Kerenah ‘Si LINUS’ Di Bulan Puasa

Salam sejahtera,

Semoga hari ini adalah hari yang baik buat diri anda dan juga saya. Semoga anda dikurniakan kesempatan dan peluang yakni rezeki yang melimpah untuk menjadi seorang yang hebat pada hari ini.

Terima kasih kerana anda masih sudi melayari laman ini. Kepada individu yang membeli ebook saya, jutaan terima kasih saya ucapkan. Saya masih menantikan reaksi anda yang telah mengaplikasi ebook berkenaan kepada anak didik. Tidak kira baik atu sebaliknya reaksi anda, harap anda dapat memberi maklum balas kepada saya secepat yang mungkin untuk saya membuat penambahbaikan.

Hari ni saya ingin kongsikan sedikit pengalaman yang mencabar kesabaran saya dalam tempoh hampir dua minggu umat Islam berpuasa. Hal ini tidaklah berat, namun disebabkan ianya terjadi semasa di bulan puasa, kesabaran saya benar-benar teruji.

Ceritanya begini, dalam kelas Numerasi yang saya ajar, terdapat seorang murid yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam. Pada awal tahun, saya hanya menganggap murid ini masih belum benar-benar mengenal alam persekolahan.

Namun, setelah lapan bulan sesi persekolahan berjalan, saya dapati murid berkenaan semakin serius dari segi tingkah laku. Sebelum ini iaitu pada bulan Januari dan May yang lalu, saya telah berjumpa dengan ibu bapa penjaga murid berkenaan supaya segera merujuk anak mereka kepada pakar.

Namun, disebabkan beberapa masalah yang saya tidak ketahui, perkara ini masih tidak dapat diselesaikan. Apabila saya mengajar seperti biasa, murid ini dengan sikapnya yang aktif akan mengganggu rakan lain belajar.

Berulang kali ditegur, murid ini seakan tidak takut dengan guru. Malah, bekas pensel diambilnya dan dibaling ke arah saya. Tidak terkejut dengan gelagat murid berkenaan, saya memujuknya supaya duduk. Tanpa disangka, murid berkenaan lari ke bahagian belakang kelas lalu mencapai sebilah gunting.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, saya segera meluru ke belakang untuk merampas gunting berkenaan. Belum pun sempat saya bergerak, dengan pantas murid tersebut menikam belakang rakan yang sedang menyalin latihan di papan putih.

Saya terpaksa melempar buku ke arah sebelah kiri murid sebagai tanda amaran supaya dia segera berundur. Tanpa rasa bersalah, murid ini memekik dan memaki hamun rakan yang ditikamnya tadi. Saya segera mendapatkan murid yang ditikam tadi.

Mujur hanya luka kecil. Murid tadi pergi ke hadapan kelas pula setelah melihat saya berada di belakang. Kali ini dia memanjat meja guru. Kemudian, melompat dari satu meja ke meja yang lain.

Memang ketika itu, saya sudah hilang sabar. Tapi, apabila difikirkan semula, tiada apa yang boleh saya lakukan untuk mendiamkan murid yang hyper ini. Saya segera mengeluarkan telefon bimbit dan merakam pergerakan aktif murid tersebut.

Barangkali dia tahu dirinya sedang dirakam, murid tadi duduk di mejanya dan berlakon seoalah-olah sedang membuat kerja. Rasa nak marah ada, hendak ketawa pun ada. Dalam hati saya berkata “ish..pandai pulak budak ni berlakon..tau pulak da kena rakam dia duduk diam..”

Saya segera ke hadapan kelas untuk menyambung tugas mengajar dan membimbing murid. Murid ini tadi bangun dan bergerak ke belakang. Bimbang insiden ditikam berulang, saya mengarahkan semua murid bergerak ke hadapan.

Murid ini sekali lagi buat hal. Kali ini semua beg murid lain di bahagian belakang diselongkarnya. Aduh! hari-hari macam ini perangainya memang pening kepala.

Saya segera menutup dan mengunci pintu belakang. Kemudian pintu hadapan kelas juga saya kunci. Kali ini, saya nekad untuk menangkap murid tersebut. Maka, berlakulah adegan kejar mengejar dalam kelas.

Sekejap sahaja, murid tersebut saya tangkap dan bawa ke depan. Saya dudukkan di atas kerusi dan memujuknya supaya bertenang walaupun saya tahu tindakan saya itu tidak membawa kesan.

Murid-murid lain pula mula menyerbu. “Cikgu, macam ni ek??..” Sengaja buat-buat bertanya soalan yang sudah dijawab betul atau salah, ada yang mengadu rakan tak buat kerja (iri hatilah tu) dan sebagainya. Aduh!. Pening.

Saya arahkan semua murid menyiapkan latihan dalam lembaran kerja yang di beri dan duduk di tempat masing-masing semula sambil memberi tahu saya akan ‘melayan’ mereka selepas selesai urusan saya dengan murid hyper tersebut.

Murid aktif ini tadi masih meronta-ronta mahu dilepaskan. Saya letakkan buku latihan dan pensel di atas meja. Saya pegangkan pensel di jari murid ini dan bimbing menulis. Murid ini meronta-ronta dan memaki hamun saya pula.

Rasa marah dalam hati semakin marah. Ikutkan hati hendak saya tampar mulut murid ini. Tapi, kalau ditampar murid yang sakit. Bukan semakin diam, tetapi semakin agresif.

Akhirnya, 30 minit terakhir sesi pembelajaran dihabiskan dengan saya terpaksa bersama murid agresif ini tadi sehinggalah kelas berakhir.

Dalam mesyuarat post mortem saringan ke-2 Numerasi yang lalu, saya ada ajukan masalah ini. Saya dimaklumkan, murid berkenaan sebelum ini tidak pernah ke sekolah atau berjumpa dengan sesiapa.

Murid berkenaan sebelum ini hanya berkurung di rumah sahaja. Apabila masuk ke tahun 1, murid seolah-olah mengalami kejutan kerana dalam sebuah ‘rumah’ (kelas) ada lebih 20 orang murid. Jika di rumahnya pula cuma ada dia dan abangnya sahaja.

Saya sendiri tidak faham kenapa ibu bapa murid ini tidak mahu menghantar anak mereka untuk menjalani pemeriksaan pakar. Bukan tidak mampu, jika tidak mampu sekali pun, masih ada alternatif lain yang boleh saya cadangkan untuk menyelamatkan murid ini.

Namun, semua ini berbalik kepada diri sendiri. Sikap. Masing-masing mengharap saya akan dapat membuat anak murid yang agresif ini bijak dan berjaya dalam pelajaran..Sabar sajalah..

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Teacher’s Department

p/s :

  • maaf jika perkataan ‘si linus’ itu tidak sesuai digunakan dalam laman ini untuk tatapan pembaca.

  1. 26 Ogos 2010 at 12:04 AM

    Mengajar budak hyper mmg sgt mencabar.tambah2 d bulan2 puasa.bagaimana kalau pendekatan secara menjadi ‘kwn’ dia.jgn berkeras tetapi jgn berlembut sgt,guna psikologi dgn dia sbb dia masih kanak-kanak.dekati dia n selidik apa yg dia mahu.sekadar memberi cadangan.

    • 26 Ogos 2010 at 12:33 AM

      terima kasih atas cadangan yang diberi. Saya juga telah siasat latar belakang murid. Sebab itulah saya meminta penjaganya segera menghantar murid ini berjumpa pakar. Namun, respon penjaga – negatif

      Saya telah berusaha menjadi ‘kawan’ kepada murid, menurunkan ‘level’ saya kepada tahap murid berkenaan, berlembut dan memberi pujian atau ‘hadiah’ sekiranya murid berkenaan dapat duduk di tempatnya dan tidak mengganggu murid lain.

      Tetapi, murid saya ini bukan seperti murid normal yang lain. Murid normal jika ditegur, mereka akan respon juga walaupun lambat..

      tetapi murid ini lain. Saya percaya Cikgu Ah ada pengalaman seperti saya juga. Apa pun, saya terima komen dan cadangan Cikgu Ah.

      Terima kasih

  2. hazel anuar
    8 November 2010 at 11:43 AM

    salam cikgu..sy rasa berbangga dgn cikgu yg sgt sabar dlm menangani masalah murid yg agak hyper aktif ini. buat pengetahuan cikgu, anak sy(djh 1) juga menghadapi masalah yg sama. menurut guru kelas beliau, anak sy tidak tahu duduk diam, tidak fokus malahan smpi sekarang masih belum tahu membaca. cikgu anak saya menyarankan saya membawa anak saya berjumpa doktor pakar.tp saya merasa kurang senang kerana bagi saya anak saya tidak mempunyai masalah kesihatan.cikgu tersebut asyik menekankan bhw anak saya akan gagal dlm program linus yg merupakan projek terbaru dan sekolah anak sy merupakan perintis. beliau kata, kalau dah sah anak saya ada masalah pembelajaran, anak saya akan ditukarkan ke sekolah lain. Saya merasakan cikgu tersebut cuba untuk mengenepikan anak saya kerana anak saya akan memberi kesan buruk kepada prestasi beliau dan sekolah.perasaan saya berkecamuk,marah,kesal dan sedih.dah la ini satu2nya anak saya.yang herannya, apabila diajar di rumah, anak saya boleh mengenal huruf dan mengeja.saya pun tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi. buat pengetahuan cikgu, bln lepas,saya meletakkan jwtn saya sbg pengurus di salah sebuah sykt swasta untuk fokus kepada anak saya.harap cikgu dpt beri buah cadangan cikgu untuk masalah saya ini.

    • 8 November 2010 at 12:49 PM

      salam sejahtera,

      pertama sekali, terima kasih atas kesudian tuan/puan berkongsi maklumat berguna ini. Bukan mudah hendak berkomunikasi dan bertukar pandangan dan pendapat bersama penjaga.

      Kedua, saya bukanlah pakar dalam bidang yang kita bincangkan ini.Namun, diharapkan sedikit banyak bicara kita akan mendatangkan manfaat bagi pihak tuan/puan dan pihak saya.

      Sebagai seorang ibu atau bapa, kita tentunya mengharapkan yang terbaik daripada anak-anak. Jika sebaliknya berlaku, bukan mudah kita hendak menerimanya lebih-lebih lagi jika orang lain menyampaikan perkara yang berbeza daripada apa yang kita sendiri lihat dan nampak.

      Di sekolah contohnya, sikap dan perangai seseorang murid itu tidak serupa seperti di rumah. Namun, jumlah murid kategori ini adalah sedikit.

      Pengalaman saya ketika bertugas di Johor, seorang murid tahun 1 yang sangat hiper dan agresif. Semua orang di sekolah dapat memerhatikan tingkah laku murid ini. Kami cuba maklumkan kepada ibu bapa murid berkenaan.

      Malangnya, pihak kami ditegur kerana penjaga berkenaan mendakwa sikap anaknya di rumah adalah berbeza seperti yang kami lihat. Bukan mencari aib sesiapa, saya sendiri telah merakam pergerakan murid ini di sekolah. Jika tuan/puan melihatnya

      sendiri pasti tuan terkejut. Memanjat meja, berlari sana sini keliling sekolah, membuang beg dari tingkat dua, baring di lantai yang kotor…

      Tetapi, sikap itu berubah di rumah. Si penjaga mendakwa anaknya baik-baik sahaja semasa berada di rumah. Mendengar kata, boleh disuruh, boleh membaca itu ini dan segala perkara baik dinyatakannya. Bukan pihak kami mempertikaikan, sebaliknya kami berasa pelik dengan dua perwatakan murid ini.

      Dalam kes tuan/puan, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Pertama, saya minta tuan/puan rujuk dengan guru kelas, guru mata pelajaran, guru pemulihan dan guru kaunseling di sekolah anak tuan. Mungkin mereka ada jawapan paling relevan dengan pertanyaan tuan berbanding saya yang tidak lihat perlakuan anak tuan.

      Kedua, kebanyakan perubahan sikap murid ada bersangkut paut dengan emosi. Kadang-kadang mereka beria-ia mahu ke sekolah, tapi tujuan mereka lain. Kadang-kadang di rumah, mereka tunjukkan tingkah laku yang kita sendiri rasa senang, berbeza dengan

      tingkah lakunya di sekolah yang kadang-kadang muram, agresif atau pasif dalam kelas, fobia dan sebagainya.

      Saya minta tuan/puan berjumpa dengan individu yang saya telah sebutkan dan berbincang secara baik. Jika hasil perbincangan

      mahukan anak tuan dirujuk kepada pakar, saya berharap tuan tidak berkecil hati kerana sudah menjadi tanggungjawab guru untuk memberikan khidmat yang terbaik.

      Saya percaya guru berkenaan bukan hendak mengetepikan anak tuan/puan, sebaliknya mencari jalan bagi untuk menyelamatkan anak tuan/puan. Jika tuan/puan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan individu berkenaan, minta mereka lakukan ujian diagnostik untuk mengesan masalah sebenar.

      Ada sesetengah guru menganggap murid tahun 1 ini hiperaktif tetapi sebenarnya bukan begitu. Mereka cuma nakal, agresif dan kadang-kala sukar di kawal. Hiperaktif ada empat peringkat utama dan guru mesti jelas dengan keadaan ini. masalah ini hanya boleh diketahui setelah dirujuk kepada pakar.

      Mungkin juga cara pengajaran guru yang kurang menarik tidak dapat membantu pencapaian anak tuan/puan dalam akademik atau pun anak tuan/puan memang benar-benar bermasalah. saya sendiri tidak pasti.Jika saya dipihak tuan/puan, saya juga berasa geram, sedih dan kesal apabila guru berkenaan mengatakan anak saya bermasalah. Tetapi, demi kebaikan anak tuan/puan, berbincanglah dengan individu yang saya cadangkan.

      Itu yang terbaik. setelah kata sepakat dicapai, tuan/puan akan tahu apa prosedur seterusnya yang akan dilakukan. Harap penerangan saya jelas. Maaf kalau penerangan saya mengecewakan tuan/puan.

  3. hazel anuar
    9 November 2010 at 11:32 PM

    Salam Cikgu Haidi..
    Terima kasih atas maklum balas cikgu yang saya sifatkan sedikit sebanyak telah membuka minda saya terhadap permasalahan anak saya. Saya akan cuba berbincang dengan guru kelas anak saya.Sekiranya saya mendapat maklumbalas yang tidak sepatutnya, mungkin saya akan berbincang dengan pengetua sekolah sendiri. Ini kerana pengetua sekolah telah beberapa kali menyatakan keinginan untuk bertemu saya.Akan tetapi lantaran kesibukan di tempat kerja (di WRP) saya tidak dapat bertemu beliau.Walaubagaimanapun saya telah mula fokus kepada pelajaran anak saya yang mana sebelum ini saya abaikan.Terima kasih Cikgu

  4. felicia
    16 November 2010 at 10:57 AM

    selamat sejahtera cikgu…..sekadar untuk berkongsi maklumat…
    utk pengetahuan cikgu, anak sya (Thn. 1 / lelaki) juga menghadapi maslah yg serupa dan dalam kelas pemulihan. Guru kelas anak sya telah bbrpa kali memaklumkan kpd sya berkenaan dgn sikap & perangai anak sya ketika dlm kelas.Dia sering menggangu murid lain, memukul atau mengejek…adakalanya dia membaling botol air ke arah rakan2nya. Setiap minggu ada saja perkara yg dilakukan oleh anak sy dan setiap minggu juga ada saja ibubapa yg dtg berjumpa dgn sy atau pihak sekolah. ada satu ketika anak sya ‘menghilang’, puas dicari oleh guru2 dan murid lain termasuk kakaknya yg berada di Thn 3…rupanya dia berada di dewan sekolh bermain seorang diri!!!!Anak sy juga masih blm tahu membaca..dia hanya tahu mbaca perkataan yg mpunyai 2 suku kata sahaja & beberapa perkataan yg mpunyai 3 suku kata…itupun perkataan yg sgt mudah spt ‘ba-ha-ya’. Dia juga mudah lupa/tidak faham apa yg telah dibacanya…Sy pernah menyuruh anak sy membaca buku cerita..tetapi hanya 1 perenggan shj yg dia mampu baca dalam masa 1 jam, selepas itu dia menangis dan berkata ‘cukup lah Mama..saya sudah penat, saya mahu rehat dulu’…apabila sy bertanya semula apa yang telah dibacanya, dia hanya menjawap ‘sya tidak tahu’…!!
    Bagi soalan matematik….dia masih boleh jawap sekiranya soalannya berbentuk spt ini..’12-5= ?’ atau ‘8+7=?’ tetapi bagi soalan yg berbentuk perkataan dia tidak akan dpt menjawap.
    Utk pengetahuan cikgu juga anak saya hanya bercakap/bertutur ketika dia berumur 5 tahun semasa di tadika. Saya juga pernah membawa anak sy berjumpa dgn pakar semasa umur anak saya 3 tahun utk memastikan samada dia hyper kerana pd masa itu anak sy sgt sukar dikawal, tetapi doktor pakar berkenaan menyatakan yg anak saya tidak mempunyai sebarang masalah.
    Terima kasih cikgu kerana sudi membaca!!!!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: