Utama > bimbingan dan kaunseling, Pend.Pemulihan, Pengetahuan, Pengurusan tingkah laku > Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pemulihan Khas – Part 1

Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pemulihan Khas – Part 1

Salam sejahtera..

Semoga anda sentiasa sihat dan mendapat limpahan rahmat daripada-NYA. Semoga apa jua yang kita lakukan pada hari ini, akan mendapat rahmat dan nikmat, setimpal dengan apa yang kita telah lakukan pada hari ini.

Topik yang akan saya sentuh pada entri kali ini adalah Bimbingan dan Kaunseling dalam pendidikan Pemulihan. Salah satu ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua guru terutamanya Guru Pemulihan Khas. Sebelum saya teruskan dengan topik ini, saya ingin maklumkan bahawa pada entri Bimbingan dan Kaunseling ini dan yang akan datang, saya akan selitkan nota kuliah yang telah disampaikan oleh pensyarah yang saya kagumi iaitu Mr. Lee.

Saya mengenali beliau semasa mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) satu tahun di IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur pada tahun 2008. Seronok belajar dan menimba pelbagai ilmu daripada beliau. Banyak tunjuk ajar beliau yang dapat saya praktikkan di sekolah.

Sehingga kini, saya sentiasa memegang kata-kata beliau

“kesudian anda mendengar adalah kejayaan anda sebagai kaunselor”

Banyak yang hendak dikongsi dan banyak yang masih ingin dipelajari. Baiklah, kita teruskan sesi yang pertama dengan tajuk  :

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

Kementerian Pendidikan (1984) Bimbingan dan Kaunseling

  • ‘pelajar remaja memerlukan pertolongan bukan sahaja akademik tetapi juga perkembangan sosial dan personaliti’

Hassan Langgulung (1986)

  • “untuk membentuk akhlak, persiapan untuk kehidupan, mencari rezeki, menumbuhkan semangat ilmiah dan melengkapkan pengetahuan pelajar dalam bidang profesional”

Seorang murid saya menangis setiap kali hendak pergi ke sekolah pada waktu pagi. Keadaan ini berlarutan selama dua minggu. Selama dua minggu itulah saya sedari prestasi kerja yang diberi semakin merosot. Tulisan tidak boleh di baca, latihan tidak siap dan murid tidak produktif.

Keadaan sedemikian turut di sedari ibu bapa murid terbabit. Ibu bapa murid berkenaan yang risau melihat situasi anaknya datang ke sekolah dan berjumpa dengan saya. Ibu bapa murid berkenaan ada bertanya akan masalah yang dihadapi kepada anaknya namun anaknya enggan berkata-kata. Setelah saya berbincang selama 30 minit, saya maklumkan akan cuba atasi masalah anak mereka secepat yang mungkin.

Persoalan yang bermain di minda saya ketika itu adalah :

  • Bagaimana murid yang riang, ceria dan cerdik di dalam kelas boleh bertukar menjadi seorang murid yang pasif dalam masa dua minggu?
  • Bagaimana prestasi murid boleh merosot dalam tempoh dua minggu?

Selepas waktu rehat, saya memanggil murid ini ke Bilik Guru dan berbual-bual. Selang 10 minit, saya mula ‘selami’ dirinya. Saya cuba tanyakan mengenai keluarganya, adik beradiknya, kawan-kawannya. Murid memberi respon yang sangat baik.

Saya cerita pula perihal ibu bapanya hadir ke sekolah. Kemudian, saya ajukan kebimbangan saya terhadap murid. Murid itu diam seketika. Kemudian dia berkata dengan menyambung sebuah cerita yang saya sendiri susah hendak faham (murid darjah satu – susunan ayat ketika berinteraksi tidak sama dengan orang dewasa).

Setelah mendengar ceritanya barulah saya faham apa yang hendak diperkatakannya. Murid tersebut memberitahu punca dia tidak mahu belajar lagi kerana dia tidak mempunyai seorang kawan pun. Dia tiada kawan untuk bermain, berkongsi cerita dan bergembira. Hal ini terjadi kerana rakan-rakannya yang lain tidak mahu berkawan disebabkan dirinya yang tinggal di Flet berbanding rakan-rakan lain yang tinggal di rumah teres di taman perumahan yang sederhana mewah.

Terdetik di hati saya, hal yang sedemikian rupa juga boleh mempengaruhi emosi rupanya. Maklum sajalah, kanak-kanak sedang alami proses pembelajaran. Pelbagai perkara yang sedih pasti akan mempengaruhi tindakan dan pemikirannya.

Selepas 30 minit berbual. Saya jelaskan sesuatu kepada murid tersebut. Murid tersebut tersenyum dan mengangguk (tanda faham) serta berjanji tidak akan menangis lagi.  Sebelum beredar, saya memintanya memanggil lima orang rakan yang mengejek dan memulaukannya. Kelima-lima murid tersebut telah diberi nasihat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Hari demi hari berlalu, murid tersebut kembali kepada prestasinya semula (tidaklah 100%  hasil kerja cemerlang dalam tempoh yang singkat – murid ambil masa juga untuk kembali kepada prestasi sebenar). Semua tugasan yang diberi, berjaya disiapkan. Jika 10 latihan diberi, hanya dua sahaja yang salah.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

  1. ali
    8 November 2009 at 7:50 PM

    sememangnya murid lemah kita jalankan pemulihan , tetapi bagi pendapat saya walaupun sudah kita jalankan pemulihan , berapa banyakkah murid yang kita pulihkan akan menghargai nasihat dan bimbingan kita . Malahan setengah ibubapa tidak percaya anaknya sangat lemah dan hanya anggap anaknya sentiasa betul . Kadang – kala saya rasa ibu bapa abad ini terlalu manjakan anak sehingga guru memikul tugas berat .akhir sekali , guru di sekolah hanya menjalankan tugas yang diamanahkan dan terpulang pada inisiatif ibu bapa untuk membantu anak mereka ke arah kejayaan . KAta orang masa guru di sekolah kurang berbanding ibu bapa yang banyak masa bersama anak di rumah . Jangan kerana wang , anak dijahilkan dan tidak ada penerus generasi kita untuk membantu keluarga dan negara .

    • 8 November 2009 at 8:21 PM

      Salam..En Ali. (“,)

      Pertama – Saya tidak pasti apakah konflik yang berlaku dalam diri En Ali. Cuma, sebagai guru, janganlah kita terlalu ‘berkira’ sangat dalam soal mengajar murid. Murid yang anda pulihkan, tetapi mereka tidak menghargai nasihat dan bimbingan anda itu terjadi kepada semua guru. Namun, itu bukanlah faktor kemerosotan prestasi guru di sekolah bukan?. En Ali sudah lakukan yang terbaik, itu sudah memadai.

      Kedua – Faktor ibu bapa mungkin juga betul di minda anda. Tetapi bukan semua ibu bapa yang berkemahiran mengajar seperti guru walaupun mereka lebih banyak luangkan masa di rumah bersama anak-anak. En Ali kena faham, bukan semua ibu bapa murid yang lemah ini berkelulusan tinggi dan hidup senang. Ada yang susah dan ada yang tidak berkemampuan.

      Ketiga – Saya juga pernah mengalami situasi yang sama apabila si ibu menyerahkan tugas mendidik anaknya kepada saya di sekolah bulat-bulat. Jadi, gunalah budi bicara untuk memperbetul keadaan itu.

      Terima kasih atas komen yang diberikan. Saya hargai keperihatinan anda.

  2. cikgu sheeda
    11 Mac 2010 at 12:19 PM

    Peranan guru pemulihan di sekolah rendah amat penting. Seandainya murid terabai, bila mereka ke sekolah menengah, mereka akan ketinggalan pelajaran kerana tak tahuu membaca….kadang2 pengetua mencadangkan supaya masuk ke kelas pendidikan khas….kesian kepada anak-anak bangsa kita…..harap semua pihak perihatin…..

  3. zuraida
    20 Mac 2010 at 2:19 PM

    cikgu ada tak bahan2 pemulihan untuk LINUS

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: