Di Mana Silapnya Lagi?

Salam sejahtera,

Diam tak diam, hari ini sudah masuk bulan yang ke-4 bagi tahun 2011. Sepanjang tempoh ini, pelbagai perkara berlaku dengan pantas. Isu yang penulis hendak bangkitkan pada hari ini adalah masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah.

Setiap tahun, pasti masalah ini akan timbul terutamanya yang melibatkan murid tahun satu. Masalah membaca, masalah menulis, masalah keluarga, masalah disiplin, masalah kesihatan, dan pelbagai lagi masalah yang dialami murid menjadi ‘asas’ kukuh kepada senario dalam pendidikan hari  ini.

Bukan hendak mencari salah sesiapa, tetapi penulis mahu kita bersama renungkan masalah yang dialami murid dan mencari di mana kelemahan yang dilihat perlu diperbaiki.

Bayangkan murid belajar sejak umur 6 tahun sehinggalah tamat darjah enam. Kemudian sambung hingga ke sekolah menengah juga masih tidak tahu membaca dan menulis dengan baik.

Akibatnya, ramai yang tercicir dan pastinya masa hadapan mereka juga tidak pasti ke mana hala tuju. Kasihan melihat ramai pelajar yang ‘terbiar’ ini tanpa arah tujuan.

Penulis luahkan kebimbangan ini kerana setiap tahun ramai murid akan menghadapi masalah yang sama sebelum mereka memasuki alam persekolahan. Akibatnya, guru terpaksa meninggalkan silibus dan mengajar murid 7 tahun seperti kanak-kanak berusia 5 tahun.

Guru-guru pula semakin dibebani dengan tugasan-tugasan lain yang memerlukan mereka memberikan komitmen 100% juga. Jadi, bukan setiap masa guru ini dapat meluangkan masa untuk anak murid masing-masing lebih-lebih lagi jika mereka dipanggil menghadiri kursus hampir setiap minggu.

Itu belum dikira dengan jawatan-jawatan lain yang disandang oleh guru di sekolah dan aktiviti dan program sampingan lain di sekolah yang memerlukan guru memberikan komitmen juga.

Mungkin banyak perkara tidak dapat disiapkan oleh guru dalam satu-satu masa kerana mereka bukan robot. Mereka juga memerlukan rehat dari aspek fizikal dan mental. Kasihan melihat segelintir guru terpaksa berkejaran menyiapkan data, laporan dan sebagainya melebihi tugas yang lebih penting iaitu mengajar.

Di pihak ibu bapa pula, mereka sibuk bekerja. Ada yang keluar gelap dan balik pun gelap. Tugas mengurus anak pula diurus oleh pembantu rumah bukan warga tempatan. Di sebilangan tempat pula, ada anak-anak yang diurus oleh suri rumah tangga, tetapi kebanyakan mereka juga sibuk dengan tanggungjawab lain.

Ada juga suri rumah yang ada masa untuk anak-anak. Tetapi bukan semua daripada mereka tahu bagaimana hendak membimbing anak-anak belajar membaca. Mereka tidak tahu sama ada anak mereka mempunyai masalah atau tidak.

 Banyak persepsi sebenarnya tentang bagaimana masalah ini boleh wujud. Entah sampai bila masalah ini akan berhenti kerana statistik setiap tahun sentiasa bertambah.

Penulis teringat pada waktu dahulu, taraf hidup penduduk di Malaysia pada waktu itu tidaklah semewah yang dinikmati oleh warganegara pada hari ini. Tetapi, mengapa mereka boleh berjaya?

Semakin moden zaman kita lalui, semakin banyak pula masalah yang timbul. Sepatutnya masalah dan beban berkurangan kerana negara semakin bertambah rakyat yang cerdik pandai. Tetapi, sebaliknya pula yang berlaku. Itu baru dilihat dari satu isu. Penulis pasti banyak lagi isu-isu lain yang masih juga belum menemui jalan penyelesaiannya.

Sama-samalah kita renungkan. Di mana silapnya?

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ .SARPONEN

Teacher’s Department

  1. nurul
    30 April 2011 at 6:32 PM

    salam…betul apa yg cikgu tulis tu..saya ckgu pemulihan.ckgu sek saya beranggapan ckgu pemulihan tak banyak kerja..cuma mengajar berapa kerat murid.ajar pulak simple2…jd saya banyk kna pegang tugas sek..paling tak best bila kena suruh ganti ckgu lain ke mesyuart or kursus..alasan ckgu trsebut kna pergi kursus lain atau tak leh pergi..sbb sya bujang jd kn kerja lebih bila time progm sek..wlaupun skg br nk masuk buln 5 tapi semangat mengajar n bekerja tak mcm dulu..hilang semangat..tak seronok bila tgh mengajar kita dipanggil selesaikn urusan sek segera..dh byk kali sya tggalkn kelas sbb kna buat kerja lain..bukanla saya berkira sgt kena buat kerja tapi biarlah berpada..saya rs ckgu skg lbh byk buat kerja pntadbirn drpd mengajar..bila kita selesaikn kerja og lain tidak dihargai..kerja/tggjwb/amanah kita sendiri terabai..sya bimbang dng rezeki ujung buln adakah berkat mengajar atau sebaliknya..saya rs mcm nk jumpa kaunselor/pakar terapi utk naikkn semangat bekerja saya balik..say kasihankn murid sya yg terabai..sedihnya

  2. Insan Kecewa
    1 Mei 2011 at 10:42 AM

    kasihan cikgu, nampaknya kita mengalami nasib yang serupa. saya pula mengajar murid LINUS, sebelum ini saya mengajar murid kela biasa saja. tetapi, di sekolah saya, siapa pandai mengampu, mudahlah kerjanya. yang terbeban adalah orang yang buat sehabis baik tetapi tetap dikritik dan tak dihargai.

    semua guru tak mahu buat kerja lebih. jadi yang menanggung beban adalah guru-guru baru yang belum pandai melawan pentadbiran la. kasihan. saya juga setiap minggu tinggalkan sekolah. oleh kerana pentadbiran berat sebelah, saya juga semakin tawar hati hendak mengajar di sekolah tempat sy bertugas sekarang.

    Saya merindui saat bertugas di sekolah lama. walaupun banyak kerja, kami sepakat. bukan menolak tetapi ceria menerima dan melaksanakan tidak kira apa tugas sekalipun. pentadbiran sangat adil. semua orang diberi tugas sama rata. berbanding di sekolah sekarang, kalau ada jawatan sebagai guru tahun enam, guru itu tak mahu menjadi guru kelaslah, tak mahu menjadi s/u persatuan itu inilah, tak mahu ada apa2 jawatan pun di sekolah. yang kenanya cikgu yang dah banyak jawatan, pegang kelas dan tak tahu nak membantah.

    kasihan. sepatutnya cikgu yang mcm ni dapat cemerlang. tapi pentadbiran buta. lebih banyak dengar cakap si pengampu daripada melihat sendiri kecemerlangan tugas guru itu..

    Saya berharap agar setiap hari nazir akan duduk di sekolah saya memantau ‘lakonan’ guru-guru tersebut.

  3. nurul
    1 Mei 2011 at 6:51 PM

    kan bagus kalau semua orang ada disiplin macam org jepun..saya ada terbaca dlm satu blog masa tsunami/gmpa bumi di jepun, di sebuah tadika..ada seramai 6 org guru.masa gmpa bumi tu jadi ramai ibu bapa yg datg ambil anak diorng..tapi ada sorng budak ni kena stay kat tadika tu sbb mak nya lambat..maknya terpaksa jln kaki 18km(xsilap sy)sbb jln sesak.maknya smpai di tadika tu 10 malam.dan semua ckgu tadika tu tunggu shigga mak budak tu smpai.ckgu2 tu lindung budak tu dnga lapik selimut utk elak drpd keruntuhan.kerana tugas n tggjwb ckgu2 snggup korbankn diri sndiri utk org lain sdngkan mereka juga ada keluarga.
    sy pun mahu jd macm tu…jd sorg yg berdedikasi dan ikhlas dlm laksanakn tugas dan arahan..tp sy tak mampu tahan tekanan fizikal dan mental.sama spt apa yg ditulis -ckgu jga perlu rehat..
    tetapi sy percaya ada kebaikan dan hikmah disebalik’kerja lebih’ ini..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: