Archive

Archive for April 2011

Di Mana Silapnya Lagi?

23 April 2011 3 comments

Salam sejahtera,

Diam tak diam, hari ini sudah masuk bulan yang ke-4 bagi tahun 2011. Sepanjang tempoh ini, pelbagai perkara berlaku dengan pantas. Isu yang penulis hendak bangkitkan pada hari ini adalah masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah.

Setiap tahun, pasti masalah ini akan timbul terutamanya yang melibatkan murid tahun satu. Masalah membaca, masalah menulis, masalah keluarga, masalah disiplin, masalah kesihatan, dan pelbagai lagi masalah yang dialami murid menjadi ‘asas’ kukuh kepada senario dalam pendidikan hari  ini.

Bukan hendak mencari salah sesiapa, tetapi penulis mahu kita bersama renungkan masalah yang dialami murid dan mencari di mana kelemahan yang dilihat perlu diperbaiki.

Bayangkan murid belajar sejak umur 6 tahun sehinggalah tamat darjah enam. Kemudian sambung hingga ke sekolah menengah juga masih tidak tahu membaca dan menulis dengan baik.

Akibatnya, ramai yang tercicir dan pastinya masa hadapan mereka juga tidak pasti ke mana hala tuju. Kasihan melihat ramai pelajar yang ‘terbiar’ ini tanpa arah tujuan.

Penulis luahkan kebimbangan ini kerana setiap tahun ramai murid akan menghadapi masalah yang sama sebelum mereka memasuki alam persekolahan. Akibatnya, guru terpaksa meninggalkan silibus dan mengajar murid 7 tahun seperti kanak-kanak berusia 5 tahun.

Guru-guru pula semakin dibebani dengan tugasan-tugasan lain yang memerlukan mereka memberikan komitmen 100% juga. Jadi, bukan setiap masa guru ini dapat meluangkan masa untuk anak murid masing-masing lebih-lebih lagi jika mereka dipanggil menghadiri kursus hampir setiap minggu.

Itu belum dikira dengan jawatan-jawatan lain yang disandang oleh guru di sekolah dan aktiviti dan program sampingan lain di sekolah yang memerlukan guru memberikan komitmen juga.

Mungkin banyak perkara tidak dapat disiapkan oleh guru dalam satu-satu masa kerana mereka bukan robot. Mereka juga memerlukan rehat dari aspek fizikal dan mental. Kasihan melihat segelintir guru terpaksa berkejaran menyiapkan data, laporan dan sebagainya melebihi tugas yang lebih penting iaitu mengajar.

Di pihak ibu bapa pula, mereka sibuk bekerja. Ada yang keluar gelap dan balik pun gelap. Tugas mengurus anak pula diurus oleh pembantu rumah bukan warga tempatan. Di sebilangan tempat pula, ada anak-anak yang diurus oleh suri rumah tangga, tetapi kebanyakan mereka juga sibuk dengan tanggungjawab lain.

Ada juga suri rumah yang ada masa untuk anak-anak. Tetapi bukan semua daripada mereka tahu bagaimana hendak membimbing anak-anak belajar membaca. Mereka tidak tahu sama ada anak mereka mempunyai masalah atau tidak.

 Banyak persepsi sebenarnya tentang bagaimana masalah ini boleh wujud. Entah sampai bila masalah ini akan berhenti kerana statistik setiap tahun sentiasa bertambah.

Penulis teringat pada waktu dahulu, taraf hidup penduduk di Malaysia pada waktu itu tidaklah semewah yang dinikmati oleh warganegara pada hari ini. Tetapi, mengapa mereka boleh berjaya?

Semakin moden zaman kita lalui, semakin banyak pula masalah yang timbul. Sepatutnya masalah dan beban berkurangan kerana negara semakin bertambah rakyat yang cerdik pandai. Tetapi, sebaliknya pula yang berlaku. Itu baru dilihat dari satu isu. Penulis pasti banyak lagi isu-isu lain yang masih juga belum menemui jalan penyelesaiannya.

Sama-samalah kita renungkan. Di mana silapnya?

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ .SARPONEN

Teacher’s Department

Minit Curai :Kursus Pemantapan Program LINUS 2011

15 April 2011 6 comments

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SURIA,

58200 KUALA LUMPUR

 

MINIT CURAI

Kepada Kursus Pemantapan Program LINUS
Tarikh 13 / 4/ 2011
Masa 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat SJK ( C ) Jalan Davidson, Kuala Lumpur
Penganjur Sektor Pengurusan Akademik, PPW Bangsar – Pudu

 

KANDUNGAN          :

 

  • Pengurusan Fail
  • Pengisian dan Analisis Data LINUS (Pn.Nur Huda bt Md.Ralip)
  • Laporan Post-Mortem Saringan LINUS
  • Strategik Penambahbaikan (Cik Noorhayati bt Abdul Samad)
  • Pengisian Data Portal
  • Pelan Taktikal (Pn.Norfadilah bt Mohd.Yunus)

 

TINDAKAN                :

 

  •  Mengemukakan laporan kepada Guru Besar / GPK 1
  • Mengadakan taklimat / kursus dalaman untuk guru-guru.

 

Disediakan oleh :

…………………….

(NORHAIDI BIN SARPONEN)

Penyelaras Program LINUS

Sek.Keb Seri Suria

Kategori:Pend.Pemulihan Tags:

Minit Curai : Mesyuarat Penataran Dokumen Standard KSSR

14 April 2011 37 comments

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SURIA,

58200 KUALA LUMPUR

 

MINIT CURAI

Kepada Mesyuarat Penataran Dokumen Standard Berdasarkan KSSR
Tarikh 21/3/2011 hingga 24/3/2011
Masa 8.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat Hotel Empress, Sepang
Penganjur Unit Penilaian dan Peperiksaan

 

KANDUNGAN          :

 Taklimat PBS

  • Penerangan mengenai Standard Prestasi
  • Taklimat sistem PBS melaui Web based dan stand alone
  • Aktiviti / perbincangan mengikut kumpulan mata pelajaran (7 slot)
  • Pembentangan

 

TINDAKAN                :

 

  • Mengemukakan laporan kepada Guru Besar / GPK 1
  • Mengadakan taklimat / kursus dalaman untuk guru-guru PSV

 

Disediakan oleh :

…………………….

(NORHAIDI BIN SARPONEN)