Jangan Biar Anak Terabai

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan ceria di samping dapat melaksanakan tugas harian dengan sempurna. Di mana pun anda berada ketika ini, jutaan terima kasih saya ucapkan kerana sudi melayari laman ini.

Hari ini saya hendak kongsikan sedikit mengenai salah seorang murid lelaki tahun dua yang saya ajar. Murid ini sering kali tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberi.

Malah, dalam masa satu jam, hendak menyalin dua baris ayat yang sederhana pendek pun sukar. Pada mulanya, saya ingatkan murid ini memang sengaja tidak mahu menyalin atau malas. Namun, setelah berjumpa dan berbincang dengan guru Pemulihan, saya mendapat tahu murid ini sebenarnya menghadapi masalah pembelajaran iaitu hiperaktif lavel 2.

Dengan masalahnya yang begitu, murid ini sering kali dilihat merayau-rayau serta tidak boleh duduk diam. Suka mengganggu rakan, bergaduh dalam kelas dan macam-macam masalah yang dibuatnya.

Bagi saya dan guru-guru lain yang sudah biasa dengan murid seperti ini, mungkin masalah ini kecil sahaja. Tetapi bagi guru yang baru pertama kali bertugas, pasti hampir setiap hari ‘dibuli’ oleh murid ini.

Saya menganggap murid ini mempunyai masalah yang boleh diatasi dengan segera. Caranya, saya mesti berjumpa dan berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid ini.

Si ibu telah datang ke sekolah dan berjumpa dengan saya untuk membincangkan masalah murid ini. Ibunya mengaku anaknya memang hiperaktif lavel 2 berdasarkan laporan doktor. Saya turut bertanyakan sekiranya doktor ada mengeluarkan laporan bertulis atau tidak. Saya dimaklumkan, laporan masih belum boleh dikeluarkan memandangkan murid ini masih menerima rawatan daripada doktor berkenaan.

Saya dimaklumkan oleh si ibu, jika murid ini gagal melepasi satu tahap ujian yang dijalankan oleh doktor, maka doktor akan mencadangkan anaknya supaya ditempatkan ke sekolah khas. Si ibu yang kelihatan gelisah dengan kenyataan doktor telah meminta pandangan saya.

Saya hanya boleh berkata bahawa doktor telah menjalankan ujian dan analisisnya jika diketahui benar seperti yang dijangka, maka sebaik-baiknya berbincanglah dengan suami untuk menentukan di mana anak murid ini sepatutnya berada.

Saya mencadangkan supaya si ibu tadi mengikut saranan doktor. Namun, si ibu tidak mahu kerana malu orang sekeliling akan mengatakan anaknya cacat. Saya menjelaskan bahawa anaknya bukan cacat dan masuk ke sekolah khas tidak semestinya murid cacat sahaja kerana ada kategori murid dalam sekolah khas.

Anaknya cuma akan belajar di sekolah khas atau sekolah yang ada sediakan kelas khas masalah pembelajaran. Bukan bermaknya masuk ke sekolah atau kelas berkenaan maka anaknya dikategorikan sebagai cacat.

Justeru, saya meminta supaya satu salinan laporan daripada doktor diberikan kepada saya untuk tindakan susulan. Saya juga meminta supaya si ibu tadi tidak melengah-lengahkan hal ini dan melakukan tindakan seterusnya.

Namun, hingga kini masih tiada apa yang berlaku. Murid tersebut terus ketinggalan berbanding rakan sebaya yang lain.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ SARPONEN
Teacher’s Department

p/s :

  • Ada sesetengah ibu bapa sukar untuk dihubungi guru untuk menyampaikan maklumat mengenai program sekolah atau pun laporan disiplin atau prestasi akademik anak mereka.
  1. 25 September 2010 at 2:47 PM

    Salam,

    Cikgu, nak tanya…
    Pelajar hyperactive ni, dalam pelajaran, kebiasaannya adakah mereka ni lambat tangkap apa yg diajar, atau akan jadi sangat bijak jika berminat dgn apa yg diajar…

    TQ…

    • 25 September 2010 at 3:30 PM

      salam,

      Apa yang saya tahu, memang kebanyakan murid hiperaktif ni cerdik sebenarnya. Dalam kes saya pula, contohnya murid tersebut lambat menyalin latihan, tidak mahu bekerjasama semasa guru mengajar kerana murid tersebut tidak boleh duduk diam. Murid tersebut sentiasa bergerak dan mengganggu rakan.

      Untuk rekod, saya pernah menguji seorang murid hiper mengenai soalan Matematik yang belum diajar kepadanya. Murid tersebut dapat menjawab kebanyakan soalan dengan betul. Apabila ditanya siapa yang ajar, murid ini menjawab “tadi masa lari-lari saya nampak cikgu ajar..”

      Bunyinya macam pelik dan saya sendiri tak ada jawapan macam mana nak jelaskan semua ni. Mungkin pakar ada jawapannya..(“,)..

  2. 26 September 2010 at 2:16 AM

    Terima kasih atas jawapan cikgu.. (^_^)
    Untuk rujukan berkenaan adik saya

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: