GERAMNYA…

Pusat tuisyen ‘hidup’ kerana guru tidak berkualiti?
SUHARNE ZAINUDDIN & FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN
13 Mac 2012

SHAH ALAM – Cuba luangkan masa melihat barisan kedai berhampiran tempat tinggal anda. Kedai runcit, kedai gambar, pusat tuisyen, kedai fotostat, restoran, dan… pusat tuisyen lagi?

Cuba bertanya pula kepada orang sekeliling yang mempunyai anak bersekolah, adakah anak mereka ke tuisyen?Pasti sembilan daripada 10 orang akan menjawab ya.

Mengapa fenomena ini berlaku?

Adakah kerana sistem pembelajaran di sekolah tidak berkesan, sehingga ibu bapa perlu menghabiskan ratusan ringgit bagi seorang anak untuk menghadiri kelas tambahan?

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim bersetuju dengan pendapat ini.

“Pembelajaran diterima di sekolah tidak mencukupi, jadi ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak ke tuisyen,” katanya.

Penulis bertanya lagi, adakah guru kita tidak berkualiti?

“Kita tidak boleh menyalahkan guru kerana latihan diberikan menentukan kebolehan mereka untuk mengajar.

“Guru patut memberi yang terbaik semasa me­ngajar, tetapi kini, kualiti guru menurun, mungkin kerana latihan diberikan tidak mencukupi,” katanya semasa pertemuan dengan Sinar Harian berhubung isu lambakan pusat tuisyen di negara ini.

ikuti sambungannya di www.sinarharian.com.my

sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Admin
Teacher’s Department

  1. 21 Mei 2012 at 1:19 PM

    Pusat tuisyen ditubuhkan bukan kerana guru tidak berkualiti tetapi ini disebabkan oleh harapan yang tinggi ibu bapa terhadap pencapaian anak-anak mereka. Selain itu pergi ke kelas tuisyen juga menyebakan ibu bapa lebih merasa yakin dengan pencapaian anak2. jika nak dikatakan kerana guru mengajar tidak berkualiti cuba semak semula siapa yang mengajar di kelas tuisyen tersebut. sudah pastinya dia juga adalah guru. Pendek kata tuisyen adalah perniagaan. Ia adalah sumber pendapatan sampingan sesetengah guru terutama guru2 dibandar. Jadi tidak hairanlah mengapa pusat tuisyen tumbuh bagai cendawan.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: