Utama > Cerita Teladan, Kasih Sayang, Pend.Pemulihan, Pengetahuan > Murid Pemulihan vs Murid Pendidikan Khas

Murid Pemulihan vs Murid Pendidikan Khas

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat sentiasa dan ceria di samping dapat melakukan tugas harian dengan sempurna. Saya pula baru keluar hospital dan masih dalam keadaan yang kurang cergas berikutan demam denggi. Memang tidak seronok rupanya apabila terpaksa baring di katil pesakit selama seminggu. Sakit badan akibat terlalu lama baring. Urat di tangan juga sudah mulai membengkak akibat kesan cucukan jarum tatkala juru rawat berusaha memasukkan air dalam badan sejumlah 13 botol kesemuanya.

Saya sememangnya masih tidak sembuh sepenuhnya. Namun, kerana bimbangkan anak murid di kelas belakang yang sentiasa ketinggalan, saya gagahkan diri melawan penyakit agar segera sembuh. Hari ini, saya ke sekolah dalam keadaan masih lemah dan ‘mamai’.

Berbalik kepada topik asal yang ingin saya sampaikan pada kali ini. Semasa berada di wad hospital, saya telah berbual-bual dengan beberapa orang penjaga yang menceritakan masalah pelajaran anak masing-masing.

Situasi 1 :

Seorang penjaga mengeluh yang anaknya sehingga darjah 5 masih tidak tahu membaca atau menulis. Kata si ibu, anaknya akan pandai sekiranya diajar. Tetapi, kerana kedegilannya dan tiada siapa yang mahu mengajar, anak tersebut terbiar hinggalah ke darjah lima. Si ibu lebih bimbang kerana pada tahun hadapan, si anak akan menduduki peperiksaan UPSR.

Situasi 2 :

Puan Aminah (bukan nama sebenar) mengeluh kerana sejak lahir anaknya tidak pernah menangis. Semasa anaknya berusia enam bulan, bayi itu telah terkena jangkitan iaitu demam panas dan lewat dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Akibatnya, anak itu tidak boleh bertutur dengan baik walaupun usianya kini telah mencecah 9 tahun.

Kerana bimbangkan masa depan anaknya, Puan Aminah menghantar anak itu ke hospital pakar. Beberapa ujian yang dijalankan mengesahkan IQ kanak-kanak itu berada di bawah 70. Doktor mengesahkan kanak-kanak itu sebagai ‘slow learner’.

Salah satu ujian yang dijalankan ke atas anak Puan Aminah : –

  • Doktor memberikan anak tersebut sebatang pensel.
  • Doktor menyoal anak tersebut apakah benda yang sedang dipegangnya.
  • Anak tersebut menjawab “ini pensel..”
  • Doktor tanya kembali soalan lain yang berbunyi “tahukah kamu apakah kegunaan pensel?..”
  • Anak itu menjawab “tak tahu..”
  • Doktor tunjukkan sekeping gambar komputer kepada anak itu.
  • Doktor tanya “gambar apakah ini?..”
  • Anak itu menjawab “komputer..”
  • Doktor tanya lagi soalan lain yang berbunyi “tahukah kamu apakah fungsi komputer?..”
  • Anak itu jawab “tak tahu..”
  • Doktor tunjukkan seutas jam tangan untuk murid sentuh.
  • Doktor tanya anak itu “apakah ini?..”
  • Anak itu menjawab “jam..”
  • Doktor tanya lagi “apakah kegunaan jam?..”
  • Anak itu menjawab “tak tahu..”

Kedua-dua situasi di atas menunjukkan perbezaan ciri antara seseorang murid pemulihan dan kanak-kanak khas (istimewa). Murid pemulihan adalah murid yang normal, cuma mengalami kegagalan dalam akademik akibat faktor-faktor persekitaran dan dalaman murid.

Berbanding dengan murid pendidikan khas, mereka di pecahkan kepada tiga kategori yang utama iaitu :

  1. Pekak Bisu
  2. Masalah pembelajaran
  3. Buta

Ada juga beberapa kategori lain murid pendidikan khas yang tidak dinyatakan di atas. Kesimpulannya, walau apa jua masalah murid, guru perlu segera mengenal pasti punca dan cara ‘rawatannya’. Ada sesetengah murid dilihat ‘normal’, tetapi setelah menjalani pemeriksaan kesihatan, doktor mengesahkannya sebagai ‘hiperaktif’ atau ‘slow learner’. Laporan kesihatan daripada doktor amat perlu bagi mengelakkan murid ‘salah tempat’ untuk menerima pelajaran yang sewajarnya.

Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

  1. Ciknad
    3 April 2010 at 9:20 PM

    salam.
    hari ni sek saya mengadakan mesyuarat PIBG. Seorg ibu yg juga seorg guru sek menengah menyuarakan kebimbangannya mengenai ketidakupayaan sebahagian kecil murid sek men utk menguasai 3M. Sebagai guru sek rendah, saya rasa terpukul dengan luahan rasa guru tersebut. Persoalnya, mengapa tak duwujudkan sekolah khas utk kanak2 yang telah dikenal pasti dikalangan murid pemulihan khas semasa di sek rendah. Wajibkan mereka ini mengambil 4 mata pelaajarn utama sahaja; BM (asas), M3(asas), kelas fardu ain dan sivik, dan kemahiran hidup. Saya rasa dengan pendekatan yang begini, murid2 ini akan lebih berminat utk ke sekolah dan mereka tidak akan rasa rendah diri. tq

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: