Utama > Pengumuman > Bakal Guru Wajib AKUJANJI

Bakal Guru Wajib AKUJANJI

Salam sejahtera,

Terbaca isu guru di akhbar hari ini, menarik perhatian saya untuk sama-sama berkongsi bersama anda. Jika ada yang belum sempat membacanya, saya paparkan di bawah ini.

ARKIB : 25/11/2009
Oleh : NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 24 Nov. – Bakal guru mungkin diwajibkan menandatangani akujanji sanggup mengajar di kawasan pedalaman untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, syarat yang sedang dipertimbangkan itu bertujuan memastikan guru-guru yang baru berkhidmat di pedalaman tidak merayu untuk berpindah.

”Sebagai contoh, kebanyakan guru dari Kelantan dan Terengganu yang baru berkhidmat empat bulan dan dihantar ke pedalaman sudah minta berpindah.

”Ini benar, di Kelantan ada 54 kekosongan, yang mohon hendak balik 1,312 orang, jadi bila ada rungutan oleh guru yang sudah 10 tahun mengajar di Sarawak, sudah tentu tiada kekosongan di negeri itu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) di sini hari ini.

Puad menegaskan, dalam situasi sekarang, tempoh perkhidmatan tidak lagi diambil kira sebaliknya faktor kekosongan dan keperluan di sesebuah negeri menjadi keutamaan.

”Sekarang ini kita cadangkan letak syarat akujanji, kalau sanggup baru kita ambil bekerja, jangan nanti tak sampai enam bulan sudah merayu-rayu, kita juga yang susah.

”Jadi, selepas ini kalau sudah turunkan tandatangan, tetapi kemudian minta tukar, kita tak akan layan kecuali kes kritikal seperti faktor kesihatan,” katanya.

Menurutnya, akujanji tersebut bukan bertujuan memberi tekanan kepada para guru tetapi menuntut mereka memahami bidang tugas dan tanggung jawab dari perspektif masyarakat tanpa memikirkan kepentingan diri semata-mata.

sumber : www.utusan.com.my

Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

Kategori:Pengumuman Tags: , , , ,
  1. Unit ICT SKK
    7 Disember 2009 at 10:09 PM

    Salam. Syarat yg ada dah lebih dari cukup. Masalahnya kenapa permohonan pertukaran diluluskan. Akujanji akan tinggal akujanji jika kabel besar membantu. Selama ini pun susah juga nak bertukar jika belum cukup syarat. Tetapi ada yang lolos. Kenapa? Mungkin bahagian pertukaran dan penemnpatan guru boleh jawab kat suratkhabar.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: