Utama > Agama, Al-kisah, Berita, bimbingan dan kaunseling, Cerita Teladan, Kasih Sayang, peristiwa > Sokong Hukuman Lebih Berat Terhadap ‘Pembunuh Bayi’

Sokong Hukuman Lebih Berat Terhadap ‘Pembunuh Bayi’

Salam sejahtera,

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Kabinet mengarahkan supaya mana-mana individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan bunuh.

Arahan itu meminta polis supaya menyiasat sesiapa yang membuang bayi sehingga menyebabkan kematian bayi di bawah Seksyen 302 kanun tersebut yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Selain itu, mereka juga boleh didakwa atas kesalahan percubaan membunuh atau menyebabkan kematian di bawah kanun yang sama.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) berkata, penguatkuasaan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu mendapat persetujuan Jemaah Menteri semalam.

Menurutnya, penguatkuasaan mengikut seksyen tersebut membuktikan kerajaan serius mengekang gejala pembuangan bayi daripada berleluasa.

Penulis menyokong usaha membanteras masalah ‘pembunuhan bayi’ yang menyayat hati dan dilihat semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Remaja hari ini seolah-olah tidak serik dengan apa yang mereka lakukan. Penulis berasa terkilan dan bersedih setiap kali melihat bayi-bayi yang comel dibuang, cuba dibakar, dimakan anjing, dihanyutkan air, dan macam-macam cara dilakukan mereka yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap ‘dosa’ yang dilakukan.

Ingatlah, sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tidak berguna.

Sekian,
NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Teacher’s Department.

p/s :

  • Pasangan yang telah berkahwin, bertahun-tahun menunggu untuk menimang cahaya mata. Betapa susahnya pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata ini menjalani kehidupan. Tetapi, remaja ini berzina, kemudian dengan mudahnya membunuh bayi ini tanpa ada rasa bersalah dalam diri.
  1. sya
    17 Ogos 2010 at 8:29 PM

    Apalah nak jadi dengan anak-anak remaja hari ini. Patut juga hukuman lebih berat dikenakan terhadap mereka. Ibu bapa mesti memainkan peranan yang lebih efektif dalam menghadapi arus kehidupan pada hari ini. Jangan pakai lepas kat cikgu je untuk ajar dan didik anak-anak. Ajaran dan didikan bermula di rumah. Asuh dan didiklah pendidikan agama seawal mungkin dan pantaulah kegiatan anak-anak. Janganlah apabila nasi sudah menjadi bubur baru tersedar!

  2. e
    28 Disember 2014 at 6:51 PM

    Hey exceptional blog! Does running a blog like this require a massive amount work?
    I’ve absolutely no knowledge of coding however I had been hoping to start
    my own blog in the near future. Anyway, should you have any ideas
    or tips for new blog owners please share. I know this
    is off subject but I simply wanted to ask. Thank you!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: