. Tidak dapat memberikan perhatian
g. Terdapat nanah atau air keluar dari telinga
h. Selalu demam
i. Perbuatan meninggikan suara apabila membaca

  • Pembacaan juga memerlukan daya penglihatan yang jelas bagi mengenal pasti makna daripada teks.
  • Banyak masalah yang timbul apabila deria penglihatan tidak dapat berfungsi dengan baik. Akibatnya ramai pelajar mendiskriminasikan huruf dan perkataan.
  • Di samping itu, kecacatan itu juga menjadikan pelajar itu tidak selesa sdengan teks yang dibaca.

Faktor Persekitaran

  • Persekitaran rumah banyak memainkan peranan dalam menentukan kebolehan membaca. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa, kegiatan sosio budaya, pendapatan, kestabilan sosio-emosi, corak interaksi dan komunikasi ke atas pembelajaran.
  • Ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik beradik yang lebih tua merupakan role model dalam membina tingkah laku, tabiat dan sikap suka membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Oleh itu :

  • Rumah yang diisi dengan majalah,surat khabar dan buku mempunyai mesej kepada kanak-kanak ke atas nilai membaca
  • Membaca adalah aktiviti yang bertenaga yang dianugerahkan dengan pengetahuan, celik akal dan perspektif kepada pembaca.(m.thiru 2007)

Faktor Sekolah

  • Persekitaran sekolah mempengaruhi kebolehan membaca pelajar. Sekolah yang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membaca boleh memberikan kesan psikologi kepada pelajar supaya gemar membaca.
  • Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak mempengaruhi minat membaca, termasuklah :

a. Pemilihan bahan
b. Jenis soalan yang ditanya
c. Jenis maklum balas yang diberi
d. Suasana pembelajaran
e. Dorongan
f. Pengukuhan yang digunakan.

  • Apabila bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar menarik minatnya, ini memberikan respon yang positif dan mudah baginya memberikan tindak balas.

Faktor Komuniti

  • Komuniti juga memberikan pengalaman hidup yang berbeza yang membentuk pengetahuan asas individu.
  • Bagi membezakan tahap pembacaan, pembaca menggabungkan pengetahuan dan nilai yang ada dalam komuniti dengan perspektifnya sendiri
  • Pengalaman bekerja di ladang, kawasan setinggan atau pun di bandar yang kecil mempunyai perbezaannya yang tersendiri. Lebih banyak pengalaman dalam komuniti serta penglibatan dalam aktiviti, semakin kaya pengetahuan latar pembaca yang dipenuhi semasa membaca.

Faktor Budaya

  • Budaya dikaitkan dengan tingkah laku dan artifak yang dihasilkan oleh kumpulan budaya itu seperti pekerja seni, bahasa, muzik, makanan dan sebagainya.
  • Perbezaan sosial dan kelompok ekonomi dalam budaya mengakibatkan perbezaan dalam aktiviti membaca.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

  1. 26 Disember 2013 at 7:59 AM

    Yeѕ! Finally someone writess about cancan.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: