Utama > Berita, ebook, Kesihatan, pendidikan Khas, Pengetahuan, peristiwa > Bilik Terapi Untuk Kanak-Kanak Istimewa

Bilik Terapi Untuk Kanak-Kanak Istimewa

ARKIB : 25/11/2010

P rocter & Gamble Malaysia (P&G) melalui program tanggungjawab sosial korporatnya yang dikenali sebagai Open Minds, baru-baru ini menyampaikan sumbangan bernilai RM300,000 kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Ia sebagai memenuhi ikrarnya untuk menyumbang sejumlah RM1 juta yang dibuat sempena meraikan ulang tahun ke-10 program tersebut.

Dana tersebut digunakan untuk membina 40 bilik terapi di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh Malaysia.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Hal Ehwal Luar P&G, Zulhaimi Abdul Hamid kepada Pengarah di Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU), Norani Mohd. Hashim.

Menurut Norani, bilik terapi pelbagai pancaindera tersebut dibina di setiap negeri untuk memastikan kanak-kanak istimewa dapat menerima layanan dan manfaat yang sama, tidak kira di mana dan apa juga latarbelakang mereka.

Setiap bilik tersebut diubahsuai secara spesifik untuk membolehkan ransangan i terhadap deria penglihatan, bunyi dan tekstur disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak yang mempunyai kecacatan deria-deria tersebut.

“Dengan semua kemudahan ini di PDK, kanak-kanak istimewa dapat memanfaatkannya bagi membantu perkembangan pembelajaran mereka.

“Semua ini dilakukan di bawah pengawasan pelatih-pelatih, iaitu individu-individu yang dilatih khas untuk menjaga dan mengambil berat tentang kebajikan kanak-kanak ini,” katanya.

Norani berkata, usaha-usaha baik P&G itu akan terus memberi kebaikan kepada lebih ramai kanak-kanak istimewa pada masa akan datang.

“Kami berasa gembira kerana menerima sokongan daripada organisasi korporat seperti P&G yang berkongsi misi yang sama, iaitu meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak istimewa,” katanya

Program P&G Open Minds merupakan sebahagian daripada matlamat korporat syarikat itu yang memberi fokus terhadap usaha-usaha kemanusiaan.

sumber : www.utusan.com.my

Sekian,
NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Teacher’s Department

  1. izinni
    20 Disember 2010 at 11:17 PM

    Salam Cikgu,

    Mohon bertanya. Adakah kaedah/method tertentu untuk mengajar jawi kepada anak-anak disleksia, selain perlu memasuki kelas pendidikan khas? Saya menghantar anak saya ke sekolah agama integrasi. Hujung minggu dia ke kelas Orton-Gillingham method untuk belajar rumi. Alhamdulillah, pembacaan dan penulisan dalam rumi semakin baik, cuma agak lambat dalam bab menyalin semula dari papan tulis🙂. Dalam waktu yang sama saya mencari-cari kelas yang sama tetapi khas untuk pembelajaran jawi dan al-Qur’an. Harap Cikgu dapat memberikan pendapat/cadangan dalam hal ini.

    Terima Kasih

  2. 20 September 2014 at 1:47 PM

    Truly no matter if someone doesn’t be aware of after that
    its up to other users that they will help,
    so here it occurs.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: