Kanak-Kanak Disleksia – Part 2

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera di samping insan tercinta. Semoga apa jua yang anda lakukan ketika ini akan mendatangkan manfaat yang besar untuk diri anda dan persekitaran anda. Terima kasih atas kesudian anda untuk mengunjungi laman ini. Maaflah kerana kesibukan diri sebagai pekerja dan pelajar serta tumpuan terhadap keluarga menyukarkan saya untuk mengemas-kini laman ini.

Baiklah, hari ini saya sambung lagi sedikit maklumat berkaitan kanak-kanak disleksia untuk perkongsian ilmiah kita bersama.  Hari ni saya akan kongsikan pula punca-punca yang dikesan terjadinya masalah kesihatan kategori disleksia ini.

Punca terjadinya masalah Disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, pakar mendapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada kadar biasa dan tidak seperti kanak-kanak normal yang lain.

Perbezaan ini mungkin juga disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa bayi masih di dalam kandungan atau pun akibat daripada kemalangan yang melibatkan kecederaan di kepala.

 Antara punca-punca disleksia yang dikesan adalah seperti yang berikut :

 a)    Keturunan atau genetik

Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya.

Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut  mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

  b)    Biologi

 Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidak-sempurnaan perkembangan otak dan fizikal kanak-kanak itu sendiri.

Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah untuk belajar dan kerosakan ini minimum. Mereka lambat berfikir tentang apa yang diperkatakan oleh guru. Mereka juga tidak boleh membuat kesimpulan ringkas tentang isi pelajaran yang disampaikan kerana mereka mengalami kesukaran ini.

 c)    Kematangan

 Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

  d)    Pemakanan

 Pemakanan adalah penting untuk pertumbuhan yang normal. Pemakanan yang cukup dan seimbang akan dapat membekalkan kalori yang mencukupi di samping bahan-bahan makanan yang tertentu seperti protein, zat galian, mineral dan sebagainya. Bekalan kalori yang cukup bergantung kepada fasa pertumbuhan kanak-kanak itu sendiri.

Sekiranya pemakanan tidak mencukupi semasa fasa pertumbuhan kanak-kanak, maka tumbesaran kanak-kanak akan terencat. Contohnya kanak-kanak pada tahun pertama dan pada usia remaja. Mereka mesti mendapatkan kalori, protein dan vitamin yang mencukupi pada fasa pertumbuhan ini. Jika mereka tidak mendapat semua ini secukupnya, kadar pertumbuhan mereka akan terjejas.

sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Admin

Teacher’s Department

Rujukan :

http://www.ceritarasahati2.com/2011/08/27/disleksia-dyslexia-pengenalan-disleksia/

http://www.cikgufais.net/2010/09/kenali-disleksia/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia

 

  1. noraza bt azit @ aziz
    28 Jun 2012 at 2:00 PM

    assalamualaikum cikgu, saya ni sebenarnya berpengalaman mengajar 20 tahun pelajar sekolah menengah. tahun ini ada 2 pelajar Cina tingkatan 1 yg tidak tahu membaca. masalahnya, saya mungkin mudah mengajar kelas SPM berbanding gagal menjadi guru terbaik utk membimbing mereka bijak membaca dengan berkesan. mrk kenal huruf tetapi tidak pandai mengagak suku kata dan tidak pandai menyebut betul perkataan bergambar meskipun tahu huruf yang disebut.mereka memang tidak menguasai makna perkataan menyebabkan agak sukar menerangkan, melainkan diterjemahkan ke bahasa ibunda mrk. mungkin ada formula yg dpt kita kongsi utk kecemerlangan murid tersebut. terima kasih.

    • 2 Julai 2012 at 2:47 AM

      Wsalam..
      Tahniah kerana cikgu begitu prihatin terhadap masalah pelajar cikgu. Mengenai permasalahan yang telah cikgu nyatakan, dapatlah saya simpulkan bahawa pelajar cikgu sebenarnya tidak memahami konsep penggabungan huruf konsonan dan huruf vokal dalam erti kata lain konsep membatang perkataan dalam ejaan dan bacaan lisan.

      Dalam kes ini, latihan bertulis dan membaca perlu seiring. Bahan bantu belajar paling banyak diperlukan. konsep latihan mesti sama level dengan darjah kecerdasan minda. Mulakan dari mudah ke susah.

      Kesukaran yang perlu diatasi.. : pelajar cikgu bukan pelajar bumiputera, bahasa ibunda mereka lebih mendominasi berbanding bahasa yang cikgu ajarkan. Jika cikgu dapat atasi ini, Insyaallah segala2nya akan menjadi lebih mudah

      p/s : amalkan memberi ‘token’ semasa pelajar belajar di kelas cikgu (“,)

  2. aishah bt arshad
    2 November 2012 at 12:57 PM

    sy nak tanya pendapat cikgu. sy jg seorang guru sek men. masalahnya sy ada ank usia 5 thn boy. dia mcm hyperactive tp doktor kt x. sy sdh bwk utk terapi carakerja, pegi kaunseling dsb. sy hantar dia ke nursery. cikgu dia kt thn dpn dia x bleh ddk dlm kelas 6 thn sbb dia xbleh kuasai mcm bdk 6 thn. dia x bleh membaca, huruf pun pakai tembak jer, tp bleh hafal. dia kenal warna dan btk, bleh tulis beberapa huruf. nanti kalau msk thn 1 dia bleh msk kelas biasa atau perlu kelas pemulihan. dia cpt bosan dan suka mengamuk, x suka dipaksa. utk pengetahuan dia pernah lemas masa usia 2 thn. msk icu 17 hari. masa 2 mmg dia sudah “buas”. alhamdulillah dia sihat smpi skrg. ada effect ke dia lemas 2 ? br2 ni dia pernah lari dr rumah pengasuh blk ke rumah sy sorg diri. jaraknya dlm 1 km lebih. dia melintas 2 kali jln besar. nasib baik dia slmat. adakah dia bleh dikategorikan sbg disleksia ? apa sy patut buat ? tolonglah sy….

    • 6 November 2012 at 9:04 AM

      Terima kasih kerana sudi berkongsi masalah. Mungkin dari sini kita boleh sama-sama berkongsi info dari aspek penyelesaian masalah. Ini kerana saya bukanlah seorang yang pakar. Ada beberapa faktor yang menjadi pendorong kanak-kanak dilihat berlaku ‘aktif’, ‘besar kepala’ di rumah, suka ‘mengamuk’ jika dipaksa dan sebagainya. Terutamanya boleh dilihat dari aspek keturunan, amalan pemakanan, rekod kesihatan, dan

      Dalam kes puan ini, saya tidak pasti puan jumpa doktor di klinik biasa atau pakar kanak-kanak. Membawa kanak-kanak pada usia 5 tahun untuk sesi kaunseling saya tidak rasa itu sesuai tetapi tindakan puan itu antara usaha untuk mengubah persepsi, mentaliti dan sikap anak puan.

      Sebaiknya puan berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk anak puan jalani pemeriksaan kesihatan. Doktor akan menjalankan beberapa siri pemeriksaan / ujian terhadap anak puan dan laporan tersebut boleh digunakan sebagai panduan seterusnya untuk tindakan pihak puan.

      Di sini, ramai ibu bapa yang keliru kerana tersilap menghantar anak mereka jalani pemeriksaan kesihatan bukan dengan pakar kanak-kanak, tetapi menghantar anak mereka ke klinik kesihatan sahaja. Menghantar anak ke klinik kesihatan biasa sahaja adalah langkah pertama (basic) untuk mendapatkan pengesahan kesihatan dan surat yang dikeluarkan kemudiannya akan digunakan sebagai rujukan kepada pakar. Apabila ibu bapa membawa kepada pakar kanak-kanak barulah pemeriksaan kesihatan akan dijalankan dan ia akan mengambil masa, bukan sehari dua.

      Ramai ibu bapa yang prihatin mengeluh apabila anak kesayangan dilihat tidak ‘normal’ seperti kanak-kanak yang lain. Masalah yang ditimbulkan anak mereka seringkali membuatkan ibu bapa pening kepala. Dalam hal ini, ibu bapa tidak perlu panik. Saya puji setiap usaha yang ibu bapa lakukan demi kebaikan dan masa depan anak masing-masing. Tidak perlu berasa bimbang dan teruslah berusaha agar terdapat perubahan yang dimahukan dalam diri anak masing-masing.

      • aishah bt arshad
        8 November 2012 at 12:48 PM

        terima kasih sbb balas msg sy. kaunseling tu sbnarnya utk sy. sbb sy dah tension pikir macammana nak jg dia. sy dapat kesimpulan disini sy perlu jumpa doktor pakar kanak2. insyaallah. minggu dpn dah cuti sek. bleh la sy uruskan masalah ni. sy buat semua ni utk anak2 sy. sy nak dia bleh uruskan diri sendiri. terima ksih lagi sekali…

  3. 28 Julai 2013 at 1:56 PM

    Why visitors still make use of to read news papers when in this technological
    globe all is presented on net?

  1. 10 September 2016 at 7:26 AM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: