Utama > Berita, Pend.Pemulihan > Masa Belajar BM dan BI Ditambah

Masa Belajar BM dan BI Ditambah

Salam sejahtera,

Maaf kerana begitu lama saya tidak mengemas kini laman ini. Terabai dan terbiar begitu sahaja kerana kekangan masa. Terlalu sibuk dengan urusan kerja dan hal peribadi.

Terima kasih kerana anda masih sudi melawat laman ini. Saya sedang dalam usaha untuk menambah beberapa bahan bantu mengajar yang difikirkan sesuai untuk mengajar LINUS kelak. Jika guru-guru di luar sana ada bahan yang difikirkan sesuai untuk dikongsikan bersama, sila emailkan bahan tersebut kepada saya untuk dipaparkan dalam laman ini kelak.

Baiklah. Berbalik kepada tajuk yang ingin saya sentuh pada hari ini mengenai mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di mana masa pengajarannya akan ditambah tanpa memanjangkan waktu persekolahan.

Berikut sedikit sedutan daripada akhbar Berita Harian mengenai topik ini.

Kabinet bersetuju masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) ditambah di sekolah rendah dan menengah selaras dasar memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata waktu bagi Bahasa Melayu ditambah daripada 270 minit kepada 330 minit seminggu bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC/SJKT), manakala untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dikekalkan kepada 240 minit seminggu.
Katanya, masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris ditambah daripada 240 minit kepada 330 minit di SK dan Sekolah Menengah manakala di SJKC/SJKT ditambah daripada 60 minit ke 120 minit seminggu. “Namun waktu persekolahan tidak dipanjangkan, tetapi diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar. Kita akan buat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan berkenaan

Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN,

Teacher’s Department

  1. Ciknad
    1 April 2010 at 12:03 AM

    Cikgu Haidi
    Saya berpengalaman mengajar tahun 1 sejak 1991
    Pada masa itu, waktu belajar BM 22 seminggu pada semester 1 dan 15 masa pada semester 2. Sekitar tahun 1996(saya lupa thn yg tepat) berubah menjadi 15 masa seminggu kerana memberi ruang kepada BI dari awal tahun. Apabila sains diajar ditahun 1 (2003) masa BM diambil lagi. tinggal 12masa seminggu. Dan apa yang menakutkan saya, tahun depan tinggal 11 masa seminggu( 1 masa bersamaan 30minit). Apakah mungkin cikgu2 BM mampu membantu murid2 LINUS &LINUS TEGAR untuk menguasai 2M….

  2. guest
    1 April 2010 at 12:25 AM

    Sekadar pendapat…MBMMBI amatlah sesuai untuk masa depan negara kita agar bahasa ibunda seiring dengan bahasa yang lain dr aspek kemajuannya. namun diharap pelaksanaan ini dapat dilaksanakan dengan baik kerana guru bm masih banyak dperlukan terutamanya disekolah SJKC dan SJKT.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: