Utama > Pengurusan tingkah laku > Hadapi Kerenah Degil

Hadapi Kerenah Degil

Degil adalah tanda si kecil sudah membina identitinya sendiri, selain berasa dirinya sudah berada dalam zon selamat. SIKAP si kecil yang degil bukan bermakna dia memberontak dan tidak memerlukan perhatian ibu bapanya.

ANAK anda enggan makan bersama apabila diajak? Kalau diminta mengemas barang permainannya, dia hanya berdiam diri atau cuba mengelak. Mungkin juga si kecil itu sengaja membuat bising apabila si adik sedang tidur atau akan lari ketika disuruh mandi.

Anda yang mempunyai anak kecil mungkin sudah biasa menghadapi situasi seperti ini. Siapa sangka dalam usia sementah itu, si comel ini sudah mula mengaplikasi soal pendirian dan kemahuannya.

Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Itu adalah tanda bahawa dia sudah membina identitinya sendiri selain berasa dirinya sudah dalam zon selamat. Namun, itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak.

Berdegil adalah cara bagi anak kecil itu menunjukkan ketegasannya. Jadi, apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu, ‘saya tidak sukakan peraturan mama’. Maka, apakah yang perlu anda lakukan?

Menurut jurnal Adolescent Child Specialty Services yang ditulis oleh Rebecca S. Blakeman, setiap kanak-kanak akan menunjukkan kemerdekaan diri melalui cara yang tidak sepatutnya dari semasa ke semasa. Meskipun begitu, adalah sangat penting bagi ibu bapa itu memahami situasi anak tersebut.

Ibu bapa tidak harus berleter apabila tidak berasa senang dengan kelakuan anak-anak. Ia sebaliknya akan membuatkan sikap anak menjadi lebih buruk.

Beri pilihan

Jurnal Rebecca itu meminta ibu bapa cuba memahami kehendak anak mereka. Dalam situasi anda memintanya makan namun dia menjerit tidak mahu, usah dipaksa lagi. Paksaan hanya akan membuatkan dia menangis atau menunjukkan kemarahan.

Maka, cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika anak sibuk bermain, hampiri dia dan dakap si kecil itu sambil memberitahunya mengapa perlu makan. Itu adalah langkah pujukan psikologi.

Tanpa disedari, anda sebenarnya menunjukkan bahasa tubuh dan ucapan yang membuatkan dia sedar dirinya diambil berat. Tanpa perlu memarahinya, tunjukkan betapa anda hendak ambil tahu mengapa dia tidak mahu makan.

Walau apapun yang dilakukannya, pastikan anak anda tahu bahawa semua perkara ada hadnya. Pendirian mereka mudah dilentur apabila anda menyatakan bahawa anda menyayanginya dan setiap yang disuruh itu adalah untuk kebaikannya.

Memberi pilihan adalah cara terbaik untuk si anak mematuhi sesuatu peraturan. Jika dia ada masalah mengikuti sesuatu permintaan atau suruhan, fikirkan alternatif untuk mencari penyelesaiannya.

Contohnya, jika anak kecil sering ‘meragam’ gara-gara tidak mahu tidur dalam gelap, berikannya lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram. Di situ, aspek tolak ansur sudah terbina antara ibu bapa dengan si anak tersebut.

Orang dewasa perlu sentiasa menunjukkan sikap yang baik. Selain memberi perhatian ketika dia menunjukkan kenakalan atau kedegilan, anak kecil perlu sentiasa didekati dan dilayani semasa dia sedang dalam keadaan ‘angin baik’ atau mengikut kata.

Beritahu anak-anak tentang apa yang betul atau tidak betul. Selalunya apabila si anak membuat kesalahan, dia pasti akan rasa bersalah.

Oleh itu, jangan cepat marah. Sebaliknya, cakaplah secara baik dan terangkan kepadanya mengapa anda tidak mahu kesalahan itu diulanginya.

Sumber : www.kosmo.com.my

  1. Madzlinah
    5 Mac 2010 at 11:13 AM

    Salam, Cikgu Hadi, saya mempunyai anak buah lelaki berusia 7 tahun, tetapi masih tidak dpt mengenal A-Z dan juga nombor. Baru2 ni saya mendapati dia menulis tarikh 2nd March 2010 menjadi 0102 hcraM dn2 dan huruf2 semua terbalik. Dia sudah 2 tahun bersekolah (Tabika, Pra-sekolah & Tahun 1 pada tahun ini). Bagaimana cara untuk mengenalpasti masalah anak buah saya ini.

    • 5 Mac 2010 at 6:07 PM

      salam..

      Berdasarkan apa yang puan ceritakan, saya tidak berani membuat sebarang andaian. Biasanya, kanak2 pada usia berkenaan akan kerap melakukan kesilapan semasa menulis. Di situ, mereka perlu kerap diberi bimbingan, dibetulkan dan ditegur kesilapan yang dilakukan.

      Ramai kanak2 pada usia 5 hingga 8 tahun masih lagi menulis terbalik walaupun ianya tidak ketara. Buat masa ini, puan tidak perlu risau. Cuma puan perlu berada di sisinya untuk memberi bimbingan semasa aktiviti menulis.

      Ada banyak faktor yang menyebabkan kanak2 menulis terbalik dan ramai yang salah anggap serta menyatakan bahawa kanak-kanak yang menulis terbalik ini adalah DISLEKSIA.

      Puan perlu lebih peka. Jika perlu, dapatkan khidmat doktor pakar untuk menjalankan ujian ke atas kanak-kanak.

      Terima kasih

  2. ibu raqib
    1 Mei 2010 at 9:11 PM

    Salam Cikgu

    Bagaimana utk hadapi anak yg tidak mahu kesekolah? Anak saya berumur 4thn bila saya memberitahu yg kita ingin kesekolah dia akan marah2.

    • 4 Mei 2010 at 9:46 PM

      Salam,

      Ada banyak punca yang menyebabkan anak-anak tidak mahu ke sekolah lebih-lebih lagi pada usia awal kanak-kanak ini.

      Sebagai ibu bapa, psikologi memainkan peranan paling penting bagaimana mereka menjelaskan kepada anak mereka apakah ‘SEKOLAH’, seronoknya berada di ‘SEKOLAH’..

      Sudah semestinya pada masa ini, anak puan memang tidak mempunyai kekuatan dari aspek mental untuk ke sekolah.

      Namun, setelah berada di alam persekolahan kelak dan dia telah mempunyai ramai rakan, persepsinya terhadap sekolah akan berubah dengan sendirinya.

      Terima kasih

  3. 7 April 2012 at 9:09 AM

    salam cikgu, saya merupakan seorang guru prasekolah. saya mempunyai seorang pelajar yang berumur 4 tahun. dia merupakan seorang pelajar yang mempunyai tingkahlaku yang sering berubah-rubah saya menjangkakan itu mungkin manyababkan persekitaran semasa bermain denga rakan-rakan. baru-baru ini saya mengajar dia menulis no. 2 dan 3. sebelum dia memulakan penulisan nombor saya telah menunjukkan cara menulis nombor denga betul tetapi apabila saya memberi dia latihan semua nombor dua dan tiga ditulis dalam keadaan terbalik. sebagai seorang guru saya tidak mahu menanggap kanak-kanak itu dari sudut negatif saya membuat penambahbaikan dan menegur tetapi masih lagi dalam keadaan yang sama. boleh tak cikgu nyatakan penambahbaikan yang perlu saya lakukan untuk membantu pelajar saya. sekian terima kasih

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: