Utama > Al-kisah, Cerita Teladan, Pend.Pemulihan > Memori Pemulihan Khas S@KTIE – Part 1

Memori Pemulihan Khas S@KTIE – Part 1

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera dan menjalankan tugas mahu pun rutin harian dengan sempurna. Terima kasih kerana anda sudi melayari laman ini.

Dua minggu kebelakangan ini, saya menerima banyak email yang meminta saya berkongsi pengalaman mengajar di kelas Pemulihan kerana masih ramai individu di luar sana sama ada golongan ibu bapa atau profesional yang memandang rendah tugas ini. Terima kasih atas komen dan cadangan yang diberi.

Saya akui beberapa kenyataan penghantar email, namun bukan semua orang seperti itu. Masih ada ibu bapa yang mengambil berat akan masalah kemerosotan prestasi akademik anak mereka di sekolah.

Semasa mula-mula mengambil alih kelas Pemulihan dahulu, ada penjaga murid selalu datang berjumpa dengan saya dan menceritakan masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Oleh kerana saya masih baru dan kurang pengalaman, saya sekadar mencadangkan supaya segala masalah murid yang bersangkut paut dengan kesihatan perlu dirujuk kepada doktor.

Ada juga ibu bapa murid yang bekerja di Singapura mahukan saya mengajar anak mereka kelas tambahan di sebelah malam. Kerana ingin menimba pengalaman dan bersikap positif, saya terima tawaran berkenaan. Alhamdulillah, tiga bulan pertama mengajar kelas malam, murid berkenaan sudah boleh membaca dan membina ayat. Tiga bulan berikutnya sudah boleh membaca dengan baik dan menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Melihatkan peningkatan itu, ibu bapa murid meminta saya mengajar seorang lagi anak mereka. Pada mulanya, saya tidak besetuju kerana bimbang akan gagal setelah mendengar pengakuan ibu bapa murid berkenaan. Namun, setelah memikirkan akan risikonya, saya bersetuju juga. Saya beri tempoh terhadap diri sendiri untuk ‘memperbaiki’ kelemahan murid selama 6 bulan sahaja. Namun, saya gagal.

Saya buat analisa kegagalan. Rupa-rupanya, bukan semua individu yang ditempatkan di kelas Pemulihan mempunyai ‘penyakit’ yang sama. Mereka ‘datang’ daripada pelbagai kategori dan jenis masalah.

Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

p/s :

  • ikuti sambungannya esok
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: