Eja Betul, Tapi Salah Sebut

Salam sejahtera,

Semoga anda dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa. Terima kasih kerana anda terus mengunjungi laman ini.

Baiklah. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai masalah pengamatan yang dialami oleh murid terutamanya dalam bidang bahasa.

Hari ini seorang guru datang berjumpa dengan saya dan bertanya bagaimana hendak memperbetulkan cara sebutan murid kerana kebanyakan murid sudah boleh mengeja. Murid pula mengeja betul, tetapi mereka menyebut pula salah.

Contoh 1 :

ejaan perkataan : ‘masjid’

murid eja              : ‘mas’ + ‘jid’

murid sebut         : ‘mesjid’

Contoh 2 :

ejaan perkataan : ‘loceng’

murid eja              : ‘lo’ + ‘ceng’

murid sebut         : ‘lonceng’

Dalam kes ‘Eja betul, tapi salah sebut’ ini ada beberapa faktor yang perlu diambil perhatian kerana perkara-perkara berikut :

  • Sesetengah murid masih tidak faham akan konsep mengeja yang diterapkan oleh guru.
  • Ada murid mengeja tanpa melihat bahan bantu mengajar yang diberi. Murid mengeja kerana terikut-ikut dengan sebutan rakan-rakan. Jadi, rakan silap eja dan sebut, murid berkenaan juga akan melakukan kesilapan.
  • Sesetengah murid yang lambat perkembangannya tidak dapat menguasai kemahiran mengeja dengan pantas. Jadi, murid akan kerap melakukan kesilapan. Jangan bimbang, guru perlu bimbing  murid ini eja dan sebut secara berulang-ulang.
  • Sesetengah murid pula hanya tahu bunyi dua abjad sahaja. Contohnya, suku kata ‘KA’. Jika guru menambah suku kata dibelakangnya seperti, ‘CANG’. Murid tetap akan mengeja suku kata kedua ini sebagai ‘CA’ tetapi dibunyikan sebagai ‘CANG’.
  • Ada murid yang yang lemah pengamatannya. Justeru, murid akan alami kesukaran untuk memindahkan cara pandang dan baca suku kata dalam satu perkataan antara suku kata pertama kepada suku kata kedua.

Justeru, diharapkan selepas ini, guru akan dapat mengatasi kekurangan ini. Tidak kira apa kaedah yang guru gunakan sekalipun, asalkan murid ini berjaya mencapai objektif pengajaran, saya kagum dengan usaha yang dilakukan.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Teacher’s Deparment

  1. janna
    6 Ogos 2010 at 6:32 PM

    salam sy ada order buku yg siri 1..tp lum ada lg kat email..sy order 4 ogos aritu..harap dpt perhatian

    • 6 Ogos 2010 at 11:24 PM

      salam,

      saya telah memeriksa akaun email dan serahan ebook telah dihantar ke dalam akaun INBOX atau SPAM anda pada masa yang berikut : Thu, Aug 5, 2010 at 1:16 PM

      Jika anda masih tidak menerimanya, sila hubungi saya segera di alamat berikut :

      norhaidisarponen@gmail.com

      Terima kasih

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: