Utama > Berita, Pengumuman > Guru Baru Ke Pedalaman

Guru Baru Ke Pedalaman

PULAU PINANG 13 Feb. – Kementerian Pelajaran membayangkan bakal mengenakan syarat supaya guru baru dihantar mengajar ke kawasan pedalaman sekurang-kurangnya selama tiga tahun.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia akan diwajibkan ke atas lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) atau institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

”Bagaimanapun, perkara ini masih lagi di peringkat cadangan sebagai satu strategi melahirkan guru yang lebih terlatih dalam pelbagai bidang.

”Kita merasakan ia cadangan yang baik kerana dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru,” katanya.

Tambahnya, walaupun syarat itu pernah diguna pakai, namun objektifnya tidak seperti yang dihasratkan kerana sering kali ada sahaja campur tangan atau sokongan pihak luar untuk guru baru bertukar.

Jadi, kepada semua bakal guru, selamat bertugas jika anda yang terpilih ditempatkan di kawasan pedalaman. Janganlah sesekali anda mengeluh terutamanya bagi guru bujang kerana anda sendiri yang memilih untuk menjadi pendidik.

Semoga anda berjaya dan selamat menjalankan tugas dengan cemerlang.

Sekian,
NORHAIDI SARPONEN
Teacher’s Department

  1. francis
    5 Julai 2010 at 11:56 AM

    Hi Norhaidi, saya nak tanye saya ada ijazah kejuruteraan. tetapi saya mengambil master pendidikan (pengurusan). jadi jikalau (kalau lah..) saya ingin berkhidmat di sekolah perlu kah mengambil lagi kursus macam DPLI ni?

  2. 7 Januari 2014 at 1:09 PM

    Might there be some place one could get additional info?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: