Arkib

Archive for Februari 2010

Wanita ‘Bijak’ Mudah Ditipu

25 Februari 2010 10 comments

Salam sejahtera,

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sentiasa dan rajin bekerja tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap insan lain. Terima kasih kerana anda masih sudi mengunjungi laman ini.

Topik kali ini saya tidak sentuh banyak mengenai isu pendidikan, tetapi mengenai pengurusan tingkah laku. Sebenarnya saya masih sibuk dengan tugasan yang bertimbun di sekolah. Cuma ada sedikit kelapangan, barulah saya sempat online di blog ini

Selepas membaca akhbar tempatan hari ini, saya mula akui bahawa kebanyakan yang dipaparkan mengenai isu gadis negara kita mudah ditipu oleh lelaki warga asing ada benarnya.

Lihat kenyataan di bawah.

KUALA LUMPUR: Kerana merasakan diri sendiri bijak daripada mangsa sebelumnya, sekali gus beranggapan mereka tidak mudah ditipu menyebabkan wanita tempatan cenderung menjadi mangsa penipuan lelaki yang hanya dikenali menerusi Internet.

Meskipun tidak pernah bertemu dan menyulam cinta di alam maya, kelompok berkeyakinan diri tinggi ini tetap berpendapat mereka kebal untuk ditipu lelaki kasanova yang nampaknya pandai memainkan peranan menggunakan ayat cinta.

Aktivis dan Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim, berkata sejak 1987 bentuk penipuan menerusi Internet sudah berlaku, namun ketika itu sasaran dibuat secara rawak dan tiada fokus terhadap kumpulan tertentu.

“Cuma 10 tahun kebelakangan ini kita dapat lihat mereka lebih banyak memfokus kepada wanita dengan menjual ayat cinta yang ‘power’ kerana sikap wanita kita sendiri yang rasakan diri bijak serta kebal untuk ditipu dengan mudah.

“Kalau penjenayah biasa mempunyai senjata seperti parang mahupun pistol, kumpulan penjenayah maya ini pula ada senjatanya tersendiri iaitu ayat cinta, sekali gus kelemahan utama wanita kita…sebab itu mereka mudah kena tipu.

“Kita tidak mempunyai cara khusus untuk elak mereka (wanita) menjadi mangsa….takkan nak sekat penggunaan Internet pula sebab perkara pokoknya adalah wanita sendiri kena kawal daripada percaya kepada sebarangan orang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kamal Affandi menasihatkan wanita tempatan supaya tidak cepat terpedaya dengan ayat cinta lelaki tidak dikenali apatah lagi yang sukar disahkan identitinya meskipun perkenalan lama di alam maya.

sumber : www.hmetro.com.my

Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Deparment

p/s  :

  • Adakah lelaki di Malaysia kurang romantik dan tidak pandai ‘mengayat’ atau tidak bertanggungjawab jika dibandingkan dengan warga asing hinggakan wanita negara ini lebih cenderung memilih teman hidup dalam kalangan warga asing?
Advertisements

Kurikulum Baru BI Diperkenal 2011

18 Februari 2010 4 comments

BESUT 13 Feb. – Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan kurikulum baru Bahasa Inggeris dalam usaha memantap dan memperkasakan pembelajaran dan pengajaran bahasa itu di semua sekolah seluruh negara mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, pihaknya telah menyiapkan kurikulum baru itu dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk dari segi penggunaan Bahasa Inggeris British bagi memastikan impian menjadi suatu realiti.

Katanya, langkah itu sejajar dengan dasar Kementerian Pelajaran yang mahu memastikan semua pelajar di negara ini mampu menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa selain Bahasa Melayu.

” Kurikulum baru itu amat menarik dan memenuhi cita rasa pelajar apabila diperkenalkan bagi membolehkan mereka mampu berkomunikasi dan menggunakan bahasa antarabangsa itu secara meluas.

”Ia akan diguna pakai tahun depan untuk murid tahun satu dengan konsep yang digunakan lebih kepada pembelajaran secara interaktif (fun learning) seperti penggunaan seni bahasa (Language Arts), tata bahasa, penggunaan sebutan dan pertuturan secara betul,” katanya.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, sejajar dengan usaha itu, Kementerian Pelajaran juga akan mengambil 365 guru pakar Bahasa Inggeris dari luar negara bagi membolehkan mereka mengajar dan mendidik guru Bahasa Inggeris sedia ada di negara ini.

Beliau berkata, langkah itu adalah ke arah memastikan proses pengajaran bahasa antarabangsa tersebut berjalan lancar.

Katanya, penempatan mereka dibuat secara kontrak bagi membolehkan usaha secara terancang dapat dilakukan.

”Selain penempatan guru pakar, guru sedia ada di negara ini juga akan dilatih dengan pelbagai insentif dan galakan. Melalui tindakan demikian ia bakal menjadi suatu rangsangan untuk melakukan sesuatu ke arah yang lebih baik,” katanya.

Semoga apa yang dirancangkan oleh pihak berkenaan akan dapat mengurangkan masalah penguasaan murid dalam asas membaca terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Sekian,

NORHAIDI SARPONEN

Teacher’s Department

60% Murid Belum Kuasai Asas 3M

17 Februari 2010 3 comments

BESUT 13 Feb. – Hampir 60 peratus pelajar tahap satu (tahun satu, dua dan tiga) di sekolah seluruh negara setakat ini masih belum dapat menguasai kemahiran asas Membaca, Menulis dan Mengira (3M).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, menyedari hakikat itulah Kementerian Pelajaran merangka beberapa program termasuk memastikan mereka yang kurang berkeupayaan mengikuti kelas pra-sekolah bagi meningkatkan penyertaan kepada 87 peratus menjelang tahun 2012.

Beliau berkata, ini sejajar dengan langkah kerajaan menggariskan beberapa sasaran penting di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pendidikan.

”Pencapaian kini hanya pada tahap 60 peratus dan kita akan meningkatkan kadar penyertaan murid kepada 87 peratus menjelang tahun 2012,” katanya semasa berucap merasmikan Program Juara Rakyat Peringkat Bahagian Besut di Dewan Gong Kemuntong Jerteh, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya juga akan memperkasakan pendidikan pra-sekolah dalam usaha memastikan semua murid pra-sekolah di negara ini berpeluang mendapat pendidikan asas lebih sempurna.

Katanya, selain melatih dan mengambil lebih ramai guru pra-sekolah kerajaan juga akan menyediakan peruntukkan besar bagi memastikan peluang diberi kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan.

  • Cadangan saya, sebelum memasuki tahun 1 murid, ibu bapa mesti pastikan sekurang-kurangnya mempunyai asas 3M. Apabila tiada asas ini dan datang ke sekolah dengan ‘kosong’ semata-mata, inilah jadinya. Jika anak itu bermasalah kesihatan tak mengapa. Bagaimana jika anak itu normal?
  • Ada yang mengatakan ramai ibu bapa di luar sana yang tidak tahu bagaimana hendak mengajar anak-anak. Sesuatu yang mustahil untuk didengar. Takkanlah hendak mengajar anak mengenal ‘A’ sampai ‘Z’ pun mereka tidak tahu nak ajar?
  • Tiadakah tindakan alternatif oleh pihak yang berkenaan terhadap ibu bapa yang seperti ini? Sama-samalah kita renungkan dan berkongsi pandangan.

Sekian,

NORHAIDI SARPONEN

Teacher’s Department

Taklimat Ringkas LINUS

16 Februari 2010 32 comments

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan melalui setiap hari dengan ceria di samping dapat melaksanakan tugas dengan ceria.

Pertama sekali, terima kasih kerana anda masih terus mengunjungi laman ini. Saya amat menghargai kunjungan anda.

Baiklah. Kita terus pergi kepada topik yang hendak saya bicarakan dalam entri pada kali ini iaitu berkaitan LINUS (LI = Literasi atau bahasa, NUS = Numerasi atau Nombor).

Secara umumnya, dalam dasar NKRA (National Key Result Area / Bidang Keberhasilan Utama Negara), ada enam teras yang utama iaitu :

  1. Mengurangkan kadar jenayah
  2. Membanteras rasuah
  3. Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
  4. Meningkatkan standard keluarga berpendapatan rendah
  5. Meningkatkan infrastruktur di kawasan pedalaman
  6. Menambah baik pengangkutan di kawasan bandar

NKRA dalam bidang pendidikan disenaraikan dalam ‘ranking’ yang ketiga. Salah satu programnya adalah LINUS. Program LINUS adalah salah satu perkara yang dipandang serius oleh Perdana Menteri kerana ramai murid-murid tahun 1 yang masih tidak menguasai asas membaca, menulis dan mengira. Atas dasar itulah satu program (LINUS) telah dibentuk bagi tujuan mengatasi masalah ini.

Program LINUS ini terbahagi kepada dua aspek utama iaitu :

  • LITERASI
  • NUMERASI

LITERASI

  • Bahagian ini memberi penekanan dalam aspek bahasa yang perlu dikuasai oleh murid tahun 1. Keutamaan adalah dalam aspek membaca dan menulis.
  • Objektif pengajaran litarasi ini adalah seperti yang berikut :
  1. Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dalam bahasa Malaysia, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung,’dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

NUMERASI

  • Bahagian ini memberi penekanan kepada Matematik yang perlu dikuasai oleh murid tahun 1. Keutamaan adalah dalam aspek mengira.
  • Objektif pengajaran numerasi ini adalah seperti yang berikut :
  1. Keupayaan untuk melakukan operasi asas Matematik dan memahami idea Matematik serta mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran Matematik dalam kehidupan harian.

Pelaksanaan LINUS di sekolah :

  • Program LINUS ini wajib dilaksanakan ke atas semua sekolah SK, SJK(T), dan SJK(C)
  • Terdapat 3 peringkat saringan:
  1. Saringan  (di tahun 1) ada 3 peringkat saringan.
  2. Saringan  (di tahun 2)
  3. Saringan  (di tahun 3)
  • Dikendalikan oleh guru Bahasa Melayu, Matematik dan Guru Pemulihan
  • Instrument dibina dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris, Bahasa Cina-Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil-Bahasa Inggeris.
  • Semua murid tahun 1 yang dikenal pasti tiada masalah pembelajaran akan menduduki saringan pertama LINUS untuk menilai tahap penguasaan kemahiran mereka pada awal tahun setiap tahun.

Pada tahun ini, ada 3 saringan yang perlu dilalui oleh murid tahun 1 yang akan bermula pada bulan MAC, JUN dan SEPTEMBER. Sekiranya murid gagal melepasi saringan 1, mereka akan ditempatkan di kelas LINUS. Kemudian, murid ini akan diuji lagi pada bulan Jun dan September dalam saringan berikutnya.

Murid tahun 1 yang melepasi Saringan 1 akan di masukkan ke kelas perdana. dan tidak perlu lagi menduduki ujian saringan.  Walau bagaimana pun, apabila mereka sudah naik ke tahun 2, sekali lagi semua murid ini akan menjalani ujian saringan.

Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

Teacher’s Department Is On FACEBOOK

15 Februari 2010 11 comments

Salam sejahtera,

Baru-baru ini saya telah membina laman untuk guru-guru berkongsi pengalaman, idea, cadangan, komen atau apa sahaja berkaitan masalah penguasaan membaca, menulis dan mengira dalam kalangan murid di FACEBOOK.

Tujuan laman itu dibina kerana laman Teacher’s Department ini masih banyak kekurangan dari segi interaksi secara terus bersama pengunjung. Sekiranya anda berminat bolehlah sertai saya di laman baharu ini.

Walau bagaimana pun, laman ini masih akan beroperasi seperti biasa. Klik DI SINI untuk menyertai.

Terima kasih,

NORHAIDI SARPONEN

Teacher’s Department

Guru Baru Ke Pedalaman

15 Februari 2010 2 comments

PULAU PINANG 13 Feb. – Kementerian Pelajaran membayangkan bakal mengenakan syarat supaya guru baru dihantar mengajar ke kawasan pedalaman sekurang-kurangnya selama tiga tahun.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia akan diwajibkan ke atas lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) atau institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

”Bagaimanapun, perkara ini masih lagi di peringkat cadangan sebagai satu strategi melahirkan guru yang lebih terlatih dalam pelbagai bidang.

”Kita merasakan ia cadangan yang baik kerana dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru,” katanya.

Tambahnya, walaupun syarat itu pernah diguna pakai, namun objektifnya tidak seperti yang dihasratkan kerana sering kali ada sahaja campur tangan atau sokongan pihak luar untuk guru baru bertukar.

Jadi, kepada semua bakal guru, selamat bertugas jika anda yang terpilih ditempatkan di kawasan pedalaman. Janganlah sesekali anda mengeluh terutamanya bagi guru bujang kerana anda sendiri yang memilih untuk menjadi pendidik.

Semoga anda berjaya dan selamat menjalankan tugas dengan cemerlang.

Sekian,
NORHAIDI SARPONEN
Teacher’s Department

Masalah Pembelajaran : Celebral Palsy

14 Februari 2010 11 comments

Celebral Palsy atau ‘spastik’ bermaksud ketidak upayaan menggunakan sebahagian daripada angota tubuh disebabkan kecederaan pada otak. Cerebral bermaksud ‘otak’ manakala Palsy bermaksud ‘kurang daya kawalan tubuh’.

Terdapat banyak kesimpulan yang boleh dijadikan petunjuk mengapa boleh terjadinya kerencatan otak. Lazimnya Cerebral Palsy boleh dikaitkan dengan faktor sebelum, semasa dan selepas proses melahirkan anak.

Faktor sebelum kelahiran merujuk kepada ibu yang dikhuatiri menghidap pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, kurang darah dan sebagainya akan turut menyebabkan kecacatan kepada bayi seperti kecacatan mental, pekak, bisu atau buta.

Faktor semasa kelahiran pula merujuk kepada beberapa keadaan seperti :

  • Deprivisi Oksigen
  • Kelahiran Secara Songsang
  • Kaedah kelahiran yang digunakan. Contohnya, kaedah ‘forsep’
  • Bayi Pra-Matang
  • Kurang Berat Badan

Faktor selepas kelahiran merujuk kepada beberapa keadaan seperti serangan virus semasa proses kehamilan yang dijangkiti daripada ibu, kekurangan oksigen, sistem dalaman bayi yang masih tidak dapat dikawal dengan baik, jangkitan kuman diselaput otak dan kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan atau penganiayaan fizikal

Antara berikut merupakan ciri-ciri khusus kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy :

  • Tidak dapat mencapai objek yang ditunjukkan
  • Tidak berupaya mengangkat badan
  • Tidak berupaya memegang objek
  • Tidak berupaya mengurus diri

Sekian,

NORHAIDI SARPONEN
Teacher’s Department

Sumber :

  • Kerja kursus KSPK 2008 bagi tajuk PENYEDIAAN LAPORAN KANAK_KANAK MASALAH PEMBELAJARAN