Utama > Pend.Pemulihan > Ibu Prihatin Masalah Anak

Ibu Prihatin Masalah Anak

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping insan tersayang. Semoga apa jua yang anda lakukan pada hari ini, hasilnya akan mendatangkan keceriaan buat diri anda. Terima kasih kerana masih terus melayari laman ini.

Pada 31 Disember 2010, pihak sekolah telah mengadakan sesi Orientasi Murid Tahun 1. Walaupun diisytihar sebagai cuti umum ekoran kemenangan skuad Harimau Malaya dalam kejuaraan AFF Suzuki 2010, program tetap diteruskan kerana surat makluman telah pun dihantar lebih awal.

Saya telah dilantik sebagai guru kelas tahun 1 Intelek (nama baharu menggantikan nama kelas yang lama : Topaz) merangkap penyelaras Transisi (menggantikan guru yang cuti bersalin).

Selepas taklimat, ibu bapa menuju ke kelas anak masing-masing untuk membayar yuran. Ketika itu, kelas penuh sesak dengan ibu bapa.

Saya mengarahkan beberapa orang guru yang ditugaskan membantu memberi bantuan ‘teknikal’ kepada ibu bapa yang sedang mengisi maklumat anak jagaan masing-masing.

Beberapa minit kemudian, seorang murid memanjat di atas meja. Saya memerhatikannya kerana beranggapan ibu bapanya akan mengarahkannya turun. Namun, sangkaan saya meleset. Si ibu dan si bapa sekadar buat tidak tahu sahaja. Maka, terpaksalah saya yang bersuara.

Semasa ibu bapa sedang membuat pembayaran pula, salah seorang murid mengambil kalkulator yang saya hendak gunakan. Saya sekadar memerhatikannya. Si ibu yan sedang beratur menunggu giliran untuk membuat pembayaran yuran menegur si anak tersebut. Namun, si anak terus dengan sikap tidak endahnya.

Saya tersenyum dan mengeluarkan kalkulator lain. Tiba giliran si ibu tadi, pantas dia meminta maaf atas sikap anaknya. Saya cuma mengatakan tidak apa kerana faham dengan gelagat anak murid darjah satu.

Si ibu segera menyatakan anaknya bermasalah dan hendak membincangkan hal itu dengan saya pada hari Isnin kelak. Saya yang faham dengan ‘masalah’ yang hendak disampaikannya segera meminta si ibu membawa surat dan laporan doktor sekali pada perjumpaan akan datang.

Si Ibu    : Itulah yang saya hendak bagi tau cikgu.

Penulis : Tak apa. Saya faham. Biasalah budak-budak.

Si Ibu    : Anak saya ni lain sikit, cikgu.

Penulis : Anak kak ni hyper kan?

Si Ibu    : Emm..Macam mana cikgu tahu?

Penulis : Saya agak je. Tengok dari cara dia ‘nampak’ la sikit. Hyper tahap berapa ni kak?

Si Ibu    : Tak tau lagi. Lepas ni pun kena bawa jumpa doktor lagi.

Penulis : Tak apa. Nanti bila jumpa saya, pastikan akak bawa salinan laporan pengesahan doktor tu.

Si Ibu    : Ya. Terima kasih, cikgu

Itu baru seorang yang saya lihat sendiri kelakuan murid. Saya tidak pasti sama ada murid lain bermasalah atau tidak. Berdasarkan maklumat dan rekod murid sedia ada, ada lagi seorang murid yang saya dapati seperti menghadapi masalah pada penglihatan. Namun, semasa si ibu murid tersebut membuat pembayaran yuran, murid berkenaan tiada pula.

Apa pun, saya gembira dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh si ibu berhubung masalah anaknya yang hyper itu. Saya juga berharap agar ibu bapa lain yang mendapati anak mereka menghadapi masalah, segeralah merujuk kepada doktor.

Sekian.

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Teacher’s Department

Kategori:Pend.Pemulihan Tags:
  1. Siti
    11 Februari 2011 at 11:31 AM

    Assalamualaikum,

    Cikgu, Saya mempunyai anak saudara dengan masalah ADHD. Sekarang dia darjah 1 dan menghadapi masalah di sekolah. Saya amat berterima kasih sekiranya cikgu dapat membalas email saya dan saya dapat berhubung dengan Cikgu kerana saya ingin mendapat sedikit pandangan dari cikgu berkenaan masalah ini.

  2. 11 Februari 2011 at 1:37 PM

    sila hantar email kepada saya dan saya akan balas jika ada kelapangan.

  3. wan z
    6 Mac 2011 at 1:50 AM

    Cikgu, saya pun mempunyai anak yang bermasalah hyper,,,saya ingin minta pandangan daripada cikgu…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: