Mengajar Murid Cara Menulis Part-1

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat dan ceria di samping dapat menjalankan tugas harian dengan sempurna. Semoga apa jua yang anda lakukan pada ketika ini akan memberi manfaat kepada diri anda dan orang-orang di sekeliling anda. Terima kasih atas kesudian anda melakukan kunjungan ‘rasmi’ ke laman ini.

Baiklah, topik yang hendak saya kongsikan pada hari ini adalah tentang kemahiran pra-tulis. Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya ‘dikekalkan’ oleh pihak pentadbir untuk terus memegang kelas paling hujung dan secara langsung mengajar murid-murid LINUS.

Di dalam kelas saya ada seramai 29 murid. 6 murid perempuan dan selebihnya adalah murid lelaki. Setiap kali mengajar, saya dapati murid mengambil masa yang terlalu lama untuk menulis sesuatu perkataan. Ada murid yang mengambil masa 30 minit untuk menulis satu perkataan. Apabila ditegur mengapa lambat menulis? murid ini akan menangis.

Saya mula membuat pemerhatian selama 30 minit terhadap cara murid menulis, apa yang mereka buat ketika menulis, mengapa satu patah perkataan pun tidak disalin ke dalam buku, dan macam-macam lagi. Segala aktiviti murid ketika itu saya tidak ganggu. Maka banyaklah jawapan dan kemungkinan yang saya peroleh dalam tempoh 30 minit itu.

Ada murid boleh menulis, tetapi disebabkan hilang fokus kerana asyik berbual daripada menulis menyebabkan kerja yang hendak disalin dalam buku tidak menjadi. Ada pula murid berangan, berkhayal dan bermain dengan pemadam, pembaris. Bila ditegur, satu-satu abjad disalin. Apabila dibiar, mereka akan bermain semula dengan pemadam, botol air dan sebagainya.

Dalam 29 murid saya ini, cuma 4 orang sahaja yang saya dapati memang mereka betul-betul tidak boleh menulis kerana tiada asas menulis. Jadi, saya tidak boleh mendesak mereka untuk menyiapkan kerja yang diberi. Melihat kepada cara mereka berempat ini memegang pensel yang tidak betul, arah menulis yang salah, postur badan tidak betul semasa menulis, maka saya harus perbetulkan semua itu.

Oleh yang demikian, langkah yang saya ambil adalah seperti berikut :

  • Minggu Ke-4 dan ke-5 : Mewarnakan gambar, menyambung titik-titik membentuk gambar, menyambung garisan putus-putus membentuk abjad. Tujuannya untuk membiasakan murid memegang pensel dengan cara yang betul dan menulis atau mewarna mengikut arah yang sesuai. Tujuan lain juga adalah untuk melembutkan tangan murid ketika memegang pensel agar tidak terlalu kaku. Latihan ini dapat memperbetul koordinasi mata dan tangan. Pada minggu ini juga, postur duduk murid dibetulkan supaya mereka tidak salah semasa menulis. Menulis mesti dalam keadaan menegak, bukan kepala disengetkan. Cara memegang pensel juga harus diperbetul. Tidak boleh pegang terlalu pendek atau terlalu panjang.
  • Minggu Ke-6 dan ke-7 :Menulis abjad di papan putih, menulis abjad di dalam buku bergaris, menulis suku kata di dalam buku. Bimbingan menulis secara individu, guru akan bantu murid menulis dengan memegang tangan murid dan membimbing murid menulis abjad mengikut arah yang betul. Mulakan dengan menulis abjad yang mudah seperti huruf ‘a’, ‘c’, ‘i’, ‘l’, ‘t’, ‘v’ dan ‘u’.
  • Minggu ke-8 : menulis suku kata ‘kv’ dan ‘kvk’. bimbingan berterusan daripada guru. Jika murid melakukan kesilapan semasa menulis, jangan izinkan murid memadam kesalahan itu. Biarkan kesalahan itu dan minta murid menulis di tempat yang baru. Kemudian minta murid bandingkan tulisan yang mana lebih baik. Minta murid ulang tulis suku kata atau perkataan yang betul dengan kerap. Ingatkan murid supaya lebih berhati-hati semasa menulis dan kurangkan kesilapan. Sentiasa berada di sisi murid setiap 10 minit untuk memastikan murid menulis mengikut arahan.

Pada minggu ke-7, saya mula mendapat hasil bagi dua orang murid yang dapat memahami konsep menulis. Mereka mula menunjukkan peningkatan dalam aspek menulis. Walaupun masih ada kesalahan, tetap saya benarkan dua orang murid ini memadam kesalahan dan memperbetulkannya kerana mereka sudah tahu bagaimana hendak menulis abjad mengikut bentuk dan arah.

Dua orang murid lagi masih ketara kelemahan dilihat dalam menulis. Kadang-kadang mengambil masa satu jam untuk menulis empat abjad. Perkara ini tidak merisaukan saya kerana saya faham mereka tiada asas pendidikan diterima sebelum ke tahun satu. Oleh yang demikian, saya perlukan masa yang panjang untuk memperbaiki segala kelemahan yang dikesan. Insyaallah, jika semuanya berjalan lancar tanpa sebarang halangan, baki dua murid ini lagi akan mengikut jejak rakan-rakan mereka yang sudah boleh menulis.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Admin,

Teacher’s Department

  1. munab
    19 Februari 2012 at 6:59 AM

    Assalamualaikum Cikgu Haidi..cikgu ajar murid tu menulis sahaja tanpa membaca? atau sambil menulis juga ajar membaca? saya seperti cikgu Haidi..ada 5 orang tahun ini tidak tahu menulis..mereka tidak pernah menerima pendidikan awal..cara pegang pensel pun masih salah…cuma saya mungkin lebih selesa kerana hanya ajar 5 orang murid tu sahaja di pemulihan khas…tapi perkembangan yang saya lihat tidak ketara langsung la cikgu..adakah saya masih perlu memeneruskan dengan aktiviti pra menulis tanpa perlu menyentuh cara menulis abjad ?

    • 19 Februari 2012 at 9:54 PM

      Wsalam,

      Sebagai mukadimah pembelajaran, adalah lebih baik sekiranya anda mengajar murid menulis sambil menyebut abjad yang sedang ditulis. Jika murid masih belum mengenal abjad, memadai dengan menulis dua abjad sepanjang sesi pengajaran. Jangan terlalu mendesak murid menulis terlalu banyak abjad kerana itu akan mengelirukan mereka.

      Jika murid sudah mengenal abjad, barulah anda masukkan pelajaran aras tinggi iaitu huruf vokal, suku kata dan seterusnya.

      Anda tidak menyatakan analisis masalah anak murid anda secara terperinci. Saya juga hadapi masalah yang sama, tetapi saya segera memanggil penjaga murid dan lakukan perbincangan, tunjuk hasil kerja dan minta penjaga murid buat pemerhatian. sepanjang sesi temubual dengan penjaga, sedikit banyak saya dapat maklumat mengapa murid lambat pergerakan koordinasi motor – tangan.

      Antara sebab yang dikenal pasti adalah : murid tiada asas pendidikan di rumah dan pra sekolah, murid pernah kena demam panas yang teruk dan lewat menerima rawatan, penjaga sendiri mengakui berlaku banyak perubahan pada anak mereka selepas terkena demam panas, malah murid pernah terjatuh dan bengkak di bahagian kepala semasa mula-mula belajar berjalan.

      semua ini menjadi petunjuk kepada saya untuk memikirkan apakah kaedah sesuai mengajar murid menulis dengan cara yang mudah dan diifahami serta dipelajari oleh murid saya dengan pantas.

  2. 23 Februari 2012 at 1:24 PM

    terima kasih berkongsi cikgu..

    kakyong hadapi masalah ini utk anak yg baru 5 tahun… btw, kaedah2 yg cikgu guna ni boleh kakyong aplikasikan.. dgn harapan anak nanti tidak mberi masalah pd guru utk meneruskan pelajaran di kelas bila sudah ke tahun 1.

  3. ctnor
    3 Mac 2012 at 4:08 PM

    salam cikgu…
    banyak maklumat yg sy perolehi dalam ruangan cikgu.. terima ksh…disini sy ingin mendapatkan pandangan cikgu cara pengajaran yg perlu saya lakukan…sy mengajar prsekolah tetapi sy tidak ada basic/kursus tentang pendidikan prasekolah. pada mulanya agak sukar untuk sy menyesuaikan diri dlm situasi nie kerana kebanyakkan murid tahap pembelajarannya agak lemah dan mempunyai pelbagai tahap pembelajaran. saya berasa sukar untuk memberi tumpuan kpd murid yg paling lemah dan memerlukan tumpuan yg lebih kerana murid pra terlalu ramai. Apabila melayan murid yg agak cepat dgn proses pembelajaran sy agak mengetepikan murid yg lemah. jd apakah cara yg perlu sy lakukan untuk memastikan setiap murid pra boleh mengenal huruf sebelum melangkah ke tahun 1.

    • 4 Mac 2012 at 11:45 PM

      Salam, cikgu ct nor

      Saya bukanlah berpengalaman mengajar dalam bidang prasekolah. pengalaman mengajar pra sekolah cumalah 3bulan sahaja. itu pun kerana menggantikan guru prasekolah yang cuti bersalin kerana ketika itu saya hanyalah guru pemulihan.

      saya juga hadapi masalah seperti cikgu. dalam 25 murid prasekolah, ada yang terlebih bijak, sederhana dan lambat menerima pelajaran. mengajar pula mesti mengikut silibus prasekolah. jadi, murid yang terlebih bijak akan selalu cepat siap.

      untuk mengatasinya, saya gunakan sistem pengajaran di kelas pemulihan. bagi saya itu lebih mudah kerana setiap murid memang akan duduk dalam kumpulan masing-masing. saya cuma perlu ubah kedudukan murid sahaja.

      contohnya, kumpulan 1 untuk murid-murid yang sudah boleh membaca dan menulis. kumpulan 2 untuk murid-murid yang baru belajar mengeja, dan kumpulan 3 untuk murid-murid yang masih tak kenal abjad.

      Pengajaran akan dilaksanakan dalam satu kitaran Contohnya, apabila saya mengajar kumpulan 1, kumpulan 2 akan bermain, kumpulan 3 akan membuat latihan. apabila saya mengajar kumpulan 2, kumpulan 3 akan bermain dan kumpulan 1 akan membuat latihan. begitu juga apabila saya mengajar kumpulan 3, kumpulan 1 akan bermain dan kumpulan 2 akan membuat latihan.

      setiap kali saya berada dalam mana-mana kumpulan, murid-murid dari kumpulan lain tidak dibenarkan bangun untuk mencelah kecuali untuk ke tandas. jadi, tugas pembantu saya adalah menyelia dua lagi kumpulan apabila saya mengajar kumpulan lain.

  4. Azriyanti SH
    20 Mac 2012 at 3:00 AM

    Salam…cikgu,saya ingin meminta pendapat cikgu apakah kaedah yang lebih relevan untuk meningkatkan kemahiran menulis murid dengan tulisan yang lebih kemas dan cantik…saya ingin membuat proposal tentang masalah murid yang sering menulis ayat dengan tulisan yang tidak kemas. Huruf bersaiz besar dan kecil, huruf bengkang bengkok, jarak terlalu rapat dan sebagainya…mohon pendapat daripada cikgu sebagai rujukan.

  5. lina
    1 Mac 2013 at 9:39 PM

    salam cikgu..
    saya ingin bertanya.. bagaiman pula pelajar yg berumur 6tahun masih tidak kenal huruf? nama sendri juga tidak boleh tulis dengan betul.sudah masuk term 2 sekolah.saya risau akan pelajar ini.. di dalam kelas saya ada 17murid. hanya 1-3 org sahaja yang boleh menulis dan membaca.yang lain tidak boleh tulis langsung.. kenal huruf juga susah.. sudah macam pekara dan teknik saya cuba tapi tidak ada perbezaan juga.. cikgu ada cadangan yang baik untuk seleaaikan ini? ada murid saya yang berumur 4 dan 5 tahun juga sama. bagaimana nak atasi budak2 yang optimistic?

  6. 17 Julai 2013 at 4:47 PM

    When I initially commented I clicked the “Notify me when new comments are added” checkbox and now
    each time a comment is added I get several emails with the same comment.
    Is there any way you can remove people from that service?
    Thanks a lot!

  7. 19 Julai 2013 at 10:39 AM

    certainly like your website but you have to check the spelling on several of your posts.
    Many of them are rife with spelling issues and
    I find it very troublesome to tell the truth nevertheless I will surely come again again.

  8. salwa
    29 Mac 2014 at 1:23 PM

    tq atas ilmiah yang diberikan.

  9. shahida
    24 April 2014 at 9:13 AM

    assalam. sekadar pendapat saya daripada pengalaman mengajar di prasekolah dan kajian tindakan yang telah saya buat. saya banyak buat aktiviti yang diselitkan dalam pengajaran, contoh, origami, main doh, menggunting, buat arca,.. aktiviti ini melibatkan perkembangan motor halus, seperti menggaul, meramas, mencubit, menggunting..dimana menggunakan koordinasi mata dan tangan.. pada selepas aktiviti yang dijalankan secara berterusan..tulisan murid semakin baik, kemas dan boleh di baca..

  10. shahida
    24 April 2014 at 9:15 AM

    guru juga perlu pastikan cara genggaman pensil yang dilakukan oleh murid adalah betul.. banyak jenis cara genggaman.. ikot yg mna murid selesa

  11. 13 Disember 2014 at 10:05 AM

    The situation is further fueled by the inability of console users to treat their beloved devices right.
    As the heat moves to where it is going, the panel
    then loses the stored heat until the sun appears again. It
    takes a lot of efforts to be negative and to adopt pessimistic, unproductive values, but passion and
    self belief are natural and lead to the progressive realization of
    our pre-determined worthwhile goals.

  12. siti nawal
    12 Februari 2015 at 10:41 PM

    Salam cikgu, anak sy di tahun 4 sekarang. Masih lagi mempunyai masalah penulisan. Tulisan susah dibaca, huruf bertindan & tiada ruang antara perkataan. Sy buntu, cikgu, bagaimana hendak membantu dia.

  13. 14 September 2015 at 9:30 AM

    Fabulous, what a weblog it is! This weblog gives helpful information to us, keep it up.

  14. lin
    2 Mei 2016 at 9:06 AM

    saya mempunyai seorang anak. lelaki dia berusia 11 tahun 4 bulan, mempunyai masalah lambat menulis dan lambat respon, tetapi boleh membaca dan faham menguasai baik dalam matapelajaran matematik. bantu saya baagaimana suruh dia. fokus dan speed menulis

    • 15 Ogos 2016 at 11:15 AM

      Perlu latih tubi membaca setiap hari..latihan menulis perlu konsisten..

  15. 21 September 2016 at 7:27 AM

    Saya nak tahu cara atau teknik mengajar anak murid supaya dapat menulis,membaca dan menjawab sendiri latihan yang diberikan tanpa pertolongan guru?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan kepada lin Batal balasan