Utama > Pend.Pemulihan, Pengetahuan, Pengurusan tingkah laku > Punca Kanak-Kanak ‘Memberontak’

Punca Kanak-Kanak ‘Memberontak’

ARKIB : 19/11/2009

Susunan :

FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Meragam atau ‘memberontak’ adalah salah satu sifat semula jadi yang ada pada kanak-kanak namun ada kala sifat ini menimbulkan kerunsingan dan kemarahan orang sekeliling terutama ibu bapa sendiri.

Bagi mengawal tabiat tersebut ibu perlu menggunakan pendekatan terbaik dan bersesuaian dengan jiwa si kecil iaitu dengan mengenalpasti apa pencetus kepada sikap mereka itu.

Seorang pakar psikologi yang juga penulis buku No More Meltdowns, Jed Baker, menggariskan enam punca utama yang kenapa kanak-kanak meragam dan cara mengatasinya.

1. Isu biologi

Kebanyakan kanak-kanak bertukar menjadi cepat marah apabila mereka lapar atau letih. Cara penting mengelakkan situasi itu adalah dengan membekalkan makanan ringan digemarinya dalam perjalanan, sementara menunggu untuk makan di restoran.

Bagi mengelakkan kanak-kanak terlalu letih juga, pastikan mereka mendapat rehat mencukupi sebelum keluar rumah dan jangan terlalu lama berkunjung ke sesuatu tempat. Kanak-kanak akan lebih mudah bertolak ansur apabila di dalam jadual perjalanan yang diatur, mereka turut dibawa ke taman rekreasi.

2. Kekurangan aktiviti

Ketiadaan aktiviti yang boleh dibuat dalam tempoh masa lama juga menyumbang kepada sikap ‘memberontak’ kanak-kanak. Jika ibu bapa tidak menentukan sebarang aktiviti untuk anak-anak, mereka akan menciptanya sendiri yang akan mewujudkan ketidakpuasan ibu bapa. Sediakan bahan teka-teki, permainan, projek seni, buku, video dan aktiviti yang dapat mengurangkan ketegangan kanak-kanak menunggu.

3. Kehendak

Kebanyakan kanak-kanak akan berasa tertekan apabila diarah menyiapkan kerja rumah atau melakukan aktiviti baru. Bagi menangani perkara ini, anda perlu menjadikan arahan itu sebagai permainan untuk menimbulkan minat mereka seperti memberikan hadiah apabila mereka menyiapkan setiap tugasan.

Sekiranya kanak-kanak takut untuk mencuba sesuatu yang baru, jangan memaksa. Apa yang penting, bantu mereka menanganinya dengan meminta mereka melihat secara terperinci aktiviti berkenaan sebelum mencubanya secara perlahan.

4. Menunggu

Ada pula kanak-kanak yang akan ‘memberontak’ apabila tidak memperoleh apa diingini atau dilarang melakukan sesuatu perkara. Sebenarnya mudah untuk kanak-kanak bertolak-ansur berhubung perkara ini sekiranya mereka dapat melakukannya walau sebentar.

Jadi ibu bapa perlu membenarkan mereka meneruskan keinginan itu dengan syarat mengehadkan masa supaya mereka berhenti melakukan aktiviti dalam tempoh tertentu. Apabila kanak-kanak menentang untuk berhenti melakukan aktiviti digemari, pujuk mereka dengan cara terbaik seperti menjanjikan aiskrim jika mereka berhenti bermain di taman permainan dan mengikut anda pulang.

5. Bina semangat

Sesetengah kanak-kanak bersikap ‘amat sempurna’ dan ‘tidak boleh menerima kekalahan’ dalam segala tugasan seharian yang dilakukan. Anda perlu mengingatkan mereka bahawa anda sebenarnya mengagumi usaha yang dilakukan mereka walaupun hasil aktiviti yang dilakukannya tidak sempurna. Lebih baik, janjikan habuan jika mereka kalah sesuatu permainan bagi mengelakkannya merasa sedih atau rendah diri.

6. Melawan untuk perhatian

Bagi sesetengah kanak-kanak, sikap golongan dewasa yang tidak membenarkan mereka mengikuti aktiviti dilakukan akan membuatkan kanak-kanak merasa tersisih.

Kanak-kanak tidak akan meminta perhatian dalam keadaan yang tidak bersesuaian jika mereka memahami situasinya. Jika anda membawa kanak-kanak menemani anda bagi sebarang pertemuan atau tugasan penting, terangkan kepada mereka orang lain sama ada dewasa atau kanak-kanak tidak dibenarkan turut serta dalam perkara itu.

Sumber : www.utusan.com.my

  1. nuraini
    1 Disember 2009 at 10:32 PM

    mcm mane pulak memberontak disebabkan peristiwa yg kanak-kanak tu lalui…sebagai contoh jika kanak2 tu jenis yg sgt susah lupekan setiap perkara negatif yg berlaku dlm dirinye….
    satu,..boleh cikgu kupas, mengenai sydrom ‘pendiam’..segelintir pelajar aktif dlm kepimpinan,..cemerlang dlm akademik..boleh bergaul baik hanye dgn rakan2 yg amat dekat…tp sgt lemah berkomunikasi terutamanye bile berada dlm kelompok yg mereka tidak kenali,seterusnye tiada keykinan diri bile dlm keadaan mcm tue…hal demikian berlaku disebabkan sejarah yg kanak2 itu lalui dimana dia pernah diabuse physical dan mental…mcm mana nk overcome masalah ini-skill komunikasi.terima kasih.

  2. 2 Disember 2009 at 9:01 AM

    Salam,

    Sindrom pelajar ‘pendiam’ memang mudah dijumpai. Saya ambil satu contoh, murid tahun 1 pada hari pertama persekolahan. Pelbagai ragam dan kerenah yang guru boleh jumpa di sekolah pada hari tersebut. Sepanjang dua minggu ‘orientasi’ itulah murid menunjukkan sikap pasif iaitu pendiam, tidak bercampur dengan rakan-rakan, kurang komunikasi sesama rakan malah, hendak minta izin daripada guru untuk ke tandas pun murid ‘segan’.

    Masalah ‘pendiam’ bukanlah isunya. Cuma murid masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan itu. Lama-kelamaan, apabila murid sudah berada selama dua bulan di sekolah, sikap dan perangai akan berubah secara berperingkat.

    Bagi murid yang pernah mengalami penderaan mental dan fizikal, banyak faktor yang mempengaruhi tindakan mereka. Ada murid yang langsung tidak mahu bercakap walau sepatah perkataan pun. Dalam hal ini, ia memerlukan kemahiran individu yang tinggi dalam menarik perhatian kanak-kanak itu untuk berkongsi suka dukanya.

    Pernah dalam kelas Pemulihan saya, seorang murid perempuan yang sangat pemalu dan pendiam. Berdasarkan rekod akademik sebelum ini, murid tersebut adalah seorang kanak-kanak perempuan yang bijak. Namun, dimasukkan ke kelas Pemulihan kerana mengalami kemerosotan akademik.

    Setelah diselidiki, saya mendapati murid berkenaan menghadapi masalah di rumah di mana ibu dan bapanya sering bertengkar dan akan berpisah. Setiap kali saya mengajar, murid hanya akan menconteng dinding dan melukis gambar seorang lelaki. Apabila ditanya, murid berkenaan berkata dia terlalu rindukan ayahnya.

    Bukan mudah untuk ‘memujuk’ murid ini kalau tidak kena dengan caranya. Jadi, saya mendapatkan pandangan beberapa orang rakan sejawat. Setelah berbincang, akhirnya saya jumpa jalan penyelesaian iaitu, saya perlu menjadi ‘bapa’ kepada murid berkenaan. Dalam tempoh ‘pemulihan’ itu juga saya perlu kerap memberinya kaunseling bagi meyakin dan mengembalikan semangat belajarnya.

  3. nuraini
    3 Disember 2009 at 2:03 AM

    haa..mcmtu..maknenye kene mencari punca dann rawat punca itu..alrite..thanks cikgu;D

  4. Rohani muda
    13 Disember 2009 at 11:39 AM

    Salam,mcm mn dgn ank sya brumur 4 thun,diawal kematian bapa dia brsikap biasa..
    lpas lima bln dia sering menangis,merajuk dn memberontak,
    bgaimana cara untuk sy mengatasinya

    • 13 Disember 2009 at 12:21 PM

      Salam,

      Ibu bapa adalah individu yang paling dekat dengan kanak-kanak berbanding jiran sebelah, saudara mara atau guru sekolah.

      Oleh yang demikian, ibu bapalah individu pertama yang wajib tahu masalah yang dihadapi oleh anak masing-masing. Apabila anak mempunyai kerenah pelik dari segi sikap, saya percaya ibu bapa ada ramuan tersendiri untuk mengatasinya.

      Ada sesetengah ibu bapa tidak mengetahui punca anak mereka berubah sikap. Hal ini seringkali dikaitkan dengan masalah psikologi.

      Dalam kes puan, anak yang berusia 4 tahun mungkin sudah boleh memahami dan bermain dengan emosi. Sesetengah individu mengambil jalan singkat dengan menyembunyikan kebenaran. Persoalannya sampai bila kerana dewasa kelak, anak itu akan tanya juga soalan ini.

      saya tidak tahu dengan jelas apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh anak puan. Sekiranya ia berkaitan dengan kematian bapanya, saya galakkan puan memberikan sepenuh perhatian terhadap anak ini.

      Terapi yangpaling sesuai adalah kasih sayang supaya anak tidak merasai kehilangan bapa. kaunseling psikologi daripada puan sendiri sedikit banyak akan membantu mententeramkan emosinya.

      Puan perlu banyak bersabar dalam situasi ini. Untuk makluman puan Rohani, saya bukanlah pakar dalam bidang ini. Untuk itu, saya cadangkan puan supaya merujuk kepada pakar kanak-kanak bagi menyelesaikan perkara ini.

      Elakkan perkara ini daripada berlanjutan. Agak bahaya di awal usia kanak-kanak ini telah menerima kejutan terbesar dalam hidupnya.

  5. adieimon
    31 Januari 2010 at 9:53 AM

    why my friends slalu mbrontak………..da ka dy da prblem???????????????????

  6. mama honey
    22 Mac 2010 at 11:59 PM

    salam…

    terima kasih kerana sudi memebaca masalah saya..
    saya ingin bertanya bagaimana hnedak mengatasi anak memberontak setalah dia mendapat adik (baby) . contohnya…bila adik menangis dia turut merengek minta yg bukan2..mcm saje nak suruh kita naik darah….

    tq.

  7. zyra ahmad
    4 Mac 2011 at 10:18 PM

    assalamualaikum

    saya mempunyai anak buah seusia 17 tahun. Anak buah saya mendengar cakap orang tua,tetapi kadang2 dia memberontak jika kemahuan tidak dituruti. Anak buah saya suka berkawan terutama dengan kawan lelaki. Abang ipar saya tidak suka anak buah saya bergaul rapat dengan lelaki. Setiap kali isu ini timbul anak buah saya akan memberontak. Bagaimana ingin mengatasi masalah tersebut.

  8. 19 Ogos 2014 at 5:11 AM

    I have read so many articles concerning the blogger lovers except this article is actually
    a good article, keep it up.

  9. 4 September 2014 at 5:16 AM

    Why visitors still use to read news papers when in this technological
    globe all is available on web?

  10. rozanawati
    23 Disember 2014 at 11:42 PM

    assalammualaikum saya ingin bertanya,anak saya perempuan 4 tahun,saye tak tahu bagaimana nak jelaskan ,peragainya seperti memberontak,die sering buat keluarga saye dan diri saye marah dan pukul diri nye,die suke bergaduh dengan sepupu nye,die langsung tak mendengar kata,terlalu degil,garang,dan suka marah 2 saya dan orang yang lebih tua,die suka kata bodoh,gila pada orang dan saya,bila datang angin nya,jika apa saye tak tunaikan permintaan nya,die akan menjerit marah kan saye,malu saye di buat nye,bile angin nye datang,die akan buat peragai,tak kira di mana 2 tempat,saye dan papa yang telah berpisah,tapi papa yang selalu call berbual dengan nya,tapi anak saye sering diam bila papa nya tanya,bila berjumpe dengan papa nye,perangainye berubah sekelipmata,die tidak menunjuk sikap nya,,bila berada dengan saya,berbeza sungguh peragainya,apa perlu saye lakukan terhadap anak saya ini,bantu lah saye,

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 119 other followers

%d bloggers like this: