Utama > Al-kisah, Pengurusan tingkah laku > Apabila Tugas Guru Diperlekeh..

Apabila Tugas Guru Diperlekeh..

Salam sejahtera dan salam hujung minggu.

Semoga anda semua sentiasa sihat dan sentiasa ceria di samping bersama insan tersayang. Terima kasih atas kesudian anda untuk terus mengunjungi laman ini.

Topik kali ini saya ingin sentuh mengenai ‘tugas guru’ sama ada di sekolah atau di luar kawasan sekolah.

Sejak akhir-akhir ini, hampir setiap hari terpampang di dada akhbar isu berkaitan guru. Guru dibelasah, guru tampar murid, guru diserang ibu bapa, guru ditendang, guru ditahan kerana terlibat dengan penjualan dadah dan macam-macam isu yang timbul berkaitan guru.

Sebagai individu biasa, saya terkesan juga dengan isu guru yang dibangkitkan di dada akhbar saban hari. Pendedahan akhbar pada hari ini mengenai isu guru seolah-olah memberi tanggapan negatif kepada masyarakat mengenai pandangan mereka terhadap guru.

Saya selalu duduk bersama dengan jiran-jiran kadang-kadang di restoran mamak atau ketika pulang daripada bermain futsal. Semasa minum, jika isu tentang guru dibangkitkan, pasti tanggapan negatif sahaja yang dilemparkan oleh golongan ini terhadap guru.

Mujurlah saya tidak menyatakan dari awal perkenalan bahawa saya adalah seorang guru juga. Kalau tidak, sudah tentu saya juga dilabel sebagai ‘gila’ seperti yang diberitahu oleh rakan saya dalam satu sidang mesyuarat di mana rakan saya ini menyatakan penduduk sekitar mengatakan cikgu sekolah semua gila.

Apabila segala tanggapan mengenai guru menjurus kepada yang negatif sahaja, maka tugas guru menjadi bertambah sukar. Selain mengajar, guru memikul beban yang pelbagai. Hanya individu yang menjadi GURU memahami situasi ini.

‘Orang luar’ tidak tahu akan tanggungjawab sebagai guru. Justeru, mereka ini dengan biadabnya memperlekeh tugas guru. Jadi, tidak hairanlah kalau saban hari kita selalu dengar cerita negatif tentang guru.

Kepada guru yang mendidik murid dengan penuh dedikasi tanpa mengenal erti susah payah tidak kira apa orang lain kata dan lakukan perkara buruk di belakang anda, TAHNIAH saya ucapkan.

Saya tidak setanding anda semua yang lebih banyak melalui dan merasai pahit manis dunia pendidikan, tetapi saya akan berusaha sehingga berjaya tidak kira walau berjuta rintangan di hadapan.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Teacher’s Department

p/s :

  • Jarang kita dengar sifat baik guru dipaparkan di dada akhbar bukan? Paling banyak adalah cerita negatif tentang guru sahaja.
  • Apakah peranan media pada hari ini sebenarnya? Adakah mencari salah orang, kemudian memaparkannya di akhbar untuk mengaut keuntungan atau mendidik masyarakat?
  • Adakah seseorang penulis yang menulis cerita tentang keaiban seseorang untuk dibaca oleh orang lain itu berasa gembira kerana cerita yang ditulisnya tersiar di akhbar?

  1. Langit
    30 Mei 2010 at 5:30 PM

    Salam…

    Tugas guru tidak diperlekehkan..
    Tp guru yg tidak menjalankan tugas yg diperlekehkan..
    Cikgu tak perlu terasa krn cikgu dh jalankan tugas dgn sempurna…

    Secara jujurnya sy sendiri pn negatif tehadap guru..
    Krn pengalaman di peringkat sekolah dulu.

    Di sekolah sy pernah dilucutkan dr pengawas krn seorang guru nk appoint seorang anak Dato’ dan sy dilucutkan dgn alasan sy tak memberi apa2 kepentingan kpd skolah krn anak org susah. Akibatnya sy diejek sbg Bekas Pengawas oleh rakan sekolah.

    Sy dan beberapa pelajar pernah digelar “passenger in this school” krn tak dpt straight A’s dlm ujian…

    Sy penah diherdik “Bodoh” oleh guru BI di hadapan kelas krn sy sebut “CHAIRS” sedangkan ejaannya “CHAIR”.

    Guru tidak membenarkan kami menyertai pertandingan krn takot sekolah kalah. Jadi guru HANYA MELATIH pelajar yg sama shj (iaitu anak org kaya yg bapanya byk menderma kpd sekolah) dan mereka shj yg dpt kumpul byk sijil…

    Di akhir sekolah cikgu marahkan kami kn tidak aktif dlm ko-kurikulum. Sedangkan setiap kali kami volunteer, cikgu cakap, “Tak apa, dah ada orang.” Dan org itu adalah org yg sama.

    Mungkin ini hanya hal kecil bagi kebanyakan orang, tp ini adalah hal besar bagi pelajar yg inginkan peluang untuk membuktikan kemampuan diri. Namun peluang itu tidak diberi krn mementingkan kemenangan sekolah.

    Mungkin ini hanya berlaku di sekolah yg bertaraf elit. Dan mungkin salah sy krn masuk ke sekolah elit tersebut sedangkan sy bukan org berada…

    Kesimpulannya, mungkin kebanyakan masyarakat kita mempunyai pengalaman yg buruk mengenai guru di sekolah mereka dulu menyebabkan pandangan mereka mengenai guru adalah negatif sejak awal2 lagi. Walaupn begitu guru yg berjaya menjadi pendidik jauh lebih ramai dari guru yg merosakkan nama baik profesion peguruan itu sendiri…

    Allahualam…

    • 30 Mei 2010 at 10:49 PM

      Terima kasih atas maklum balas cik langit.. (“,)

  2. sharena
    25 Jun 2010 at 1:13 PM

    Saya masih ingat pesan guru saya.. mesti sabar dalam membuat kebajikan..walau saya adalah guru juga yang pernah dilabelkan sebagai guru ‘low class’ kerana cuma mengajar kanak-kanak pra sekolah, tetapi niat ikhlas sebagai pendidik untuk melihat anak-anak berjaya sentiasa tersemat di dalam hati..yang penting ganjaran pahala di akhirat nanti walau orang hanya memandang kepada ganjaran di dunia..

  3. 29 Julai 2010 at 11:20 AM

    saya baru lagi menjadi guru tapi itulah yang selalu saya baca. jarang sekali kebaikan guru disebarkan..tapi bila ada sedikit keburukan , banyak pula yang ingin diselongkarkan. alangkah baiknya jika masyarakat sentiasa memaparkan nilai-nilai murni dalam akhbar, maka dengan sendirinya guru akan sentiasa dipandang mulia sebagai pendidik..

  4. nur
    17 Ogos 2010 at 4:58 PM

    saya bkal guru yg akan posting thn depn..selepas mnjalani 3 kali praktikum di sekitar bandar johor bahru , byk pengalaman yg dpt ditimba sepnjang tempoh trsebut.memang ade guru yg plih kasih dlm memilih pelajar utk aktiviti apa2.saya mengakui prkara tersebut kerana setiap kali adanya pertandingan ape2,pljar yg sama je masuk.prnah rakan sy hanya emilih pelajar kelasnya sahaja utk prtndingan spt koir , hoki dan sbgainya kerana yakin pelajar ‘kelas terbaik’ mampu menang.sy sbgai bkal guru agak kecewa dgn sikp sesetengh guru yg hnya memilih pljar pandai dan anak guru shj utk msuk pertndingan ape2.spatutnya kt perlu menyokong mana2 pljar yg betul2 ingin masuk wpun mereka bkn pljar kelas terbaik ataupun popular di sekolah tersebut.

    • 17 Ogos 2010 at 7:25 PM

      salam Nur,

      suka saya memandang isu ini dari sudut positif. Pada pendapat saya, ada sebabnya mengapa guru berkenaan memilih pelajar dalam kalangan yang pandai sahaja. Kemungkinan berikut mungkin boleh dipertimbangkan barangkali??

      1. Masa pertandingan selalunya hadir kurang sebulan. Jadi, guru tiada masa untuk membentuk murid bagi memenangi pertandingan yang disertai melainkan murid dilatih dari awal tahun. Justeru, tiada pilihan lain selain mereka yang berbakat sahaja dipilih.

      2.Semasa di sekolah lama di JB, saya melatih murid dalam permainan HOKI. Pertandingan tak sampai dua bulan. Bila masa nak latih murid sebab sasaran awal mestilah memenangi sekurang2nya tempat ketiga. Oleh kerana tiada pilihan, saya memilih hanya yang berbakat di samping tidak mengabaikan pelajar lain.

      3.Ada guru melatih pelbagai kategori pelajar untuk menyertai pertandingan, guru komited, tapi ada pula murid yang datang sekadar suka-suka, tunjuk pandai, ego, suka datang lambat dan menyertai latihan untuk buang masa guru. Pada hari pertandingan, mereka tidak datang atau demam di hari pertandingan. Guru juga yang tanggung malu.

      Jika anda rasa tindakan guru berkenaan salah di mata, harap anda dapat menegur mereka secara berhemah. Terima kasih.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: