Saringan 3 (Lisan) Selesai

salam sejahtera,

Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izin-Nya pada hari ini kita masih dapat bernafas dan menikmati keindahan dunia. Begitu juga anda, terima kasih saya ucapkan kerana masih sudi melayari laman ini. Semoga hari ini adalah hari yang paling baik bagi anda berbanding hari-hari yang sebelumnya.

Sedikit catatan ringkas yang ingin saya masukkan pada kali ini adalah berkaitan saringan 3 LINUS.

Saya telah menjalankan Saringan 3 bagi LITERASI dan NUMERASI. Murid LITERASI saya seramai 16 orang dan murid NUMERASI pula 19 orang.

Alhamdulillah, kesemua murid ini telah lulus kesemua 12 konstruk yang diuji di mana mereka berjaya menjawab setiap dua soalan dalam satu konstruk itu dengan betul.

Berdasarkan rekod semasa, saya amat yakin murid-murid tahun satu pada musim ini yang mengikuti program LINUS akan berkurangan menjelang akhir musim ini.

Cuma satu sahaja perkara yang membimbangkan saya selaku guru LITERASI dan NUMERASI iaitu saringan bertulis.

Berdasarkan rekod sejak Saringan 1 dan 2, kebanyakan murid yang mengikuti program LINUS kerana kegagalan mereka dalam saringan bertulis.

Sekian,
NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Teacher’s Department

  1. Wendy
    11 Oktober 2010 at 10:46 PM

    Alhamdullilah, selesai juga ya. Sy baru dapat soalan saringan hari ini walaupun soalan telah diambil mgg lepas kerana pergi berkursus. Masih perlu memikirkn bila kah masa yg sesuai untuk melakukan ujian saringan lisan.

    Sekadar bertanya, mengikut prinsip Literasi, murid hanya perlu menguasai kemahiran mengenal abjad, mengeja dan membunyikan abjad, tp adakah cg haidi masih mengajar agar murid linus memahami perkataan?

    • 13 Oktober 2010 at 7:30 AM

      salam,

      pada asasnya, murid memang dikehendaki menguasai kemahiran seperti yang terkandung dalam modul. Tetapi, saya ingin lihat murid saya pergi lebih jauh supaya kelak mereka tidak berasa susah semasa belajar pada tahun berikutnya.

      Walaupun banyak kemahiran telah dikuasai murid, saya teruskan dengan mengajar mereka cara membina ayat berdasarkan gambar dan berdasarkan rangkai kata.

      Alhamdulillah, hampir keseluruhan murid LITERASI kini sudah boleh kuasai asas kemahiran membina dan menulis ayat.

  2. 23 Ogos 2014 at 3:31 PM

    Thanks for one’s marvelous posting! I really enjoyed reading it,
    you may be a great author. I will make certain to bookmark your blog and definitely will come
    back someday. I want to encourage you to continue your great job, have
    a nice weekend!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: