Murid Hyper Yang Matang Dan Cerdik

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana masih terus mengunjungi laman ini. Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan ceria. Tidak kira di mana anda berada, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan anda. Semoga pekerjaan yang anda lakukan pada hari ini akan diberkati, Insyaallah.

Maaf kerana kelewatan mengemas kini laman ini kerana saya mengalami demam yang teruk baru-baru ini.

Topik hari ini berkaitan dengan murid hyperaktif. Pengetahuan saya tentang sejarah dan latar belakang murid kategori ini tidaklah banyak mana pun.

Tetapi apa yang saya hendak kongsikan bersama anda adalah tentang gaya pembelajaran murid hyper itu sendiri. Sepanjang perkenalan dengan tiga orang murid hiper pada tahun 2010, banyak perkara baharu yang saya pelajari tentang diri murid kategori ini.

Ketiga-tiga murid hyper ini petah berkata-kata, tutur dan percakapannya lebih tersusun berbanding murid normal yang lain, dalam situasi lain pula dilihat ketika belajar, murid lebih banyak bermain dan mengganggu rakan sebaya tetapi jika disoal, murid dapat memberi jawapan yang tepat dan maklum balas yang lebih baik berbanding murid normal yang lain.

Saya akui murid hyper sukar dikawal tanpa ubat. Namun, adalah lebih baik sekiranya guru atau ibu bapa di rumah dapat mengawal tingkah laku murid hyper ini dengan cara yang lebih berkesan dan tanpa ubat-ubatan. Sebab itulah dikebanyakan kelas khas, majoriti gurunya sangat tegas.

Tegas bukan bermaksud sangat garang atau hendak menakutkan murid. Tegas yang saya maksudkan adalah untuk lebih mendisiplinkan murid, mengawal tingkah laku murid yang aktif, mengajar murid supaya lebih menghargai,  dan menghormati suasana persekitaran termasuk rakan sebaya, guru, ibu bapa dan orang lain.

Murid hyper perlu diberi perhatian secara individu. Dengan mengekalkan murid dalam kelompok yang besar (sebuah kelas biasa) akan menyukarkan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Cakap-cakap belakang mengatakan murid ini kurang bijak, terlalu sukar dikawal, nakal dan sebagainya memang ada benarnya dan tercatat juga dalam buku panduan murid bermasalah pembelajaran. Tetapi, bukan semua murid ini mengalami kesukaran yang di’cakap-cakapkan’ sebelum itu.

sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Teachers Department

p/s : Sekiranya anda mempunyai pendapat dan cadangan untuk murid hyperaktif ini, saya amat mengalu-alukan komen dan cadangan anda

  1. nurul
    13 Februari 2011 at 1:48 AM

    salam..saya guru pemulihan. seorang murid tahun 1 lelaki ada ciri ciri hyper.tapi macam cikgu haidi sebutkan..bila ditanya dia boleh jawab dengan elok. cara percakapan juga lebih ok dari murid pemulihan lain yg jwb terbalik dan ayat yg tak teratur.saya berpakat dengan cikgu thn 1 yg saya akan ajar sekejap murid ni lgpun kesian ckgu thn 1 tu yg kna tgk murid lain yg masih ramai tak tau baca.murid ni tak kenal abjad scr rawak.bila tunjuk abjad dia tak boleh sebut.dah ajar huruf vokal 3 mgu tp cuma kenal gmbar tp masih lemah sebut huruf vokal.tp masa guna permainan komp suai padan abjad a-z dng gambar dia boleh buat (cd-kcm2m)masa tulis dia guna tgn kanan tp masa pgang mouse dia guna tgn kiri.dan masa dia buat latihan menulis dia tekun tp lambat.itu saja sy nk kongsikan dgn cikgu dan harap dpt dgr pndapat dr cikgu pula.tq

    • 13 Februari 2011 at 9:00 AM

      salam..

      terima kasih kerana cikgu begitu prihatin terhadap anak murid cikgu. Semoga usaha cikgu lakukan berbaloi. Setiap murid berbeza cara belajar. Daripada apa yang cikgu terangkan, saya dapati banyak kelebihan terhadap murid ini. Boleh mengingat tetapi tidak boleh menyebut, mengajar selama 3 minggu huruf vokal menggunakan gambar tetapi masih lemah tetapi disebalik kekurangan itu, cikgu lihat kesan positif apabila menguji murid tersebut menggunakan permainan komputer (CD-KCM2M). Agak-agaknya, apa refleksi cikgu selepas melihat perkembangan dua cara mengajar ini? Saya tidak mahu jelaskan. Cikgu ada jawapannya.

      Mengenai penggunaan tangan kanan dan kiri,menulis lambat yang cikgu nyatakan itu, saya tidak nampak ianya sebagai satu masalah. Semasa saya masih kecil, saya makan dengan tangan kiri. Tetapi menulis dengan tangan kanan. Guru melatih saya bermain bola dengan kaki kanan tetapi saya mahir bermain dengan menggunakan kedua-dua belah kaki.

      Semua murid yang menulis lambat didapati mengalami beberapa masalah iaitu masih tidak mahir membaca, tidak boleh menulis tanpa pemadam, masalah kordianasi mata-tangan serta ‘gangguan luar’ seperti terpengaruh dengan perbualan kawan-kawan, kerap berjalan, ‘banyak mulut’ dan lain-lain lagi

      Rumusnya, murid tersebut banyak lagi kelebihan diri yang kita tidak nampak.Cikgu pasti tahu bagaimana hendak mengajar murid ini. Cadangan saya, banyakkan praktikal daripada teori. Insyaallah, dalam tempoh 3 hingga 6 bulan akan datang, cikgu akan nampak banyak hasil yang positif.

      Semoga berjaya

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: