Boleh Membaca, Tapi Tak Faham

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping dapat melaksanakan tugas harian dengan sempurna. Terima kasih kerana anda terus melayari laman ini. Saya amat menghargainya.

Baiklah, hari ini saya hendak kongsi maklumat dengan anda berkaitan murid pemulihan yang sudah pandai membaca, tetapi tidak faham apakah yang sedang dibaca.

Sebagai guru yang dedikasi dan komitmen tinggi, tentu kita berasa seronok apabila dapat melihat prestasi murid dalam kelas meningkat dan ada yang berjaya, teruatamanya bagi guru Pemulihan yang mendidik anak murid daripada tidak mengenal huruf sehinggalah sudah boleh membaca.

Namun sayangnya, mereka boleh membaca. Tetapi tidak faham akan cerita atau ayat yang dibaca. Kes seperti ini kerap berlaku pada setiap proses bacaan awal murid. Untuk mengatasi masalah ini, beberapa tips yang berikut mungkin boleh dijadikan panduan :

  • Murid yang baharu keluar dari kelas Pemulihan ke kelas biasa tidak digalakkan diberi latihan yang terlalu tinggi arasnya.
  • Teknik membaca di kelas Pemulihan berbeza dengan murid di kelas biasa. Guru mata pelajaran perlu peka dan tidak menegur kesalahan murid ini.
  • Biarkan murid membaca sebaris ayat itu tidak kira salah atau tidak tepat bacaannya, guru tidak perlu menegur semasa murid sedang membaca. Biarkan murid baca sehingga habis sebaris ayat, kemudian barulah betulkan kesilapan jika ada.
  • Jangan perli murid yang masih membaca secara ‘merangkak’. Beri mereka pujian kerana berani mencuba.
  • Soal murid maksud ayat yang dibaca setiap kali sebaris ayat itu dibaca. Jika murid tidak dapat menjawabnya, guru hendaklah membantu dengan memberi penerangan yang paling ringkas akan maksud ayat supaya mudah difahami murid.
  • Minta murid baca ayat yang lain dan kemudian soal semula murid maksud ayat yang dibaca. Ulangi proses ini berulang kali supaya murid dapat membiasakan diri untuk menterjemah maksud ayat.
  • Jangan biarkan murid membaca ayat yang terlalu panjang kerana itu akan menyesakkan fikirannya. Pastikan murid membaca beberapa ayat yang pendek dan kemudian adakan sesi soal jawab.
  • Sesekali, guru mesti merangsang minda murid bagaimana hendak menterjemah ayat yang dibaca menggunakan ayat sendiri.

 

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Teacher’s Department

  1. 12 Januari 2011 at 10:29 PM

    baca kalau nak faham, memang payah yang penting kerap baca, apa yang diminat dulu, novel ke atau akhbar, barulah dapat menghayat pembacaan, baru faham apa yang dibaca.

    Kalau tak ada minat membaca boleh bosan, sebab ini bergantung semangat yang kuat, kalau tak susah. Kalau banyak membaca mudah berkarya, tapi tak semua boleh berkarya, kalau tidak mencuba

  2. 15 Januari 2011 at 1:55 AM

    saya juga mempunyai masalah ini dahulu, mampu mengeja dan membaca tetapi tidak dapat faham apa yang dibaca.

  3. 15 Januari 2011 at 3:41 PM

    senang aje tu, baca apa yang diminat, kalau nak baca semua apa yang ditulis memang boleh bermasalah. Ambil yang penting.

  4. cheegu PL
    19 Februari 2011 at 1:02 AM

    kita tak boleh samakan kemahiran membaca anak2 pemulihan dengan anak2 normal…TAK ADIL…bukan semua murid dikurniakan IQ yg sama…org dewasa memang boleh bg komen `ala…senang je…baca jer!!’. tp murid pemulihan yg baru pandai/lancar membaca perlukan masa utk dia memahaminya…membaca yg dimaksudkan bukan membaca NOVEL @ SURATKHABAR…membaca bg murid pemulihan adalah dgn bermula pada petikan yg paling ringkas dan mengikut kemahiran perkataan dr mudah ke susah…cth petikan:

    Sarah ada hobi. Hobi sarah siram pokok bunga. Sarah suka tanam pokok bunga. Sarah tanam pokok bunga ros, kekwa dan pokok bunga kertas. Sarah siram pokok bunganya setiap hari.

    soalan: Apakah hobi Sarah?

    Nampak senang kan!! Tp seblm tnya murid soalan 1 tu, tanya dulu murid tu, HOBI tu apa? Murid biasa n org dewasa blh la jawab!! tp murid pemulihan BELUM TENTU BOLEH JAWAB!!! jadi bagaimana murid ni akan paham keseluruhan teks jika 1 perkataan dia tak tahu??? ITULAH TUGAS GURU PEMULihan…..Sanggupkah guru kelas perdana nak layan sorang murid yg mcm ni sedangkan dia ada 30 lagi murid yg lebih pandai dan menjawab soalan/baca petikan mcm kacang jerr???

  5. nizam
    21 Februari 2011 at 4:01 PM

    salam cikgu.anak saya murid thn 1 2011.sebelum ni mmg tak minat utk belajar membaca walaupun dia boleh eja suku kata kv.Tp Alhamdulillah dah 2 bulan skolah ada la minat utk buka buku.mmg dlm ajar dia baca selepas tu saya akan tanya pendapat dia tentang cerita yg dibaca, n kalau dgn saya dia mmg budak yg suka bertanya.
    di kelas pula, bila berbual dgn kawan mmg dia havoc.tp bila cikgu soal senyap.lps tu plak menurut kata cikgunya, stak boleh duduk diam dlm kelas.mmg kalo saya tgk anak saya ni menjurus pada kinesthetic learner.mcm mana saya nak berkerjasama dgn cikgu supaya dpt improve confidence level and boleh lebih concerntrate dlm kelas?

    • cheegu PL
      2 Mac 2011 at 10:39 PM

      cik nizam…pada pendapat saya, anak cik nizam takut pada suasana/ruang yang besar…dia lebih selesa dgn ruang yang kecil yg dekat dgn diri dia jer…tu sbb dgn parent n kawan2 dia, dia ok…nasihat saya, cik nizam kena selalu pantau keja rumah anak cik. selalu tnya apa yg dia dah belajar, n tnya juga perkembangan anak pada gurunya. Jika perkembangan pelajarannya ok, cik nizam kena bg masa utk anak cik nizam ‘berani’ dengan sitausinya yg lebih besar itu. saya juga mempunyai anak yg ‘bisu’ bila disekolah…ke’bisu’an ini bermula dia di tadika lagi…tp segala kemahiran membaca, menulis,mengira n memori dia sangat bagus….jadi saya tidak lagi membebankan anak saya supaya becakap klu cikgu tnya sbb tahap ke’bisu’an nya yg sangat tinggi itu adalah sifat pemalunya…
      dan lagi…adakah anak cik nizam itu anak yg kedua? jika ya, memang anak kedua akan lain dr yg lain…itulah keistimewaan mereka….:)

  6. 7 Januari 2013 at 4:20 PM

    salam, anak saya berekolah under british kokurikulum ketika pra sekolah selama 2 tahun. dia dah advance reader dalam bahasa english. tapi bila sampai ke bahasa melayu, pandai baca tetapi pemahaman kurang. oleh itu, dimasukkan di dalam linus. tq untuk tips2.

  7. 18 Mac 2014 at 3:25 PM

    Thanks for your personal marvelous posting! I certainly enjoyed reading it,
    you are a great author.I will be sure to bookmark your blog and
    will eventually come back someday. I want to encourage you to ultimately continue your great writing, have a nice evening!

    http://www.chamundaswamiji.com/mk-us/?key=cheap+michael+kors+handbags

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: