Utama > Al-kisah, Cerita Teladan, Pend.Pemulihan > Memori Pemulihan Khas S@KTIE – Part 2

Memori Pemulihan Khas S@KTIE – Part 2

Sambungan dari ‘part 1’ –

Dalam kelas Pemulihan saya, murid perempuan adalah paling sukar didekati kerana mereka pemalu, pendiam dan perahsia. Sebagai seorang guru lelaki, saya tidak boleh sewenang-wenangnya mendekati perempuan. Maklum sajalah, macam-macam boleh berlaku walaupun niat kita baik. Baiklah, hari ini saya hendak berkongsi lagi dengan anda cerita di kelas Pemulihan saya.

Situasi 1

Seorang murid perempuan masuk ke kelas Pemulihan atas permintaan guru Bahasa Melayu-nya yang mendapati prestasi semasa murid berkenaan semakin merosot.

Situasi 2

Saya gagal berkomunikasi dengan salah seorang murid perempuan tahun tiga dalam kelas Pemulihan.  Setiap kali saya memanggilnya, murid berkenaan tidak memberikan respon.

Situasi 3

Seorang guru wanita mengadu salah seorang anak murid perempuannya kerap tidur sewaktu ketika sesi pengajarannya. Murid tersebut adalah salah seorang anak didik saya yang belajar di kelas Pemulihan.

Ketiga-tiga situasi yang dinyatakan di atas memang rumit untuk diselesaikan. Semuanya memerlukan kerjasama semua pihak. Contohnya dalam situasi 1, saya memerlukan maklumat daripada guru Bahasa Melayu dan guru kelas murid tersebut kerana merekalah yang kerap berjumpa dengan murid sebelum ini. Kesemua maklumat itu di’fail’kan dan giliran saya pula mendapatkan maklumat daripada murid dan penjaga murid berkenaan.

Namun, bukan semua ibu bapa akan berterus terang dengan guru. Cerita yang disampaikan oleh penjaga jauh berbeza dengan cerita yang disampaikan oleh murid.  Jika penjaga menyatakan anak mereka terlalu manja dan tidak boleh ditegur apabila disuruh belajar. Jika dimarahi, anak mereka akan merajuk. Berbeza dengan apa yang disampaikan oleh murid sendiri yang menyatakan ibu dan bapa sering bertengkar dan ayahnya pula jarang pulang ke rumah.

Situasi 2 pula membabitkan diri saya sendiri apabila gagal menarik perhatian murid semasa mengajar. Setiap kali saya memanggil murid berkenaan juga, murid berkenaan tidak akan memberikan respon. Saya mula memikirkan di mana silapnya dan apa yang tak kena. Saya dapatkan maklumat daripada murid, guru kelas, rakan sejawat dan penjaga. Seperti situasi 1, penjaga murid tidak memberikan kerjasama dengan baik demi masa depan murid.

Mujur ada guru yang prihatin memberitahu saya bahawa murid berkenaan pernah mengalami kemalangan jalan raya yang tragis hingga meragut nyawa kakaknya. Berdasarkan sumber yang ada, saya dapatkan lagi maklumat daripada murid berkenaan. Setelah mengamati maklumat yang dikumpul, saya dapati murid berkenaan masih belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami tiga tahun lepas. Murid berkenaan yang kemalangan bersama kakaknya telah mengalami keretakan pada tulang hidung dan telinga sebelah kirinya separa pekak. Sebab itulah saya gagal berkomunikasi dengan murid.

Selepas mengetahui masalah murid, saya menghubungi penjaganya. Kini, jika saya hendak bercakap dengan murid berkenaan, saya perlu bercakap dari arah hadapan. Jika saya bercakap dari arah belakang, murid berkenaan tidak akan mendengarnya.

Berbeza ceritanya dengan situasi yang ke-3. Saya sendiri yang bertanyakan kepada murid berkenaan mengapa dia kerap tertidur semasa guru mengajar. Murid berkenaan secara jujurnya menjawab, dia tidak berminat untuk belajar lebih-lebih lagi guru mengajar mata pelajaran Matematik. Waktu malamnya dihabiskan untuk menonton cerita sehingga larut malam.

Kemudian, setiap kali murid ini turun belajar di kelas Pemulihan, saya akan mengasingkannya daripada pelajar lain dan memberinya latihan bahasa dan logik secara berulang-ulang. Di akhir sesi, saya akan memberinya sedikit kaunseling. Sebelum murid berkenaan keluar ke kelas Pemulihan untuk ke kelas asalnya, saya memberinya amaran lisan agar tidak lagi tertidur di dalam kelas. Ibu bapanya juga telah dimaklumkan supaya meminta murid tidur selewat-lewatnya jam 9.00 malam.

Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: