Utama > Al-kisah, Berita, ebook, Hotel / Resort HALAL, Pend.Pemulihan, Pengetahuan > Mesyuarat Penataran Dokumen Standard Prestasi Tahun 1 (KSSR)

Mesyuarat Penataran Dokumen Standard Prestasi Tahun 1 (KSSR)

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Maaf kerana lambat mengemaskini laman ini. Bagi mereka yang masih membeli ebook penulis, terima kasih diucapkan. Kepada mereka yang menghadapi masalah untuk download ebook, insyaallah masalah tersebut akan penulis atasi secepat mungkin.

Minggu ini, guru terlibat di sekolah penulis giat menjalankan saringan 1 LINUS tahun 1 2011 dan saringan 4 LINUS tahun 2 2011.

Penulis terpaksa meninggalkan sekolah sekali lagi kerana terpaksa berkampung di Hotel Empress Sepang bermula 21-24 Mac 2011 kerana menghadiri MESYUARAT PENATARAN DOKUMEN STANDARD PRESTASI TAHUN 1 BERDASARKAN KSSR.

Insyaallah, penulis akan cuba kongsikan segala maklumat yang penulis perolehi untuk disebarkan kepada semua.

Sekian,
NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Teacher’s Department

  1. nuri nuriah ann
    29 Mac 2011 at 10:37 PM

    askum….sehingga hari ini sya masih kabur dengan pelaksanaa KSSR.

    • 30 Mac 2011 at 12:15 PM

      Salam,

      Saya baru sahaja selesai mengikuti mesyuarat penataran di sepang minggu lepas. Saya membuat catatan setiap butiran yang dinyatakan dalam mesyuarat. Sekiranya tidak faham, rakan-rakan lain akan bertanya. Jawapan yang diberikan perlu diambil perhatian oleh setiap individu yang hadir dalam mesyuarat.

      Secara keseluruhannya, saya faham akan pelaksanaan PBS yang saya hadiri, dan saya rasakan program yang dirancang itu sebenarnya lebih mudah dan meringankan tugas guru sebenarnya.

      Kita sebagai guru perlu positif dan tidak menganggap tugas ini sebagai beban.Bagi saya tugas ini memang cukup mudah kerana cikgu tidak perlu membuat banyak kerja. Semuanya diurus tadbir dalam satu sistem sahaja.

      jika cikgu masih tidak faham, sila rujuk kepada guru-guru sekolah yang telah atau pernah menghadiri mesyuarat ini.

      Terima kasih

  2. nuri nuriah ann
    29 Mac 2011 at 10:44 PM

    Berbagai-bagai usaha dijalankan oleh kerajaan bagi memastikan pendidikan di negara kita ini berada di tahap yang amat membanggakan sebaris dengan pendidikan negara-negara maju dan sudah tentu NKRA merupakan panduan untuk mencapai objektif itu. Tahniah kepada Perdana Menteri kita atas usaha beliau itu.

  3. cik zue
    13 April 2011 at 9:27 PM

    salam cikgu..

    nak tanyalah untuk kssr ni kita ada peperiksaan ke tidak atau kitya hanya menjalankan pentaksiran bersaskan sekolah sahaja untuk sepanjang tahun?? mohon pencerahan..

    • 14 April 2011 at 12:13 PM

      Salam,

      PBS yang saya hadiri ini untuk tahun satu 2011. Cuma PBS ni dalam erti kata lain, ianya dilaksanakan semasa proses P&P mengikut standard prestasi yang cikgu dapat.Harap cikgu dapat penerangan daripada wakil sekolah guru yang telah mengikuti kursus ini

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: