Utama > Berita, Pengumuman > Guru Besar, Pengetua Dapat Imbuhan Jika Lonjak Sekolah

Guru Besar, Pengetua Dapat Imbuhan Jika Lonjak Sekolah

KUALA TERENGGANU: Bermula tahun depan, Guru Besar dan Pengetua yang berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan akan diberikan ganjaran dan insentif oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata penilaian prestasi akan mula dilakukan tahun ini dengan setiap pencapaian sekolah akan menjadi kayu pengukur terhadap prestasi Guru Besar atau pun Pengetua.

“Malah bukan saja kepada Pengetua atau pun Guru Besar, imbuhan itu juga akan turut dirasai oleh guru di sekolah yang terbabit dan ini akan memberikan galakan kepada golongan tersebut untuk berusaha lebih keras bagi meningkatkan prestasi sekolah masing-masing,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri pelajaran berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar Yayasan Terengganu ke-31 dan program Juara Rakyat peringkat Parlimen Kuala Terengganu di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memperjelaskan bentuk ganjaran atau insentif yang akan diberikan nanti.

Sementara itu, Muhyiddin turut memuji kerajaan negeri Terengganu kerana memberikan komitmen yang besar terhadap bidang pendidikan dengan mengiktiraf negeri itu sebagai peneraju bidang pelajaran di negara ini.

“Ini dapat dilihat melalui peruntukan besar kepada bidang pendidikan selain memberi bantuan kepada pelajar memperoleh buku elektronik dan imbuhan kecemerlangan,” katanya.

Katanya, komitmen itu menjadikan Terengganu berjaya muncul sebagai negeri yang mencatatkan keputusan terbaik dalam peperiksaan UPSR selama sembilan tahun berturut-turut.

Di samping itu, katanya, negeri itu berjaya melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan PMR, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Palajaran Malaysia (STPM).

Muhyiddin berkata, walaupun tidak ada sekolah di Terengganu yang disenaraikan antara 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) baru-baru ini, ia tidak bermakna kerajaan meminggirkan sekolah di negeri itu.

“Banyak sekolah di negeri ini yang mencapai tahap cemerlang, namun tidak disenaraikan dalam sekolah SBT kerana masih mempunyai kekurangan dalam satu dua perkara.

“Namun dengan adanya usaha gigih semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan pelajar itu sendiri, saya pasti lebih banyak sekolah di negeri ini akan tersenarai pada masa akan datang,” katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my

p/s :

  • Sesetengah Guru Besar atau Pengetua hanya tahu mengarah sahaja. Yang teruk buat kerja adalah guru. Bukan mahu menuding jari. Tapi sama-samalah fikirkan kepentingan guru juga sebagai individu yang paling banyak berusaha untuk melonjakkan prestasi sekolah berbanding Guru Besar atau Pengetua.
  • Guru Besar atau Pengetua takut dikenakan tindakan jika sekolah gagal mencapai prestasi yang diharapkan, maka gurulah yang menjadi sasaran untuk memikul beban.
  • Namun, tidak dinafikan ada juga Guru Besar dan Pengetua yang begitu komited dan sama-sama berganding bahu bersama guru-guru bagi meningkatkan prestasi sekolah ke tahap yang paling terbaik. Tahniah!
  1. 21 Julai 2013 at 5:33 AM

    Very soon this website will be famous among all blogging
    and site-building people, due to it’s pleasant posts

  2. 28 Julai 2013 at 9:19 PM

    Great blog here! Also your web site loads up fast! What host are you using?
    Can I get your affiliate link to your host? I wish my
    website loaded up as fast as yours lol

  3. 1 Ogos 2013 at 2:41 AM

    Heya! I understand this is sort of off-topic
    however I needed to ask. Does managing a well-established blog
    like yours take a large amount of work? I am completely new to running a blog however I do write in my diary on
    a daily basis. I’d like to start a blog so I can easily share my experience and views online. Please let me know if you have any recommendations or tips for brand new aspiring bloggers. Thankyou!

  4. 1 Ogos 2013 at 2:51 AM

    Hello there, just became aware of your blog through
    Google, and found that it is really informative.
    I’m going to watch out for brussels. I’ll appreciate if
    you continue this in future. Numerous people will be
    benefited from your writing. Cheers!

  5. 2 Ogos 2013 at 5:56 AM

    Do you mind if I quote a couple of your posts as long as I provide credit and sources back to
    your website? My website is in the very same
    area of interest as yours and my users would definitely benefit from a lot of the information you present here.
    Please let me know if this okay with you. Thank you!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: