Ampunkan Dosaku..

Salam sejahtera,

Dua minggu yang lalu, dua malam berturut-turut saya telah bermimpi perkara yang aneh dan ganjil sekali. Saya tidak pasti apakah maksud tersirat mimpi berkenaan. Namun, sebaik terjaga daripada tidur, saya berasa sangat-sangat takut.

Mimpi kali pertama, saya sedang bermain bola di padang. Ketika itu cuaca mendung. Sedang asyik bermain, tiba-tiba guruh di langit berdentum. Diikuti satu sambaran petir ke arah saya. Serentak dengan itu juga, bumi  tempat di mana saya sedang berpijak terbelah dan saya terperosok masuk jauh ke perut bumi. Di dalam perut bumi, saya terjatuh dalam satu lagi ‘ruang’ yang dipenuhi dengan bara api yang merah menyala dan sangat panas.. Di saat itu juga saya terjaga dari tidur. Terasa ada linangan air mata mengalir di pipi.  Itulah kali pertama saya menitiskan air mata sejak kali terakhir saya tidak lagi menangis semasa berada di darjah lima.

Mimpi yang kedua, dalam kegelapan, saya lihat ramai orang lari bertempiaran. Makhluk-makhluk ganjil yang entah dari mana datangnya lari bertempiaran sambil menjerit ketakutan. Apabila saya amati, makhluk tersebut adalah seperti manusia berkepala anjing, manusia berkepala babi, ada yang sangat hitam rupanya, ada yang lidah terjelir hingga ke perut dan bermacam-macam lagi. Saya berasa amat takut. Saya terjaga dari tidur. Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Saya tidak boleh tidur lagi selepas itu.

Kedua-dua mimpi yang saya alami benar-benar menakutkan. Apabila terjaga dari tidur, saya segera mengambil wuduk dan bersolat. Mimpi yang saya alami adalah benar dan ini mengingatkan saya tentang perkara-perkara berikut. Sama-samalah kita membaca dan mengingatinya serta menginsafi diri :

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Wallahualam

Sekian,

Teacher's Department
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Deparment

P/s : – Mimpi yang saya alami adalah pengalaman yang paling menakutkan pernah saya lalui.

Sumber : Portal Syok.org (22 tanda kiamat ini saya peroleh dari laman syok.org)

  1. liya
    14 November 2009 at 12:58 PM

    salam….

    entry awak menginsafkan dan menyedarkan….
    terima kasih kerana berkongsi dan saling ingat-mengingati….

  2. budak bukit beruntung
    16 November 2009 at 1:18 AM

    cantik blog. leh kongsi ilmu ke? payah nk carik blogger guna pelantar wordpress nih.
    mm yg nih amik free template ke?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen