Arkib

Posts Tagged ‘Info-didik’

Keajaiban Akal Fikiran

1 Mei 2009 4 comments

Oleh : Idris Musa
idris@hmetro.com.my

Rabu
15 April 2009

“SATU unsur sangat menonjol pada penciptaan manusia ialah akal fikiran yang menjadikan insan makhluk istimewa berbanding yang lain sehingga layak menggalas amanah sebagai khalifah di bumi”

SATU unsur sangat menonjol pada penciptaan manusia ialah akal fikiran yang menjadikan insan makhluk istimewa berbanding yang lain sehingga layak menggalas amanah sebagai khalifah di bumi.

Islam memandang tinggi akal fikiran kerana ia sumber segala ilmu malah banyak disebut dalam al-Quran.

“Jika Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta pecah- belah kerana takut kepada Allah. Contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.” (a-Hasyr:21)

Keutamaan akal fikiran ini ditegaskan Rasulullah s.a.w dalam dalam satu hadis daripada Ibnu Hibban, maksudnya: “Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun.”

Dalam satu kisah, Abu Said al-Khudri menyampaikan sabda Rasulullah yang bermaksud: “Berilah hak matamu di bidang ibadat!”

Sahabat bertanya: “Apakah hak mata di bidang ibadat itu wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Membaca al-Quran, memikirkan isinya dan mengambil pengajaran keajaiban kandungannya.”

Wahab bin Munabih pula berkata: “Semakin tajam seseorang itu berfikir, semakin berilmulah dia dan apabila dia berilmu, semakin banyaklah amalnya.”

Al-Ghazali berkata, akal itu mulia dan menjadikan manusia mulia. Melalui akal, manusia mendapat ilmu.

Ibn Khaldun bersetuju akal fikiran (quwwah natiqah) membezakan antara manusia dengan makhluk lain.

Menurut Aristotle, jiwa manusia adalah hakikat diri manusia dan potensi berfikir adalah sebahagian darinya, sementara orang bijak pandai berkata ‘berfikir itu pelita hati.’

Hasan al-Basri r.h berkata: “Sesungguhnya golongan yang berfikir mereka sentiasa mengulangi apa yang mereka ingati, sehinggalah hati mereka dapat berbicara dengan kata-kata hikmah.”

Lukman al-Hakim berkata: “Sesungguhnya dengan lamanya duduk, aku akan lebih memahami untuk berfikir dan panjang berfikir, petunjuk jalan ke syurga.”

Imam al-Ghazali menyifatkan akal fikiran sebagai sumber, tempat terbit dan asas ilmu. Ilmu pula apabila dinisbahkan kepada akal ibarat buah kepada pokok, cahaya kepada matahari, pandangan kepada mata.

Beliau memberikan empat kategori mengenai akal:

  • Akal merujuk kepada suatu sifat yang membezakan manusia dari sekalian haiwan. Akal dalam erti kata ini adalah sifat semula jadi manusia.
  • Akal merujuk kepada ilmu daruri, terhasil apabila seorang mencapai usia tamyiz. Ilmu daruri ialah ilmu membolehkan dikenali perkara wajib, mustahil dan harus pada akal. Contohnya, mustahil seorang manusia di dua tempat pada satu masa.
  • Akal merujuk kepada ilmu pengetahuan diperoleh melalui uji kaji dan pengalaman hidup.
  • Akal merujuk kepada kesempurnaan sifat akal, apabila ia mengetahui akibat setiap perkara dan mengekang syahwat dari menurut kelazatan sementara.

Apabila keadaan ini terhasil pada diri seseorang, dia dipanggil ‘manusia berakal’ kerana yang memandu tindakannya ialah kesedaran dan keinsafan terhadap perbuatannya, bukan dorongan hawa nafsu.

Merujuk kepada kategori ketiga, iaitu ilmu yang dipelajari dari pengalaman, perbezaan antara manusia berpunca daripada kemampuan asli akal itu sendiri dan pengalaman dilalui.

Bagi kategori keempat, perbezaan manusia kerana berbeza kemampuan mengekang nafsu. Manusia memiliki keupayaan berbeza dalam hal ini, bahkan seseorang mungkin berupaya mengekang nafsu dalam perkara tertentu dan tidak dalam hal lain.

Faktor yang boleh dikaitkan dengan akal fikiran dalam perbezaan ini ialah ilmu yang menyedarkan seseorang mengenai kemudaratan, akibat hawa nafsu. Seorang yang berilmu lebih mampu menjauhi maksiat berbanding si jahil kerana lebih tahu kemudaratannya.

Akal fikiran membolehkan manusia menilai baik dan buruk, mampu membezakan di antara yang benar dan palsu, bersih dan kotor, untung atau rugi, malah memandu untuk mengenal diri dan Penciptanya.

Penggunaan daya fikir yang tinggi dan lebih serius membolehkan manusia mencapai ketamadunan dan kemajuan dalam pelbagai lapangan.

Umat Islam satu ketika mampu meraih kegemilangan apabila menggunakan kemampuan daya fikir yang tinggi, sebagaimana ditonjolkan tokoh Muslim seperti Jabir bin Haiyan, al-Kindi, al-Khwarizmi, al-Farabi dan banyak lagi.

Al-Kindi (801-873) misalnya, cukup terkenal di Barat dengan nama Alkindus, seorang cerdik pandai Arab dalam pelbagai bidang, terutama sains, astrologi, kosmologi, logik, matematik, muzik, fizik, psikologi dan meteorologi.

Kisah seorang Barat, Isaac Newton (1643-1927), iaitu seorang ahli fizik, matematik, falsafah dan astronomi yang terkenal dengan penemuan formula graviti wajar juga diambil pengajaran.

Sejak lahir beliau tidak pernah melihat bapanya bekerja sebagai petani, kerana beberapa bulan sebelum lahir bapanya meninggal. Kehidupan beliau sangat susah, namun masih berpeluang mendapat ijazah sarjana muda pada usia 22 tahun.

Pada suatu malam, beliau berjalan-jalan di sekitar kebun sambil berfikir dan memerhatikan keadaan sekeliling. Tanpa sedar, fikirannya berakhir pada satu persoalan; mengapa bulan bergerak mengelilingi bumi?

Selepas letih berjalan dan tidak mendapat jawapan, beliau berehat di bawah pohon epal. Tiba-tiba buah epal jatuh berdekatannya.

Kejadian itu menimbulkan persoalan di dalam benaknya. Mengapa buah itu harus jatuh tepat di bawahnya dan tidak ke sekitarnya atau ke atas?

Beliau berfikir lagi hingga menemui satu kesimpulan, iaitu buah epal jatuh ke bawah kerana adanya tarikan dari bumi dan daya seperti itu dinamakan daya graviti. Ia bukan saja berlaku pada bumi, malah planet lain termasuk bulan, bintang dan matahari mempunyai daya gravitinya.

Demikianlah dengan kemampuan dan kehebatan akal fikiran. Bahkan, dengan fikiran yang sihat dapat memupuk keimanan kepada Allah serta menolak perkara bersifat tahyul dan khurafat.

Sekian,

teachers-department5

Teacher’s Deparment

‘Dahulu’ dan ‘Sekarang’

19 April 2009 1 komen

kelasku2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya masih ingat lagi sewaktu dibangku sekolah dahulu. Setiap kali cikgu bahasa Inggeris masuk, pertama sekali dia akan tanya sama ada kami sihat atau tidak, ada ambil sarapan pagi atau tidak, siapa hantar pergi ke sekolah, kalau jalan kaki pun tak apa – lagi banyak dapat pahala. Saya cukup senang dengan sikap yang ditunjukkan oleh guru tersebut setiap kali masuk ke kelas.

Guru bahasa Inggeris jarang marah. Semasa berada dalam darjah tiga, murid yang lemah diasingkan dalam satu kumpulan untuk memudahkan sesi pengajaran. Murid yang lemah (termasuk saya) diberi latihan yang sederhana susah tetapi masih tajuk yang sama pada hari tersebut.

Kalau sesiapa tidak siap kerja rumah, guru akan beri satu tempoh masa untuk kami siapkan. Sebab itu saya suka cikgu bahasa Inggeris kerana dia jarang marah.

Saya cukup hormat pada guru tersebut. Rasa hormat bukan kerana cikgu tidak pernah marahkan saya. Saya pernah dirotan oleh guru bahasa Melayu kerana meniru semasa menyiapkan kerja rumah. Cikgu tersebut berjaya mengesan jawapan yang sama ditulis bersama lapan orang rakan lagi.

Bukan sahaja jawapan sama, setiap baris susunan ayat juga sama. Kalau orang pertama salah dalam ejaan, begitu jugalah orang seterusnya hingga kelapan akan salah ejaan yang sama. Jadi, terimalah hadiah ‘roti panjang’. Kata cikgu bahasa Melayu, “jangan suka meniru, sampai bila kamu hendak pandai. Kalau tidak tahu sekalipun, saya suka kalau kamu sendiri usaha. Saya tidak ajar kamu meniru. Kalau tidak tahu, bukankah bertanya itu lebih bagus?.”

Semasa zaman sekolah rendah dahulu, ada seorang guru yang saya geruni. Setiap kali dengar bunyi motorsikal guru tersebut, saya akan menggigil. Itulah kehebatan guru Matematik. Tidak garang, tetapi tegas. Kerja rumah tidak siap, meniru, menipu, berbohong, semuanya guru Matematik boleh tahu.

Mengajar logik secara bersahaja dan banyak unsur lawak. Tetapi awas kalau tidak memberi tumpuan sepenuh perhatian sewaktu cikgu Matematik mengajar. Nanti tak pasal-pasal kena baling dengan pemadam papan hitam.

Dahulu, kalau kena sebat dengan guru, saya tidak berani hendak mengadu semula kepada ibu bapa. Takut nanti kena ‘tambah’ lagi dengan ibu bapa. Tak macam murid zaman sekarang. Lalu sebelah guru pun susah nak beri salam hormat.

Kalau ke kantin, murid selamba berlari depan guru. Tidak hirau siapa pun guru pada masa itu. Walaupun berkali-kali diberitahu semasa perhimpunan pada setiap pagi, masih ramai dalam kalangan murid yang tidak mengamalkan sikap berkenaan.

Kurangnya rasa hormat murid pada guru tidak diketahui puncanya. Guru adalah ‘orang tengah’ yang menjalankan tugas daripada pihak atasan. Hendak rotan murid zaman sekarang tak macam guru zaman dahulu punya kuasa merotan. Hari ini murid kena rotan sikit, esok ibu bapa datang serang guru.

Anak murid tak siapkan kerja rumah yang diberi. Guru cuma boleh tegur sahaja. Rotan adalah salah. Murid tersenyum sahaja sebab kalau tak buat kerja rumah pun tak apa. Cikgu marah saja. Cikgu tak boleh rotan. Kalau kena marah pun tak sakit. Sebab itu murid kelas hujung ramai yang tidak buat kerja. Sebab tak ada kuasa bagi guru merotan lagi.

Bila guru tak ada kuasa merotan, murid naik tocang. Boleh buat sesuka hati. Hilang rasa hormat pada guru. Bercakap dengan guru terjerit-jerit macam orang kena histeria. Sukar dikawal.

Semuanya kerana kuasa merotan guru sudah tiada. Apabila prestasi murid merosot, guru terpaksa mendengar ‘leteran’ daripada Guru Besar dalam mesyuarat pengurusan.

Cikgu dikatakan segala macam punca murid merosot. Tebal muka cikgu kerana usahanya selama ini tidak mendatangkan hasil. Kasihan.

Sebenarnya, saya lebih kagum dengan guru -guru yang mengajar di kelas yang hujung-hujung ni berbanding dengan guru yang mengajar di kelas yang ‘pandai’. Mengajar murid yang kurang cerdik memerlukan kesabaran dan kreativiti, bakat dan usaha yang gigih.

Bukan guru yang mengajar kelas ‘pandai’ tidak bagus, mereka pun tidak kurang hebatnya, cuma saya lebih menyanjung guru yang mengajar murid kelas belakang lebih-lebih lagi apabila murid berkenaan mendapat keputusan yang lebih bagus daripada murid kelas ‘pandai’.

Sekian.

Oleh,

teachers-department

NORHAIDI SARPONEN

Teacher’s Department.

Petua Tahan Lama

8 April 2009 2 comments

Salam sejahtera.

Topik akli ni, petua tahan lama. Amboi-amboi..suka sangatlah tu nak petua ni. Ingat, kalau nak tahan lama kena la amalkan.

Ok. Selamat membaca!

KELAPA PARUT


Untuk lebih tahan lama… selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2009. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2010. Wah?… tahan sampai 2 tahun kan ?… Amazing GresteQuer! Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau…

NASI/LAUK

Biar tahan lebih lama… jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS

Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih ‘tahan lama’… bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi… padan muka korang… hahaha!

PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach… Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach… Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuc i guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.

KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj… bungkus elok-elok… jangan bagi angin masuk… jangan bagi abuk masuk… jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan… gerenti kereta tahan lama…

KENYANG
Kalau nak tahan lama… sebelum makan baca bismillah dan doa… Akhir makan… doa dan ucap alhamdullillah. . Jangan jadi macam setan…

UMUR
Umur nak tahan lama?… Jangan Merokok!… Rokok nak tahan lama?… Jangan Hisap!…

P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang… sendiri mau ingat aaaa…

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam – senang aje jangan tidur.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan. .. Jujur dan ikhlas.

KUIH RAYA
Kueh raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit, kalau orang datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kueh-kueh raya tu… ini bermakna tak la membazir… kalau simpan lama sangat nanti kueh jadi tengik… lepas tu nak kena buang, so… jangan jadi setan… membazir amalan setan.

KERJA
Kerja kalau nak “tahan lama ” jangan asyik nak baca email aje macam korang… dah tak ada kerja lain ke… kalau BOSS nampak tak pasal-pasal kena tendang.

———————————————————————————————–
MORAL : Ada petua yang tak ada kat sini ke…? Macam cari-cari je… OK… Faham, faham… Kalau nak tahan lama, kena sabarlah, jangan gelojoh! Apa pun kalau tak sabar memanglah tak tahan lama!

Kategori:Pengetahuan Tag:,

How To Frustrate People Who Steal Your MOBILE!

7 April 2009 35 comments

Salam sejahtera.

Pernah kehilangan telefon bimbit kesayangan? Tau macam mana nak pastikan data tersimpan tidak boleh digunakan pencuri? Cuba dulu tips kat bawah ni. Manalah tau kalau boleh digunakan.

Selamat mencuba!

How to frustrate people who steal your MOBILE!

It is worth taking down that serial number.

Before anyone loses his/her mobile phone, one should first check the serial number of the phone by keying in *#06# where a 15-digit number will appear on the screen. Please record it down and keep it for reference.

In case the phone is lost, the rightful owner can call the Service provider to disable the phone by providing the serial number.

That means, the person who took the phone cannot use it at all even if they insert a new SIM card. If everyone knows this procedure, there would not be much use taking away someone’s phone. Please feel free to circulate this message.

Ha.ha.ha

Dah baca cubalah praktikkan. Jangan sampai diri sendiri terjerat sudah la..

Sekian

Kategori:Pengetahuan Tag:,

Amalan Yang Kononnya Baik

3 April 2009 2 comments

Salam Sejahtera,

Baru-baru ini saya terbaca satu artikel yang ditulis berkaitan amalan turun-temurun yang diamalkan oleh masyarakat kita. Tak tahu la amalan itu sebenarnya baik, bagus atau sebaliknya. Apa kata anda sendiri yang baca dan buat penilaian? Jangan lupa, hantarkan komen anda.

Selamat membaca!!

Amalan Yang Kononnya Baik


Jika dilihat ramai dalam kalangan umat Islam terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain malah kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan seperti mana yang dituntut dalam Islam. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Kenduri Arwah

Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut islam?

2. Kenduri Kahwin

Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu’alaikum berisi (hadiah wang yang dibei semasa bersalam).Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarahi orang mati, tidak segan pula Assalamua’alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarahi keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak pa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Pakaian Cantik

Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakain lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini sesuatu perbuatan yang terbalik.

4. Jadi Tetamu

Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidangkan supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Solat Sunat

Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan Puasa

Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Pergi Haji

Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusaffir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. Dan sepatutnya oang yang hendak mengerjakan haji yang menziarahi orang ramai, bukannya orang ramai mennziarahi orang yang nak pergi haji.

8. Pelajaran Anak

Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al-Quran atau bersolat dan tidak lulus periksa.

9. Pergi Masjid

Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Isteri Berhias

Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sumber:

http://www.syok.org
Muhammad Fakhruddin Ismail
http://addeans.blogspot.com/

Syahadah “ Media Untuk Kesejahteraan Ummah” –November 2008

Pengetahuan AM

2 April 2009 9 comments

Salam sejahtera,

Tambahkan pengetahuan anda semua dengan membaca kesemua 24 ‘artikel’ pendek di bawah. Sebelum tu, suka diingatkan, nama yang digunakan dalam ‘artikel’ di bawah tiada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang belum mati atau pun yang masih mati..

Selamat membaca!!

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-‘dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Kamil, tidak berbunyi tapi busuk.

Kategori:Pengetahuan Tag:, ,

Definisi dan Konsep PROTIM

30 Mac 2009 69 comments

PROTIM adalah satu program ‘pembangunan’ yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca atau lebih dikenali dengan masalah 3M.

Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang ‘bermasalah’ ini.

Setelah kajian dijalankan, satu pekeliling dikeluarkan supaya diwujudkan satu program khas bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Guru Pemulihan. Program tersebut dinamakan PROTIM.

Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.

Murid yang mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap sekolah.

Untuk mengetahui sejauh mana pencapaian murid, satu ujian hendaklah dijalankan.Soalan disediakn bersama modul yang disertakan bersama surat pelakasanaan PROTIM.

Murid yang gagal mendapat keputusan 90% dan ke atas hendaklah mengikuti PROTIM.