Masalah 3M Berleluasa, Apa Tindakan Sewajarnya?

Salam sejahtera,

Masih ada ruang untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada anda, pelawat-pelawat laman ini. Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan ceria hendaknya. Tahun 2011 sudah meninggalkan kita. Kini datangnya sesi 2012 yang diharapkan akan membawa kita kea rah sebuah kehidupan yang lebih baik dan bermakna. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada anda yang masih sudi melayari laman ini.

Baiklah, saya hendak mulakan topik perbincangan sesi 2012 ini dengan masalah 3M yang sejak sekian lama menghantui sistem pendidikan di negara kita. Memang sejak dulu lagi, masalah penguasaan 3M seringkali dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat pengurusan sekolah (bagi sekolah yang prihatin terhadap masalah ini).

Tahun baru menjelma, pendaftaran tahun satu sesi 2012 kali ini nampak meriah di sekolah saya. Bermacam-macam ragam murid tahun satu dapat dilihat. Saya percaya juga, di sekolah-sekolah lain situasinya lebih kurang. Ada yang seronok, ada yang teruja hendak ke sekolah, ada yang menangis, ada yang tidak boleh berpisah dengan ibu bapa atau penjaga dan macam-macam ragam.

gambar hiasan

gambar hiasan

Masalah ini sudah acap kali kita lihat saban tahun. Masalah yang paling ketara adalah dari segi penguasaan 3M yang sejak dari dulu lagi masih gagal diatasi. Sebahagian besar murid didapati hadapi masalah dalam menulis perkataan, menulis di atas garisan, cara pegang pensel yang tidak betul, lambat koordinasi tangan untuk menulis atau menyalin sesuatu dari papan putih.

Bukan saya berbicara bermakna saya mahukan murid tahun satu 100% sempurna dari segala aspek. Saya faham setiap individu itu berbeza potensinya. Tetapi ia boleh diasah dari awal kanak-kanak bukan? Bayangkan dari usia kecil sehinggalah usia 17 tahun, berapa lama murid habiskan masa di rumah dan di sekolah tetapi masih tidak tahu membaca atau menulis? Di mana silapnya? siapa yang hendak mengaku kesalahan itu?

Di peringakt sekolah rendah, beratus ribu murid dikesan masih lemah dalam penguasaan 3M ini. Bagaimana pula di peringkat menengah? Apa pula akan terjadi kepada ratusan ribu dalam kalangan mereka yang tidak tahu membaca ini kelak? Ke mana hala tuju mereka?

Sewajarnya mereka ini dididik sejak dari kecil. Bukan didikan dari segi ilmu menulis sahaja, disiplin, nilai murni, dan pelbagai lagi. Kini, sudah tiba masanya kerajaan perlu memikirkan adakah wajar jika kanak-kanak berusia 4-5 tahun sudah wajar menerima pendidikan awal di pra sekolah atau mana-mana pusat perkembangan pendidikan kanak-kanak. Atau ibu bapa diwajibkan memastikan anak-anak mereka yang berusia 7 tahun sudah mengetahui asas menulis, membaca suku kata atau mengenal abjad.

Tidak ramai yang peka dengan keadaan ini. Majoriti murid yang disiasat mengalami kegagalan menulis dan membaca adalah dalam kalangan mereka yang tidak menerima pendidikan awal kanak-kanak, tiada asas didikan di rumah. Tidak dapat dipastikan apakah alasan utama mereka tidak diberi pendidikan awal. Sebab itulah merjoriti murid tidak bersedia ke sekolah.

Di sekolah sudah ada silibus yang telah ditetapkan oleh kementerian pelajaran. Jika murid pula tidak tahu membaca atau menulis, silibus terpaksa ditinggalkan dan kembali kepada sistem LINUS atau PEMULIHAN atau PROTIM. Sedangkan sistem pendidikan di negara ini berorientasikan peperiksaan. Mana satu yang perlu kita dahulukan?

Jika mengabaikan silibus, pelajar akan tercicir dalam peperiksaan. Jika tidak mengajar pelajar membaca, tindakan guru akan dipersoal pegawai atasan kerana tidak membuat tindakan susulan. Kasihan. Dalam hal ini, sama-samalah ibu bapa dan guru memainkan peranan. Hal ini sentiasa berlaku, tetapi dimana kesilapan yang sepatutnya kita betulkan? Sistem pendidikan di rumah? sistem pendidikan di sekolah? kurikulum standard? atau yang macam mana lagi? Renung-renungkanlah.

sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Teacher’s Department

Penyelaras Transisi dan Guru Penyayang 2012

Mantan Guru Pemulihan

Mantan Penyelaras LINUS

  1. 13 Januari 2012 at 4:04 PM

    Salam cikgu,

    pada pandangan kakyong, ibubapa memang perlu ambil tahu & mengajar anak dirumah, jgn harap dgn cikgu semata2.. & sesi belajar di rumah harus dimulakan seawal anak bersedia utk belajar 4-5 tahun..

    ramai yg ambil sikap, tunggu lah, kecik lagi.. tp yg sebenarnya kita harus kesian pada anak, sbb cabaran skrg ni hebat.. jd kena lah asuh anak supaya mengenal huruf & nombor, juga membaca sblm masuk ke tahun 1 supaya anak tdk ketinggalan.

    anak kakyong yg skrg ini di PRA, sudah boleh mbaca.. memang ajar di rumah.. cuma dr segi penulisan tu masih lemah.. kakyong masih monitor penguasaan motor halus dia, sbb anak kakyong kidal

    • bakry
      15 Disember 2012 at 1:28 AM

      salam cikgu, saya tertarik dgn isu ini.. saya ada 7 orang anak. anak pertama dan kedua, saya hantar ke tadika sambil saya mengajar mereka di rumah. hasilnya, bila mereka masuk tahun 1, mereka sudah boleh membaca.. namun, langit tak selalunya cerah.. dalam keluarga yg besar, pelbagai ujian Allah boleh berlaku.. ditakdirkan anak2 saya yg kecil mengalami sakit masuk wad termasuk isteri saya. Dengan beban kerja yg banyak, terpaksa berulang alik tpt kerja sejauh 140km sehari, isteri pula alami sakit dan tidak dapat menghantar anak ke tadika serta kekangan kewangan, maka anak saya yg ketiga tersebut hanya sempat belajar di tadika hanya selama 4 bulan sahaja. kini anak saya yg bakal ke tahun 1 ini masih belum menguasai 3M. runsing dibuatnya.. . perancangan saya ialah hantar anak saya ke tuisyen 3M di waktu petang slps dia balik dari sekolah. namun saya yakin anak saya yg bakal ke tahun 1 ini bijak, cuma tidak bernasib baik utk ke tadika sptmana kanak2 lain. semoga guru sekolah dapat membantu dan saya sbg bapa sedia bekerjasama..

  2. Uie
    17 Januari 2012 at 10:59 PM

    Betul2..Setuju ngan kakyong:)..

  3. Zam
    18 Januari 2012 at 9:31 AM

    Nak salahkan siapa kalau masuk darjah satu anak tak pandai menulis, tak kenal ABC, xtau satu ape pun?

  4. siti hajar
    12 Februari 2012 at 8:01 PM

    jalan penyelesaian perlu dicari.mencari pesalah tidak member erti ape pun…..

  5. rosnah shafii
    2 Mac 2012 at 6:33 AM

    sepanjang pengalaman saya mengajar pemulihan khas dan pendidikan khas..saya cadangkan untuk menguasai kemahiran 3M:
    1.di peringkat pra sekolah ajar murid pengamatan dahulu..ada 15 kemahiran pengamatan yang boleh diajar kepada murid mengikut modul pemulihan khas.Pengamatan amat perlu sebagai asas utk menguasai kemahiran menulis dan membaca. belum ada buku khas utk pengamatan.Pengamatan melatih murid berfikir.
    2. Ajar murid dengan kaedah suku kata dari pada kaedah fonek..Banyak tadika tidak menggunakan kaedah ini..kaedah fonik tidak sesuai dengan bahasa Melayu.Kaedah suku kata walaupun lambat tetapi murid boleh kekal dalam ingatannya dan latih tubi ejaan insyaalah murid boleh menguasai walaupun merangkak tetapi lebih kekal dalam ingatan.Tidak perlulah kerajaan membazir duit dengan mengujudkan pelbagai program yang membeban kan guru, murid dan kewangan negara.Kalau program pemulihan khas di naik tarafkan dan setiap sekolah ditambah kouta guru pemulihan khas insyaalah masalah tidak menguasai 3M dapat diatasi.Sekarang hanya seorang guru pemulihan dalam satu sekolah.Kalau murid sedikit ok tetapi kalau murid pemulihan ramai..itu satu masalah besar x terajar oleh seorang guru pemulihan khas. lagi satu hebahkan di media ttg Pendidikan Khas. dan cir-ciri murid khas agar ibubapa yg ada anak khas lebih prihatin dan tidak meyorokkan anak mereka atau paksa anak mereka belajar di sekolah biasa.Ibubapa tidak mahu anak2 mereka di labelkan murid pendidikan khas terutama murid disleksia, aautisma dan slowlearner.Murid pendidikan khas perlukan tumpuan yang lebih dan pengajaran 1 to 1.Bila adanya pelbagai program..pemulihan khas dianak tirikan. bila lguru linus gagal pulihkan murid serah pada guru pemulihan iaitu linus tegar. harap ada respon dari cikgu..betul tak apa yg saya cadangkan..

    • 4 Mac 2012 at 11:51 PM

      Setiap guru mempunyai kaedah pengajaran ilmu yang berbeza. yang penting objektif dan matlamat pengajaran itu tercapai. apa-apa sahaja kaedah kita boleh guna asalkan ianya mendatangkan manfaat untuk guru dan murid.

      kita juga perlu faham bahawa setiap kanak-kanak itu berbeza dari segi bakat, potensi dan daya taakulnya. bukan semua murid yang kita lihat fizikalnya sempurna adalah bijak pandai. tetapi minda mereka kekurangan asas dalam pendidikan.

      isu murid ramai tak jadi masalah sebenarnya. semasa menjadi guru pemulihan di SK Taman Impian Emas, JB (2004-2007) saya mempunyai 87 murid pemulihan pada tahun pertama, kemudian berkurangan menjadi 65 pada tahun berikutnya dan akhirnya tinggal 8 orang murid sahaja. jadi guru pemulihan perlu banyak bersabar dan rajin buat kajian masalah murid. baru kita akan tahu bagaimana hendak selesaikan masalah yang timbul.

  6. 25 Jun 2013 at 4:27 AM

    It’s amazing in support of me to have a website, which is good designed for my experience. thanks admin

  7. 9 Julai 2013 at 1:09 PM

    Wonderful goods from you, man. I’ve consider your stuff prior to and you’re just too great.
    I actually like what you’ve received here, certainly like what you’re saying and the best way in which you are saying it.

    You make it entertaining and you still take care of to stay it sensible.
    I cant wait to learn much more from you. That is actually a terrific site.

  8. 19 Julai 2013 at 4:12 AM

    Hi! I know this is kinda off topic but I was wondering if you
    knew where I could locate a captcha plugin for my comment form?
    I’m using the same blog platform as yours and I’m having difficulty finding one?
    Thanks a lot!

  9. 30 Jun 2014 at 12:15 PM

    These are genuinely fantastic ideas in on the topic of blogging.
    You have touched some pleasant points here.
    Any way keep up wrinting.

  10. 25 September 2014 at 5:18 PM

    They might be pretty high-priced, but you will be able to preserve a great
    quantity of time for coaching them. For example, in a nation like Britain, company
    tax return contains completed Corporation Tax Return (CT 600) and the yearly monetary
    documents and accounts, which support the tax estimation. Bookkeeping and accounting are the simplest processes that a company can contract out to another.
    Although it may seem counter intuitive, choosing
    to outsource can actually be more cost effective to a small business than having
    the work done in house.

  11. 7 Disember 2015 at 2:07 PM

    Hi colleagues, pleasant article and good arguments commented at
    this place, I am really enjoying by these.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: