Utama > Pengumuman > Perkenalkan pembelajaran Internet

Perkenalkan pembelajaran Internet

BANGI 20 Nov. – Kaedah pembelajaran menggunakan Internet tanpa bimbingan guru mungkin akan diperkenalkan untuk kanak-kanak di negara ini khususnya di luar bandar.

Ini kerana kajian di India membuktikan kanak-kanak berusia lima hingga lapan tahun boleh menguruskan gaya pembelajaran melalui Internet tanpa tunjuk ajar guru.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, sudah sampai masanya negara ini memikirkan semula mengenai kaedah mengajar kanak-kanak.

Menurutnya, ini kerana kaedah yang digunakan pada masa ini mungkin tidak sesuai dengan cara pembelajaran untuk mereka.

“Eksperimen yang dilakukan kepada kanak-kanak di pedalaman India membuktikan mereka boleh mempelajari bahasa Inggeris dan matematik di Internet dengan hanya sedikit panduan guru,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Deepavali UKM 2009 di sini hari ini.

Menurut Sharifah Hapsah, selain kos yang rendah, kaedah ini terbukti berkesan untuk diterapkan kepada kanak-kanak di pedalaman.

Sehubungan itu, katanya, UKM merancang melakukan kerjasama bersama universiti di luar negara bagi melakukan kajian tersebut di negara ini.

“Kita ada pakar di Fakulti Pendidikan, Fakulti Teknologi Maklumat dan Pusat Pembangunan Akademik yang boleh bekerjasama bagi menjalankan kajian itu di sini.

“Tidak mustahil perkara sama boleh berlaku kepada kanak-kanak pedalaman di negara ini,” katanya.

Tambah Sharifah Hapsah, idea baru ini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bergerak semakin pantas di seluruh dunia.

Sumber : www.utusan.com.my

Sekian,


NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

Kategori:Pengumuman Tags:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: