LINUS vs Bomoh

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera di luar sana. Tidak kira apa jua yang sedang anda lakukan ketika ini, semoga ianya mendatangkan manfaat yang paling berharga untuk anda. Terima kasih kerana anda masih sudi mengunjungi laman ini.

Semalam saya didatangi salah seorang penjaga yang merupakan ibu kepada murid LINUS Tegar dalam kelas saya. Hampir dua jam kami berbincang. Kebetulan saya sibuk dengan penubuhan kelas LINUS yang baru, Sukan Tahunan, Ujian Pertengahan Tahun, jadi saya tidak dapat melayan penjaga tersebut lama-lama.

Namun, dua jam hasil pertemuan tersebut, saya sempat mencatatkan maklumat untuk kegunaan pada masa akan datang. Kasihan melihat anaknya yang masih tidak memberi apa-apa perubahan dalam akademik. Saya cuba selidik sedalamnya masalah sebenar yang dihadapi oleh anak murid saya melalui penjaganya. Apa yang kami bincangkan itu, telah mengingatkan saya kepada beberapa situasi yang saya hendak kongsikan di bawah :

SITUASI 1

Rahman (bukan nama sebenar) dijaga oleh datuk dan neneknya. Bapanya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya selepas 3 bulan Rahman dilahirkan. Ibunya meninggal dunia selepas 6 bulan mengalami kekecewaan tidak dapat menerima takdir kematian suami. Selama 9 bulan lahir, Rahman memang tidak kenal siapa ibu bapanya. Dia dijaga oleh datuk dan neneknya yang tua dan uzur.

Saya mengenali Rahman ketika dia memulakan sesi persekolahannya kali pertama pada usia 8 tahun. Kelakuan dan tingkah lakunya amat pelik. Orangnya normal tetapi perlakuannya berbeza. Menurut datuknya, Rahman terkena demam panas ketika berusia 5 tahun sehingga mulutnya berbuih. Tetapi lambat dibawa ke hospital. Penjaganya pula tidak bekerja. Tiada wang untuk membiayai rawatan. Mereka mengambil jalan singkat dengan membawa Rahman berjumpa bomoh.

Rahman berjaya disembuhkan. Tetapi mengalami kegagalan dari segi pertuturan. sekali lagi Rahman dibawa berubat dengan bomoh yang sama. Semasa sesi rawatan, lidah Rahman telah ditarik keluar. Bomoh mengeluarkan sebilah pisau lalu mengikis lidah Rahman. Sesi rawatan tersebut dipercayai mampu menyembuhkan pertutran Rahman. Namun, hasilnya tiada. Malah, Rahman menjadi semakin sukar untuk bertutur.

Sekali lagi Rahman dibawa berjumpa bomoh yang sama. Kata bomoh tersebut, nama Rahman membawa malang. Jadi, namanya kini telah ditukar kepada Salleh. Sehingga saya mengajar murid ini bermula 2006 hingga 2008, namanya masih lagi dipanggil Salleh. Bukan Rahman seperti yang tercatat dalam surat beranak.

SITUASI 2

Julia (bukan nama sebenar) dilahirkan dalam keadaan yang serba daif. Ibu dan bapanya kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Atas desakan hidup, mereka berjumpa dengan ‘pakar’ (bomoh) yang kononnya dipercayai mampu memberi sesuatu yang lebih baik untuk kehidupan mereka di masa akan datang.

Kata bomoh, anak yang sedang dikandung si ibu itu akan membawa malang. Ia harus digugurkan. Si suami yang terlalu percayakan bomoh membawa isteri pulang dan mencadangkan supaya anak dalam kandungan itu digugurkan. Si ibu menangis kerana tidak sanggup berbuat sedemikian. Akhirnya berlaku pertengkaran antara suami dan isteri.

Sejak dari hari pertama Julia dilahirkan, bapanya tidak pernah menyentuhnya. Dia menganggap Julia pembawa malang. Julia semakin membesar dan mula meniti alam persekolahan. Setiap hari, Julia akan pulang dari sekolah dengan membawa kerja rumah. Jika dia tidak faham, dia akan merujuk kepada ibunya.

Dengan tekun dan sabar ibunya mengajar walaupun berkali-kali Julia membuat silap. Si bapa yang tidak tahan melihat Julia kerap membuat kesilapan semasa belajar, terus memaki. Itulah makanan telinga Julia setiap hari. Itulah kata-kata ‘sayang’ yang diucap oleh seorang bapa untuk anaknya. Kasihan.

Satu hari, si bapa pulang lalu mengajak si ibu duduk berbincang. Katanya baru lepas jumpa bomoh. Si bapa mencadangkan supaya nama Julia ditukar kerana budak itu bukan sahaja pembawa sial, malah nama J.U.L.I.A itu menurut bomoh sama dengan perkataan B.O.D.O.H. Kerana tidak mahu bertengkar, mereka menukar nama Julia kepada Zarina. Si ibu berkata, nama si bapa juga ada lima huruf. Kenapa tidak ditukar juga nama itu?

Saya terkilan dengan apa yang telah dilakukan oleh penjaga murid yang sebegini. Kedua-dua situasi sebenarnya ada jalan penyelesaian. Apabila berlaku masalah akademik, kenapa bertindak begitu? Kenapa tidak berjumpa dengan guru? Guru perlukan maklumat untuk bantuan. Jika guru tidak mampu membantu, murid boleh dirujuk dengan doktor. Di negara kita ada ramai doktor pakar kanak-kanak.

Kita perlu gunakan saluran yang betul untuk membantu murid. Tetapi mengapa bomoh harus menjadi pilihan? Saya tidak menafikan peranan bomoh. Tetapi dalam situasi rawatan yang dinyatakan dalam situasi 1 dan 2, diharapkan ibu bapa penjaga boleh menjadi lebih cerdik akal untuk menerima sesi rawatan sama ada relevan atau tidak.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Teacher’s Department

  1. 28 Jun 2011 at 10:14 AM

    Masih ramai ibubapa yang daif… di sekolah lama saya ada seorang murid yang autisme… saya telah banyak kali jumpa bapa dia untuk membincangkan perkara ini… one day… apa yang di beritahu oleh dia memang menyakitkan betul… menurut bapa murid ersebut… dia sudah pun berjumpa dengan tukang tilik… menurut tukang tilik yang menilik nasib anak dia… murid ini akan lemah dalam pelajaran sehingga umur 12 tahun… selepas itu dia akan score dalam peperiksaan… saya tak faham kenapa ibu bapa tak fikirkan kalau asas membaca pun tak dikuasai lagi bagaimana selepas umur 12 tahun murid itu boleh fasih membaca dan memahami semua subjek lain…

  2. Zamri
    1 Julai 2011 at 10:37 PM

    masih ada lagi yang mengamalkan kepercayaan karut ni? come on la..kita sekarang berada di negara maju..negara kita ramai pakar2 dalam bidang masing2..kenapa bomoh? kenapa tukang tilik? kenapa tidak pergi kepada doktor pakar sahaja?

    mudah saja ibu bapa ambil jalan singkat. apabila akhirnya anak itu tetap gagal dalam akademik, maka gurulah menjadi sasaran maki hamun. pada hal si ibu bapa percaya kata2 bomoh..

  3. 30 Jun 2013 at 2:18 AM

    Hello There. I found your blog the use of msn. This is an extremely
    smartly written article. I’ll be sure to bookmark it and return to read more of your useful information. Thanks for the post. I will certainly return.

  4. 10 Julai 2013 at 7:03 AM

    Amazing issues here. I’m very satisfied to see your article. Thank you a lot and I am looking ahead to contact you. Will you kindly drop me a e-mail?

  5. 18 Mei 2014 at 5:10 PM

    Not to mention that there are no harsh side affects, or
    long healing periods and you can use these treatments in the comfort of your own home.
    When juicing for better skin, it is wise to use the freshest ingredients and to take the proper precautions to avoid food-borne illnesses.
    Only a dermatologist can effectively extract a pimple.

  6. 12 Julai 2016 at 1:12 PM

    If some one wants expert view on the topic of running a
    blog then i recommend him/her to pay a visit this website, Keep up the good work.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: