Utama > Pend.Pemulihan, Program LINUS > Bila LINUS Tahun 2 Nak Mula?

Bila LINUS Tahun 2 Nak Mula?

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat dan ceria. Semoga apa jua tugas yang anda lakukan pada hari ini akan mendapat keberkatan daripada-Nya. Terima kasih kerana terus mengunjungi laman ini.

Sudah dua minggu sesi persekolahan bermula. Suasana pembelajaran kembali riuh. Apabila dikenang kembali proses awal saringan LINUS apabila diperkenalkan pada 2010, saya dan beberapa orang guru tahun 1 termasuk guru Pemulihan berasa bangga apabila matlamat dan sasaran untuk mengurangkan jumlah murid daripada kategori LINUS TEGAR dan LINUS berjaya.

Kini tiada lagi murid tahun 1 pada 2010 yang layak diklasifikasikan sebagai LINUS TEGAR. Usaha yang dilakukan selama ini berbaloi. Cuma beberapa persoalan yang timbul apabila tahun 2011 menjelma. Sudah ada guru yang datang berjumpa dan bertanya bagaimana dengan program LINUS Tahun 2 pada 2011.

Sebenarnya saya sendiri tidak dapat menjawabnya kerana tidak ada seorang guru pun yang pergi kursus untuk LINUS Tahun 2 bagi 2011. Saya sendiri cuma menghadiri kursus LINUS tahun 1. Jadi, tiada siapa dapat mengagak bilakah murid yang menjadi perintis ini akan disaring semula.

Jika mengikut saringan 1 pada tahun 2010, ia dilakukan pada bulan Mac. Tetapi pada tahun 2011 masih belum dipastikan bila tarikh sebenar saringan 1 akan dibuat kerana tiada surat arahan dikeluarkan dari PPD.

Ini kerana kandungan kemahiran dalam sukatan tahun 2 tidak sama dengan tahun 1. Mungkin juga modul bagi tahun 2 bagi sesi 2011 tidak sama dengan 2010. Saya sekadar memaklumkan guru yang berkenaan supaya menunggu surat arahan daripada PPD.

Bila LINUS tahun 2 hendak bermula? Itu saya tiada jawapannya.

Sekian,
NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Teacher’s Department

  1. azlan
    17 Januari 2011 at 4:57 PM

    salam,
    saya ingin maklum balas berkenaan pertanyaan tuan. Tahniah kerana tiada murid LINUS Tahun 2 di sek tuan. Untuk makluman program Linus Tahun 2 seharusnya bermula apabila sesi 2011 bermula. untuk sek tuan tiadalah program Linus Tahun2 kerna tiada murid Linus.

    • 17 Januari 2011 at 10:51 PM

      En.Azlan,

      bukan murid LINUS yang tiada. Sebenarnya murid LINUS masih ada walaupun bilangannya tidak banyak. Cuma murid LINUS TEGAR yang tiada lagi di sekolah kami..

  2. cg. pemulihan
    7 Februari 2011 at 12:16 AM

    salam,

    saya nak bertanya kerana masih keliru dengan program linus tahun 2..sekiranya masih ada murid linus tegar bg tahun 2, maka sbg guru pemulihan saya perlu mengambil murid ini ke dlm program pemulihan..soalan saya adalah:

    1. adakah saya perlu mengikut prosedur pelaksanaaan pemulihan atau linus tahun 2 (ujian saringan & ujian diagnostik??

    2.saya perlu mengikut kemahiran linus @ pemulihan khas? pegawai PPD di sini (sarawak) kata ikut silibus Linus tetapi rakan guru di semananjung masih mengajar murid pemulihan tahun 2 mengikut silibus pemulihan.( walaupun kemahiran Linus & Pemulihan hampir sama tetapi bagi saya silibus pemulihan lebih teratur & mudah).

    terima kasih.

    • 7 Februari 2011 at 2:51 PM

      salam,

      maaf, saya tiada jawapan atas pertanyaaan cikgu tentang prosedur berkenaan. Cadangan saya adalah lebih baik cikgu merujuk sendiri kepada PPD daerah cikgu untuk mengelakkan kekeliruan.

      Terima kasih

    • 24 Mac 2011 at 3:09 PM

      Guru-guru LINUS Tahun 2 telah dilatih pada hujung tahun 2011 (oktober-november)secara berpusat dan berperingkat-peringkat. Untuk Guru Tahun 3, kita menggunakan pendekatan lain atas dasar penjimatan…menumpukan kepada sekolah-sekolah yang perlu diberi perhatian sahaja (70% kebawah berdasarkan saringan). Bermula 18 April guru-guru tersebut akan dilatih untuk pemantapan kurikulum dan pedagogi…terima kasih.

  3. cheegu PL
    19 Februari 2011 at 12:48 AM

    assalamualaikum…saya sekadar nak share pengalaman saya…thn 2011, murid linus tegar saya pun tiada sebb ujian linus thn 2010 murid tersebut dah LEPAS….tp saya merujuk kpd guru thn 1 murid tersebut, guru thn 2, dan guru GPK 1. klu ujian saringan 2010 lepas, bermakna murid dah ok…tp kenapa ujian pksr 4 GAGAL?? bermakna murid tersebut perlu di beri pengayaan di thn 2…saya menegaskan pd guru thn 1, 2 dan GPK 1, saya nak tolong murid thn 2 yg LINUS Tegar = GAGAL PKSR 4 2010 menguasai sekurang2nya sehingga kemahiran KVKK @ sblm LINUS thn 2 dijalankan…alhamdulillah mereka bersetu…kini di bln februari murid2 saya telah menunjukkan prestasi yg membanggakan kecuali SEORANG bekas murid LINUS TEGAR…tp saya agak sedih bila guru matematik thn 2 tidak benarkan saya mengajar murid2 ini sepenuh masa waktu matematik dgn alasan: 1. buku latihan math thn 2 KOSONG 2.nanti takut murid takblh jawab ujian saringan linus.
    ttp guru bm thn 2 sangat memberikan k/sama…saya tegaskan pd guru math tersebut, tak mungkin ujian linus thn 2 akan ikut silibus thn 2 dgn aras yg tinggi…klu ujian tersebut dgn instrumen soalan aras tinggi, tidaklah ia dipanggal UJIAN SARINGAN LINUS!!! bukankah program linus adalah utk SIFAR MURID YG TAK BOLEH 3M??? tapi tak mengapalah…saya mengalah!! saya ambil murid thn 2 dgn 8 drpd 12 masa bm seminggu dan 2 drpd 7 masa matematik seminggu…dan saya sedaya upaya memberikan yg terbaik kpd murid2 saya dgn menggunakan SILIBUS PEMULIHAN w/pun guru math thn2 cbuk suruh saya ikut silibus kelas perdana….yg penting bila murid2 ini menjalani ujian saringan linus thn 2, hasilnya tidaklah begitu mengecewakan sangat!!!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: