Arkib

Archive for April 2010

Myopia Dalam Kalangan Kanak-Kanak

26 April 2010 1 komen

Apakah myopia?

Ketika kecil, kita mungkin sering disuruh makan lobak merah untuk mendapatkan penglihatan yang baik.

Namun, tahukah anda seberapa banyak pun lobak merah yang anda makan tidak membantu menghalang daripada seseorang itu menghidap myopia.

“Myopia adalah keadaan yang berlaku pada mata, bukan penyakit,” kata Prof. Holden.

Secara asasnya, ia berlaku apabila bebola mata terlalu panjang atau sistem lensa pada mata terlalu kuat. Dalam dua-dua keadaan, imej objek dipantul di depan retina, yang mana kawasan sensitif visual terletak di belakang mata menyebabkan imej kelihatan tidak jelas.

Individu dengan myopia boleh melihat objek dekat dengan jelas namun kabur pada pandangan jauh.

Terdapat pelbagai bentuk myopia bergantung pada peringkat umur mana ia berlaku.

  • Peratusan kecil (satu hingga dua peratus) kanak-kanak dilahirkan dengan myopia, dikenali sebagai Myopia Kongenital.
  • Youth Onset Myopia, paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak berumur antara enam hingga 16 tahun. Ia berbeza di setiap negara antara 10 peratus hingga 80 peratus.
  • Adult Onset Myopia, terbahagi kepada dua iaitu awal dan lewat. Berlaku pada jumlah yang kecil di dalam sesuatu negara, antara lima hingga lapan peratus.

Punca

Satu kajian yang dijalankan menunjukkan myopia berpunca daripada kombinasi semula jadi dan persekitaran.

“Faktor keturunan memainkan peranan utama. Jika ibu dan bapa penghidap myopia, maka kemungkinan anak mendapat myopia adalah tinggi iaitu sekitar 30 hingga 40 peratus,” kata Prof. Holden.

Buktinya kata beliau, keadaan myopia di kalangan masyarakat Jepun, China dan Korea lebih tinggi berbanding di kalangan masyarakat Eropah, Amerika Syarikat atau Afrika.

Bagi seorang ibu atau bapa yang mengalami masalah ini pula, kemungkinan mendapat myopia sekitar 20 hingga 25 peratus.

Namun myopia juga berlaku bukan disebabkan keturunan iaitu kurang 10 peratus.

Keadaan persekitaran turut mempengaruhi keadaan ini. Kurang aktiviti luar paling mendedahkan individu kepada myopia.

“Menonton televisyen dengan kerap tidak semestinya menyebabkan myopia. Pastikan anda tahu jarak yang selamat, namun yang paling penting, aktiviti luar membantu anda mengelak daripada masalah kesihatan,” katanya lagi.

Jelas beliau, peningkatan masalah myopia di kalangan penduduk Asia terutama di bandar banyak dipengaruhi oleh pendedahan kepada kerja visual dekat.

Sebagai contoh, kajian menunjukkan terdapat perangkaan yang tinggi masalah myopia di kalangan kanak-kanak di Shanghai, Seoul dan Osaka berbanding di kawasan pedalaman.

Antara faktor penyumbang myopia:

# belajar

# paras kerja visual dekat (membaca)

# jarak kerja dekat (penggunaan komputer)

# waktu menonton televisyen

# tempoh penggunaan komputer

# pencahayaan

# persekitaran rumah dan tempat belajar/ berkerja

# masa terlibat dengan aktiviti dalam dan luar rumah

Rawatan konvensional

Kaedah yang banyak digunakan untuk memperbaiki myopia adalah penggunaan cermin mata kanta tradisional.

Penggunaan kanta negatif memperbaiki pandangan dengan meletakkan imej tepat pada retina, membolehkan individu dengan masalah ini mampu melihat dengan jelas.

Bagaimanapun, ia tidak melambatkan keadaan myopia di kalangan kanak-kanak.

Kanta lekap turut digunakan oleh individu yang mengalami myopia, kebanyakannya dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun.

Perbaiki myopia

“Anda tidak boleh merubah genetik mendapat myopia. Namun terdapat langkah yang mampu meminimumkan perkembangannya,” kata beliau.

Dengan kanta teknologi Vision CRC positif, imej akan dipantul tepat ( atau hampir tepat) pada bahagian retina.

Berbanding kaedah lama penggunaan kanta negatif, imej akan dipantulkan pada bahagian belakang saraf periferal retina.

Cara mengurangkan myopia di kalangan kanak-kanak:

  • Periksa mata seawal usia enam atau tujuh tahun. Penggunaan kanta yang betul mampu menghalang perkembangan keadaan ini daripada menjadi lebih teruk.
  • Galakkan kanak-kanak terlibat dengan aktiviti luar.
  • Seperti pemeriksaan gigi, bawa anak berjumpa pakar optometri setiap enam bulan sekali bagi memeriksa tahap kesihatan mata mereka (andai mempunyai masalah mata).
  • Jangan biarkan anak terlalu dekat ketika melakukan kerja penumpuan penglihatan. Mereka sepatutnya membaca tidak kurang daripada 30 sentimeter dan sekiranya menonton televisyen, jarak minimum adalah tiga meter. Andai melakukan aktiviti tumpuan penglihatan dekat, rehat selama dua minit setiap setengah jam. Ambil masa untuk lihat pandangan jauh (luar tingkap atau pemandangan hijau).
  • Pencahayaan baik perlu untuk semua aktiviti.
  • Lakukan aktiviti luar rumah sekurang-kurangnya satu jam setiap hari. Aktiviti yang baik antaranya bermain bola sepak, tenis, olahraga dan sebagainya.

Kaedah alternatif memperbaiki myopia:

  • Kanta progresif kanak-kanak

Boleh mengurangkan perkembangan myopia, namun kesannya kecil dan tidak konsisten.

  • Ortokeratologi

Penggunaan kanta lekap keras untuk meratakan bentuk kornea ketika tidur. Ia memerlukan penjagaan yang teliti dari segi kebersihan.

  • Ubat titis farmakeutikal

Beberapa kajian menunjukkan penggunaan ubat titis Atropine dan Perenzipine mampu membantu mengurangkan perkembangan myopia. Kesan jangka panjang penggunaan ubat ini belum dikenal pasti.

  • Pembedahan refraktif Lasik

Lasik adalah prosedur surgikal yang mengubah bentuk kornea bagi memperbaiki myopia. Ia hanya dilakukan kepada orang dewasa selepas keadaan myopia stabil.

Panduan memilih dan menjaga cermin mata:

  • Boleh memilih bingkai mengikut fesyen semasa, tetapi harus bersandarkan keselesaan si pemakai.
  • Bingkai plastik sesuai untuk kanak-kanak kerana ia tahan lasak.
  • Cuci kanta dengan pembersih khas atau sabun biasa dan lap sehingga kering.
  • Simpan di dalam bekas khas atau tempat selamat ketika tidak memakainya.

Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

Sumber : www.utusan.com.my

Advertisements
Kategori:Berita, Kesihatan Tag:

Saya Bukan Tak Pandai..

24 April 2010 5 comments

Salam sejahtera.

Semoga anda sihat dan ceria pada hari ini di samping bersama insan tersayang. Semoga hari yang anda lalui pada hari ini sentiasa lebih baik daripada hari yang telah anda lalui semalam.

Hari ini saya hendak kongsikan sedikit perkara berkaitan tajuk yang rasanya pernah saya bangkitkan pada tahun lalu. Cuma, pada kali ini ceritanya sedikit berbeza.

Saya telah mula mengajar LITERASI sejak dua minggu yang lalu. Dan seminggu kemudian, NUMERASI pula dilaksanakan walaupun sepatutnya ia dijalankan serentak.

Saya ingin bercerita tentang seorang murid dalam kelas LITERASI yang saya ajar. Sepanjang dua minggu saya mengajar bahasa di kelas itu bermula dengan mengenal abjad sehinggalah murid berkenaan boleh mengenal suku kata KV+KVK.

Murid ini sedikit berbeza dengan murid lain kerana pencapaiannya dalam kelas saya amatlah singkat berbanding rakan seusianya yang lain. Sesuatu yang bagus. Yalah, sudah diketahui umum, setiap murid itu potensinya berbeza-beza. Ada lambat dan ada yang cepat.

Namun bukan itu cerita yang saya maksudkan kerana, sejak dari mula lagi saya didik murid ini, sebenarnya murid ini tergolong dalam kategori yang cerdik juga. Petah berkata-kata, boleh bersoal jawab lisan dengan baik, cuma pemalu tetapi boleh membaca cuma tidak boleh menulis perkataan yang guru sebut. Aneh bukan??

Setelah dua minggu saya perhatikan murid ini, suatu hari sewaktu hendak pulang, saya telah memanggil murid ini datang ke bilik guru. Saya berbual-bual mengenai keluarga murid dan macam-macam perkara sehinggalah saya sentuh hal pelajarannya di dalam kelas.

Saya berkata kepada murid ini bahawa dia sebenarnya antara murid yang cerdik dan bijak, tetapi mungkin disebabkan beberapa kelemahan yang dikenal pasti wujud dalam diri murid, maka sebab itulah dia ditempatkan di kelas LITERASI.

Murid itu mendengar dan sekadar mengangguk. Kemudian saya bertanya :

  • ” Cikgu nak awak jadi antara murid yang pandai di sekolah ni.. Awak nak tak?..”

Murid itu terdiam. Kemudian dia membalas semula soalan yang saya ajukan.

  • “Cikgu, saya bukan tak pandai..tapi tak ada orang nak ajar..”

Saya terdiam seketika tetapi saya faham apa yang dimaksudkan oleh murid berkenaan. Saya mengangguk dan kemudiannya membenarkan murid tersebut pulang. Kemudian saya menyemak semula maklumat berkaitan latar belakang murid berkenaan yang saya perolehi semasa melakukan ujian lisan LITERASI.

Kesimpulan yang saya dapati, setiap tindakan anak murid di sekolah, segalanya bermula dari rumah. Bukan hendak salahkan sesiapa, tetapi jika anak sendiri mengakuinya? Apa lagi yang harus dilakukan?

Sekian.

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

  • Apabila anak-anak mengatakan guru bersikap begitu begini, si penjaga bersungguh-sungguh menyerang guru. Tetapi apabila si anak mengatakan yang penjaganya lebih teruk, daripada sikap guru tadi si penjaga bersungguh-sungguh menafikannya.

Bahan Bantu Mengajar – Part 14

21 April 2010 7 comments

Salam sejahtera,

Semoga hari ini anda lalui dengan penuh ceria dan bertenaga di samping dapat melaksanakan pelbagai aktiviti sihat dengan sempurna untuk diri sendiri juga orang lain.

Terima kasih kerana anda masih sudi melayari laman ini. Hari ini, saya akan kongsikan lagi beberapa bahan bantu mengajar serta aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran Numerasi.

Semoga segala bahan yang dipaparkan dapat dijadikan panduan untuk semua.

antara bahan yang digunakan untuk mengajar kemahiran asas tolak

gambaran penuh bahan

KETERANGAN :

  • Model aiskrim digunakan untuk memudahkan aktiviti dijalankan. Bahagian atas aiskrim (warna merah) boleh dicabut menandakan ia telah dimakan atau mencair.
  • Guru akan memberi tunjuk cara / soalan rangsangan yang paling mudah.
  • Soalan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian masa guru.
  • Contoh, Abu ada 10 batang aiskrim. Dia makan 3 batang aiskrim. Berapakah jumlah aiskrim yang tinggal?
  • Jadi, guru akan membimbing murid bagaimana untuk menjawab soalan dengan mengeluarkan 3 bentuk aiskrim (kad manila warna merah – menandakan ia telah dimakan)
  • Murid akan dibimbing untuk melekatkan nombor dan jawapan yang disediakan dalam ruang sedia ada.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ SARPONEN

Teacher’s Department

  • Paparan di atas hanyalah sebagai rujukan sahaja dan saya percaya ramai bijak pandai yang ada di luar sana mampu hasilkan bahan yang lebih baik dan menarik

Bahan Bantu Mengajar – Part 13

19 April 2010 2 comments

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana anda terus sudi melayari laman ini. Semoga hari yang anda lalui pada hari ini, lebih baik daripada semalam. Saya sentiasa mendoakan agar anda sentiasa sihat dan ceria tidak kira di mana anda berada. Semoga kita sama-sama dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi lagi satu bahan bantu mengajar yang dibina semasa mengikuti kursus NUMERASI di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang.

Semoga bahan yang tidak seberapa ini dapat dijadikan panduan kepada umum kelak. Antara bahan – bahan yang diperlukan adalah :

Bahan-bahan :

  1. Gam
  2. Gunting
  3. Pisau kecil
  4. Kertas warna
  5. Kad manila
  6. Kertas Mahjong
  7. Pen marker

persediaan awal..soalan diberikan secara spontan. Jadi, idea juga lahir secara spontan

Tapak permainan di bina berasaskan nombor dan bentuk yang telah dipelajari murid

asas tapak permainan dibina berdasarkan bentuk-bentuk yang telah dipelajari murid

~dadu turut dibina sebagai 'pemudah cara' dalam permainan~

~bahan telah siap..masa untuk siapkan peraturan permainan~

~peraturan permainan~

~siap sedia untuk pembentangan~

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ SARPONEN

Teacher’s Department

  • p/s : bahan yang dihasilkan hanya sebagai rujukan guru sahaja. Masih ramai individu yang lebih kreatif  di luar sana mampu menghasilkan bahan-bahan yang lebih bagus daripada ini.

Bahan Bantu Mengajar – Part 12

18 April 2010 1 komen

Salam sejahtera,

Setelah sekian lama saya tidak mengemas kini laman ini kerana kekangan masa, hari ini saya akan letakkan beberapa bahan bantu mengajar yang dibina semasa mengikuti kursus LINUS (numerasi) di Sepang bulan Februari yang lalu. Saya juga akan letakkan beberapa langkah pembinaan bahan bantu mengajar ini supaya memudahkan anda memahami tujuan bahan ini.

Bahan ini dibina untuk memperkenalkan bentuk-bentuk dan saiz kepada murid. Bahan ini dibina dalam bentuk yang dipaparkan di bawah supaya murid dapat mengenali kepelbagaian bentuk, tetapi ada diantaranya mempunyai nama yang sama, yang membezakan hanya saiz dan jenisnya sahaja.

Bahan-bahan :

  1. Gam
  2. Gunting
  3. Pisau kecil
  4. Kertas warna
  5. Kad manila
  6. Pen marker

gambar 1

memperkenalkan bentuk memang mudah kepada murid, tetapi hendak memastikan murid mengenal jenis dan mengecam nama terhadap bentuk sedikit sukar..

gambar 2

pastikan bentuk dihasilkan sebelum ditampal, ada beberapa bahagian dalam bahan pada gambar 2 ini perlu dibuang semula kerana tidak sesuai..

gambar 3

hampir siap…

gambar 4

siap sedia untuk sesi pembentangan..

  • Bahan ini sekadar rujukan sahaja. Saya pasti lebih ramai individu yang lebih bijak untuk menghasilkan bahan yang lebih baik daripada ini.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ SARPONEN
Teacher’s Department

Guru Pemulihan ‘Baharu’ Tiba

2 April 2010 2 comments

Salam sejahtera,

Sekian lama saya langsung tidak dapat mengemas kini laman ini kerana kekangan masa, masalah peribadi dan lain-lain perkara menyebabkan urusan mengemas kini blog ini tergendala.

Terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana masih setia mengunjungi laman ini. Maaf atas segala kesulitan yang timbul. Sepanjang tempoh blog ini tidak dikemas kini, sepanjang itu lah ratusan email yang dihantar kepada saya tidak dapat saya balas.

Insyaallah, selepas segalanya kembali pulih, saya akan membalas pertanyaan individu yang mengirimkan email masing-masing kepada saya. Saya mahu selesaikan segala masalah yang timbul setakat ini lebih-lebih lagi ibu saya baru sahaja keluar daripada Hospital Jempol akibat keracunan.

Jadi, setiap harilah saya berulang-alik sejauh 300 kilometer dari Kuala Lumpur ke Jempol. Kekangan masa ini mengakibatkan banyak masa habis di tengah jalan ditambah dengan kesibukan tugas di sekolah.

Oh ya. Minggu ini, sekolah saya sudah menerima seorang guru pemulihan yang baharu. Segalanya berjalan dengan lancar sehingga setakat ini dan perbincangan bersama Guru Besar juga sudah diadakan untuk tindakan selanjutnya mengenai program LINUS.

sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department