Utama > Pend.Pemulihan, Program LINUS, Strategi Pengajaran Matematik > Pertama Kali Kelas Jadi Riuh – Seronoknya!

Pertama Kali Kelas Jadi Riuh – Seronoknya!

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping bersama insan tersayang. Tidak kira di mana jua anda berada, jutaan terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi mengunjungi laman ini.

Hari ini ketika saya sedang asyik menyiapkan buah tangan terbaru (Ebook Khas Pemulihan), tiba-tiba terkenang kembali sesi pengajaran saya bersama murid-murid Numerasi pada hari Jumaat yang lalu.

Pertama kali dalam kelas tercorot yang saya ajar, 100% murid dapat memberikan tumpuan dan belajar dengan penuh bersemangat. Apabila murid menjadi bersemangat, saya sebagai tenaga pengajar lagilah bersemangat. Kebetulan pada hari tersebut saya membawa pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang boleh dilihat, disentuh dan diguna oleh setiap murid.

Berbanding dengan hari-hari biasa, saya cuma membawa tidak lebih dari tiga jenis bahan bantu mengajar. Barangkali kerana itu murid menjadi bersemangat. Murid-murid yang duduk di belakang pula boleh lihat dengan jelas bahan yang saya bawa.

Pada permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran lagi murid tidak sabar bagaimana hendak menggunakan bahan yang saya bawa. Selepas mengajar dan sesi penerangan bahan, saya memberi murid peluang menggunakan bahan sebagai rujukan untuk menyiapkan latihan dalam modul Numerasi yang dibekalkan.

Pada masa itulah kelas menjadi riuh. Riuh bukan kerana murid berebutkan bahan. Riuh bukan kerana murid membuat bising. Tetapi riuh kerana masing-masing membuat latih tubi yang diberi sambil merujuk bahan yang diberi.  Mana tidaknya, mulut masing-masing terkumat kamit membaca soalan Matematik sambil merujuk bahan yang saya bawa dalam kumpulan masing-masing. Ada yang khusyuk membuat latih tubi, tidak mahu diganggu. Tidak ada murid yang berlari ke sana sini, tidak ada murid yang bercakaran.

Tugas saya dalam mengawal keadaan kelas menjadi mudah pada hari tersebut. Gembira rasa hati. Itulah pertama kali saya dapat lihat 100% murid hendak membuat latih tubi yang diberi berbanding sebelum ini tidak sampai 70% murid yang hendak belajar.

Ada yang tidak faham akan bertanya berbanding sebelum ini, mereka sekadar berdiam diri dan menyukarkan saya untuk menilai mereka pada akhir pengajaran. Berbeza dengan hari tersebut, semuanya berjalan lancar. Ada banyak faktor yang perlu saya nilai semula bagaimana keriuhan pembelajaran ini terjadi berbanding hari-hari yang sebelumnya.

Apa pun, saya berasa gembira kerana objektif pembelajaran tercapai. Semoga kecemerlangan murid pada hari berkenaan akan dapat diteruskan pada hari-hari yang akan datang. Insyaallah.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ SARPONEN

Teacher’s Department

  1. rama
    18 Februari 2012 at 8:04 AM

    Tahniah cikgu. Boleh tak cikgu bgi tips nak mengajar murid linus tegar yang tak boleh nak ingat abjad dr a-z/ A-Z. Dah nak masuk 3 bln tak ingat2 lg kecuali huruf a dan o.

    • cikgu
      18 Februari 2012 at 5:24 PM

      Tak banyak tips yang saya ada. Setiap guru berbeza cara mengajarnya yang tersendiri. Saya cuma biasakan murid menulis abjad sambil menyebut nama abjad yang ditulis. Ada juga saya buat lawatan ke sekitar bangunan sekolah, sepanjang perjalanan, murid perlu menyebut dan mencatat abjad yang mereka nampak. proses ini berterusan apabila murid pulang ke rumah menaiki bas, mereka perlu melihat dan menyebut nama-nama abjad yang dilihat di papan tanda.

      ada banyak cara, kita sebagai guru kena sentiasa kreatif. selalu cuba dan uji kaedah dan pelbagaikannya, insyaallah pasti berjaya. jangan bimbang jika ia mengambil masa yang lama kerana faktor murid tidak kenal abjad atau tak boleh membaca ini bukan disebabkan oleh cara pengajaran guru sahaja. ada banyak faktor lain yang turut menyumbang kepada kegagalan ini. cikgu kena rajin buat analisis terhadap pencapaian murid.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: