Utama > Pend.Pemulihan, Program LINUS > Saringan 2 LITERASI (lisan) selesai!

Saringan 2 LITERASI (lisan) selesai!

Salam sejahtera..

Semoga anda sentiasa sihat dan ceria walau di mana jua anda berada. Semoga anda dapat melaksanakan tugas pada hari ini dengan sempurna. Terima kasih kerana anda terus mengunjungi laman ini.

Hari ini, selesai sudah saya menjalankan saringan 2 (LISAN) bagi LITERASI. Banyak kejutan yang berlaku dalam proses saringan ke-2 ini.

Saya tidak terkejut jika sebelum ini, ramai murid yang gagal melepasi saringan 1 dan dalam saringan lisan 2 ini, ramai pula yang lulus. Satu pencapaian yang membanggakan.

Namun, apa yang mendukacitakan saya adalah kegagalan seorang murid yang saya sasarkan dengan mudah akan melepasi saringan lisan ke-2 ini. Saya termasuk beberapa orang guru lain berasa hairan dengan prestasi merudum murid ini.

Murid-murid lain yang dalam sasaran didapati tiada masalah untuk melepasi saringan lisan 2 ini. Namun, seorang murid perempuan ini pula terkandas. Saya yang bertindak sebagai ‘pemudah cara’ semasa saringan tersebut dijalankan juga berasa terkejut dengan keputusan saringan berkenaan.

Setelah berbincang dengan guru kelas dan guru mata pelajaran yang lain, barulah saya ketahui apa punca sebenar prestasi murid berkenaan jatuh merosot.

Apa pun berlaku, saringan lisan sudah selesai dijalankan. Minggu ini akan bermula pula saringan lisan bertulis LITERASI dan saringan lisan NUMERASI.

Berdasarkan rekod semasa LITERASI dan NUMERASI yang ada di tangan, dijangka akan ada perubahan dari segi jumlah murid yang menguasai dan tidak menguasai kemahiran asas.

sekian,
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

  1. Lizahzakaria
    17 Ogos 2010 at 4:26 PM

    Hari ini sepupu saya menelefon saya sambil menangis mengatakan yang anaknya gagal dalam saringan linus dan ditempatkan didalam kelas linus. Pada anggapan dia yang anaknya benar2 tidak pandai….kerana murid yang masuk kelas linus ini pencapaian dalam exam tidak memberangsangkan….most of the children tidak lulus dalam subject math, english n bm. Dia seolah2 tidak boleh menerima hakikat yg anak dia masuk kelas linus, ini kerana pada setiap kali exam result yg anak ini dapat bagi dia dan saya juga amat baik seperti contoh Math she get 95%.

    Dari segi emosi pula anak ini benar2 terganggu. Menurut sepupu saya anak dia menjadi tidak ceria seperti biasa…dan saya berfikir adakah program ini benar2 berguna kepada murid2….rasanya saya perlu forward website ini kepada sepupu saya agar dia benar2 faham apa itu linus dan objective program ini.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: