Utama > bimbingan dan kaunseling, Pend.Pemulihan, Pengumuman, Pengurusan tingkah laku > Murid Pemulihan : Ada Harapan Pulih 100%

Murid Pemulihan : Ada Harapan Pulih 100%

Salam sejahtera,

Tatkala membaca akhbar Berita Harian hari ini, gembira rasanya apabila Timbalan Perdana Menteri mengatakan bahawa mulai tahun ini, semua murid Tahun Satu akan menjalani ujian khusus selepas dua bulan memulakan persekolahan bagi menguji tahap penguasaan dalam menulis, membaca dan mengira (3M) selaras dengan pelaksanaan program Literasi dan Numerasi (Linus).

Menerusi ujian itu, murid yang dikenal pasti lembap dalam pembelajaran akan dimasukkan ke kelas pemulihan, manakala yang mengalami kecacatan fizikal seperti masalah telinga atau mata ditempatkan di kelas pendidikan khas di sekolah sama.

//

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata program itu adalah antara empat inisiatif sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memperkukuhkan tahap literasi murid sekolah rendah daripada 87 peratus tahun lalu kepada 90 peratus tahun ini.

Tiga lagi sasaran awal empat sub NKRA ialah meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah, melahirkan Sekolah Berprestasi Tinggi dan merangka insentif berbentuk kewangan serta bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata program Linus akan disokong dengan penempatan guru terbaik untuk mengajar murid Tahun Satu, selain menambah guru pemulihan pada nisbah satu guru bagi 15 murid berbanding satu guru untuk satu sekolah sekarang.

Jadi, beban yang terpikul berat dibahu Guru Pemulihan sedia ada sekarang pasti akan berkurangan. Sudah tentu mereka akan lega dan gembira dengan beban kerja yang tidak seberat dahulu.program Linus akan dilaksanakan dengan bantuan Kementerian Kesihatan bagi menguji tahap penglihatan dan pendengaran murid ketika mengikuti pembelajaran di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung akan memudahkan kerja guru pemulihan dalam aspek ini.

Program ini bagaimanapun tidak membabitkan penambahan waktu persekolahan kerana murid berkenaan dipindahkan ke kelas pemulihan atau pendidikan khas dan menjalani pembelajaran seperti rakan lain pada waktu sekolah.

Justeru, kepada guru-guru pemulihan semua, pastikan selepas mendapat ‘pembantu’ kelak, tiada lagi alasan murid tidak boleh kuasai kemahiran 3M. Sama-samalah kita tunjukkan prestasi kerja yang baik kepada semua kerana guru pemulihan adalah guru pakar dalam pembentukkan minda murid yang ketinggalan dalam pelajaran.

Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

  1. cswk
    3 Februari 2010 at 9:21 PM

    salam.. cikgu.. saya tak dapat nak download bahan pemulihan daripada cikgu.. kenapa yee..

  2. nur christina ansi
    11 Mac 2010 at 8:38 PM

    salam cikgu… terpanggil saya untuk memberi respon kepada pandangan cikgu tentang guru pemulihan mendapat ‘pembantu’. Saya bukan menidakkan ‘pembantu’ yang disarankan oleh TPM tetapi mungkin 2 org guru pemulihan hanya akan diletakkan di sekolah2 yg besar dan sekolah bandar. seperti di sekolah saya, sekolah luar bandar di sarawak, murid seramai 164 orang dan murid pemulihan saya sebelum program linus hanya seramai 8 orang. saya mengakui saya tidak menghadapi masalah sebab kita sudah didedahkan di maktab mcm mana kita menguruskan kelas dan murid pemulihan. Apabila sudah dijalankan ujian saringan linus dukacitanya semua murid tahun 1 seramai 22 orang gagal. 18 org sah murid pemulihan. kelas saya yang muat 7 org murid dalam satu masa adakah murid 18 org ini dapat saya urus dalam kelas sebesar itu? guru pemulihan telah berusaha sedaya upaya untuk masa depan anak murid tanpa mengharapkan ‘pembantu’ atau guru pemulihan kedua. saya bukan berbagga diri, walaupun mengajar di luar bandar yang serba kekurangan saya masih mampu memulihkan murid. walaupun beban tugas banyak tapi itu bukan alasan saya tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab saya sebagai guru pemulihan. tapi saya amat terkilan apabila program linus ini menunjukkan data bilangan murid yang buta huruf semakin meningkat. saya tidak dapat bayangkan tugas guru pemulihan di sekolah luar bandar seperti sekolah saya yang rata-ratanya murid thn 1 ramai yang gagal ujian saringan linus konstrk 1 & 2. untuk mendapatkan guru pemulihan yang kedua bukan seperti hari ini kita minta 2, 3 minggu akan ada. saya tidak mengharapkan saya ada ‘pembantu’ cikgu kerana sudah maklum sekolah saya sekolah luar bandar dan di negeri sarawak. saya tidak mahu mengharapkan sesuatu yang belum pasti.guru besar pun tidak berani mengatakan akan ada guru pemulihan yang kedua. kita yang tidak merasai sendiri mengajar dan menguruskan kelas pemulihan senang hendak memberi idea dan pendapat tetapi bila kita berada di tempat guru pemulihan kita akan tahu cikgu langit itu tinggi, bumi itu rendah.

    • 11 Mac 2010 at 9:41 PM

      cikgu Christina, saya balas respon anda.

      Semasa membaca pernyataan anda, saya merasakan seolah-olah anda sedang menghadapi tekanan. Maaf kalau saya silap.

      Saya akui, jumlah pelajar yang gagal menguasai kemahiran asas membaca semakin meningkat saban tahun. Sebagai mantan guru pemulihan, kini guru tahun satu (kemungkinan akan menjadi penyelaras LINUS – numerasi) saya sendiri merasai tekanan ini.

      Ramai ibu bapa dan guru di luar sana memberi respon bahawa LINUS dilaksanakan secara tergesa-gesa dan ramai yang berpendapat hasilnya kemungkinan besar menemui kegagalan seperti PPSMI.

      Itu respon mereka. Saya tidak berani berkata apa-apa.

      Berbalik kepada cara pengurusan kelas pula. Untuk pengetahuan cikgu Christina, ada guru pemulihan kelasnya hanya di bawah tangga sahaja tau. Malah, kelas di bawah tangga itu lebih cantik dan menarik berbanding di kelas biasa yang berkeluasan 10 kali ganda atau lebih daripada kelas pemulihan di bawah tangga.

      Malah, murid pemulihannya juga ramai. Lebih ramai daripada murid cikgu christina ada sekarang. Sukar untuk percaya bukan? Tetapi, guru tersebut bijak mengurus jadual waktu dan mentadbir kelasnya dengan baik hinggakan diiktiraf sebagai salah sebuah kelas pemulihan yang terbaik di Johor.

      Guru lelaki pula yang uruskan kelas di bawah tangga itu. Kesimpulannya di sini, janganlah kita sesekali mengeluh atas apa yang kita laksanakan pada hari ini. Saya percaya cikgu komited terhadap tugas. Tanpa ‘pembantu’ (dalam cadangan), saya percaya cikgu mampu lakukan lebih baik daripada itu.

      Soal murid terlalu ramai, cikgu kena bijak susun masa dan jadual. Soal murid ramai yang gagal kuasai konstruk 1 dan 2 saringan LINUS bukan masalah cikgu. Itu masalah yang disifatkan kegagalan institusi kekeluargaan memberi asas pendidikan untuk anak-anak di rumah.

      Kita diamanahkan tanggungjawab ini untuk mengurangkan jumlah murid yang tiada asas membaca dan mengira ni..bukan memulihkan mereka 100%.

      Saya kagum dengan keperihatinan cikgu terhadap isu ini dan harap cikgu dapat bersabar dan menerima tugas ini dengan sebaiknya.

      Terima kasih.

  3. 7 Oktober 2014 at 6:02 PM

    I every time spent my half an hour to read thhis web site’s articles or reviews all the time along
    with a cup of coffee.

  4. 16 Oktober 2015 at 4:23 PM

    You actually make it appear really easy along
    with your presentation however I to find this topic to be really one thing which I think I’d never understand.
    It sort of feels too complex and very extensive for me.
    I’m looking ahead on your next post, I’ll attempt to get the grasp of it!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: