Saya Bukan Tak Pandai..

Salam sejahtera.

Semoga anda sihat dan ceria pada hari ini di samping bersama insan tersayang. Semoga hari yang anda lalui pada hari ini sentiasa lebih baik daripada hari yang telah anda lalui semalam.

Hari ini saya hendak kongsikan sedikit perkara berkaitan tajuk yang rasanya pernah saya bangkitkan pada tahun lalu. Cuma, pada kali ini ceritanya sedikit berbeza.

Saya telah mula mengajar LITERASI sejak dua minggu yang lalu. Dan seminggu kemudian, NUMERASI pula dilaksanakan walaupun sepatutnya ia dijalankan serentak.

Saya ingin bercerita tentang seorang murid dalam kelas LITERASI yang saya ajar. Sepanjang dua minggu saya mengajar bahasa di kelas itu bermula dengan mengenal abjad sehinggalah murid berkenaan boleh mengenal suku kata KV+KVK.

Murid ini sedikit berbeza dengan murid lain kerana pencapaiannya dalam kelas saya amatlah singkat berbanding rakan seusianya yang lain. Sesuatu yang bagus. Yalah, sudah diketahui umum, setiap murid itu potensinya berbeza-beza. Ada lambat dan ada yang cepat.

Namun bukan itu cerita yang saya maksudkan kerana, sejak dari mula lagi saya didik murid ini, sebenarnya murid ini tergolong dalam kategori yang cerdik juga. Petah berkata-kata, boleh bersoal jawab lisan dengan baik, cuma pemalu tetapi boleh membaca cuma tidak boleh menulis perkataan yang guru sebut. Aneh bukan??

Setelah dua minggu saya perhatikan murid ini, suatu hari sewaktu hendak pulang, saya telah memanggil murid ini datang ke bilik guru. Saya berbual-bual mengenai keluarga murid dan macam-macam perkara sehinggalah saya sentuh hal pelajarannya di dalam kelas.

Saya berkata kepada murid ini bahawa dia sebenarnya antara murid yang cerdik dan bijak, tetapi mungkin disebabkan beberapa kelemahan yang dikenal pasti wujud dalam diri murid, maka sebab itulah dia ditempatkan di kelas LITERASI.

Murid itu mendengar dan sekadar mengangguk. Kemudian saya bertanya :

  • ” Cikgu nak awak jadi antara murid yang pandai di sekolah ni.. Awak nak tak?..”

Murid itu terdiam. Kemudian dia membalas semula soalan yang saya ajukan.

  • “Cikgu, saya bukan tak pandai..tapi tak ada orang nak ajar..”

Saya terdiam seketika tetapi saya faham apa yang dimaksudkan oleh murid berkenaan. Saya mengangguk dan kemudiannya membenarkan murid tersebut pulang. Kemudian saya menyemak semula maklumat berkaitan latar belakang murid berkenaan yang saya perolehi semasa melakukan ujian lisan LITERASI.

Kesimpulan yang saya dapati, setiap tindakan anak murid di sekolah, segalanya bermula dari rumah. Bukan hendak salahkan sesiapa, tetapi jika anak sendiri mengakuinya? Apa lagi yang harus dilakukan?

Sekian.

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

  • Apabila anak-anak mengatakan guru bersikap begitu begini, si penjaga bersungguh-sungguh menyerang guru. Tetapi apabila si anak mengatakan yang penjaganya lebih teruk, daripada sikap guru tadi si penjaga bersungguh-sungguh menafikannya.
  1. ZAH
    26 April 2010 at 10:17 AM

    You’re right, cikgu.
    Thanks for sharing your experience as a teacher.Good job.

  2. Langit
    27 April 2010 at 10:50 AM

    Setuju.
    Kanak2 memerlukan didikan dpd kedua2 ibu bapa, tetapi kedua2 mereka perlu bekerja mencari wang untuk menyediakan keperluan yg mencukupi untuk anak2. Oleh itu mereka menyerahkan tanggungjawab akademik kpd guru sekolah, tanggungjawab agama kpd guru skolah agama dan tanggungjawab akhlak kpd pembantu rumah atau nursery. Apa yg berlaku kpd kanak2 itu dlm proses tumbesaran mereka, ibu bapa tidak dpt tahu.

  3. maira
    25 Mei 2010 at 11:11 AM

    tq sbb sudi kongsi pemgalaman…
    sy pon bakal jd cikgu pemulihan khas…
    sedikit banyak dapat mmberi pendedahan awl…
    syabas,,

  4. Dzulfikhar
    29 Ogos 2010 at 8:31 PM

    tq for sharing.. tengah cari idea nak buat thesis Burnout dalam kalangan guru pemulihan.. then terjumpa web ni.. huhu..menarik pengalaman ni..semasa baca pengalaman ni.. teringat lak kat budak special kat skolah.. skolah sy ni kat pedalaman.. parent dia pun tak mampu nak hantar anak dia ke sekolah pendidikan khas… jadi.. kekadang tu dia masuk kelas.. kekadang ikut guru pemulihan tuk blajar.. tp x juga lekat lekat kat otak..
    then satu hari dia tanya.. “Cikgu…. kenapa otak ni tak pandai?” .. terkedu dan tak tau nak cakap apa…

    • 30 Ogos 2010 at 12:14 AM

      Seorang anak murid Pemulihan pernah bertanya saya soalan yang tak mampu saya jawab.. Soal murid tersebut, “cikgu, kalau betul ustazah cakap syurga tu kat bawah tapak kaki ibu, kenapa saya tak pernah tengok pun?..”

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: